Hubungan Malaysia–Poland

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Hubungan Malaysia–Poland
Peta menunjukkan lokasi Malaysia dengan Poland

Malaysia

Poland

Hubungan Malaysia–Poland merujuk kepada hubungan luar dua hala antara Malaysia dan Poland. Malaysia mempunyai kedutaan di Warsaw,[1] dan Poland mempunyai kedutaan di Kuala Lumpur dan serta konsulat di Kuching.[2]

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Kedutaan Malaysia di Warsaw

Berikutan penubuhan hubungan dengan Kesatuan Soviet, Malaysia juga meluaskan hubungannya ke negara Eropah tengah seperti Poland. [3] Sehingga kini, hubungan antara kedua-dua negara kebanyakannya berasaskan ekonomi dan perdagangan dengan Malaysia menjadi salah satu rakan ekonomi dan perdagangan terpenting Poland di Asia Tenggara.[4]

Hubungan ekonomi[sunting | sunting sumber]

Dalam bidang ekonomi, Majlis Perniagaan Malaysia-Poland telah ditubuhkan untuk mengukuhkan lagi kerjasama ekonomi antara kedua-dua negara.[4] Poland berminat untuk meneroka peluang dalam pasaran kewangan Islam Malaysia dengan permulaan produk berasaskan halal di Malaysia dan negara itu merupakan antara segelintir negara dari Kesatuan Eropah yang diberi pensijilan halal daripada pihak berkuasa Malaysia bagi produk makanannya.[5] Sementara itu, kontraktor Malaysia berminat untuk membida projek utama di Poland, terutamanya yang berkaitan dengan infrastruktur dan pembangunan.[6] Syarikat teknologi hijau Poland juga sedang mencari rakan kongsi untuk menubuhkan pangkalan di Malaysia.[7] Kedua-dua negara menjalinkan hubungan ekonomi dan komersial pada 1970 berikutan pemeteraian perjanjian perdagangan.[8][9][10] Pada awal 2013, Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail telah menggesa syarikat Poland mencari peluang untuk mengembangkan perniagaan mereka di Malaysia.[11] Justeru itu, pada Julai 2013, satu perjanjian cukai pendapatan baharu ditandatangani bagi menggantikan perjanjian pada 1977 yang memberi tumpuan untuk mengukuhkan kerjasama dua hala serta perdagangan dan pelaburan antara kedua-dua negara.[12] Dari Januari hingga April 2013, jumlah perdagangan antara Malaysia dan Poland mencecah sekitar $220 juta dan Poland menjadi rakan dagang ke-12 terbesar Malaysia dalam kalangan negara Eropah.[13] Eksport utama Malaysia ke Poland termasuk jentera, jentera elektrik, getah, minyak sawit, produk besi dan keluli manakala eksport utama Poland ke Malaysia ialah kenderaan, peralatan dan juga jentera dan produk jentera elektrik.[6]

Hubungan keselamatan[sunting | sunting sumber]

Pada 2002, Poland mencapai persetujuan dengan Malaysia untuk membekalkan kereta kebal PT-91-nya kepada Tentera Darat Malaysia dengan anggaran nilai kontrak berjumlah $250 juta dalam tempoh 10 tahun akan datang.[14] Perjanjian itu akhirnya dimeterai pada tahun berikutnya.[15]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Official Website of Embassy of Malaysia, Warsaw". Ministry of Foreign Affairs, Malaysia. Dicapai pada 24 Februari 2014.
  2. ^ "Embassy of the Republic of Poland in Kuala Lumpur". Poland Embassy, Kuala Lumpur. Dicapai pada 24 Februari 2014.
  3. ^ Christoph Marcinkowski; Constance Chevallier-Govers; Ruhanas Harun (2011). Malaysia and the European Union: Perspectives for the Twenty-first Century. LIT Verlag Münster. m/s. 40–. ISBN 978-3-643-80085-5.
  4. ^ a b "MPBA Malaysia-Poland Business Association". Trade and Investment Promotion Section. 13 Disember 2013. Diarkibkan daripada yang asal pada 31 Mei 2013. Dicapai pada 24 Februari 2014.
  5. ^ "Poland eyes Malaysian halal market". Amilin.tv. 9 July 2013. Diarkibkan daripada yang asal pada 16 July 2013. Dicapai pada 24 Februari 2014.
  6. ^ a b "Poland promises vast business potential, says Matrade". The Borneo Post. 12 Januari 2012. Dicapai pada 24 Februari 2014.
  7. ^ Stephen Ng (26 September 2012). "Poland's greentech vendors seek Malaysian partners". Green Prospects Asia. Diarkibkan daripada yang asal pada 28 October 2012. Dicapai pada 24 Februari 2014.
  8. ^ Raziah Geneid Mahmud. "Malaysia & Poland Ties". Raziah Geneid. Diarkibkan daripada yang asal pada 27 August 2014. Dicapai pada 24 Februari 2014.
  9. ^ "Malaysia-Poland relations set for new phase of growth". New Straits Times. 24 Mei 1997. Dicapai pada 24 Februari 2014.
  10. ^ Ibpus.com (20 March 2009). Malaysia Customs, Trade Regulations and Procedures Handbook. Int'l Business Publications. m/s. 132–. ISBN 978-1-4387-3087-5.
  11. ^ "Perlis prince urges Polish companies to expand businesses in Malaysia". The Borneo Post. PressReader. 26 Februari 2003. Dicapai pada 12 Disember 2017.
  12. ^ "Malaysia acts to promote trade and investment". EY. 23 July 2013. Dicapai pada 24 Februari 2014.
  13. ^ Arno Maierbrugger (8 July 2013). "Poland seeks halal cooperation in Malaysia, Sarawak investment". Investvine. Dicapai pada 24 Februari 2014.
  14. ^ David H. Dunn; Marcin Zaborowski (23 November 2004). Poland: A New Power in Transatlantic Security. Routledge. m/s. 46–. ISBN 978-1-135-75686-4.
  15. ^ "Malaysia buys Polish battle tanks". Utusan Malaysia. 12 April 2003. Dicapai pada 12 Disember 2017.