Cari Aku Di Syurga
Cari Aku Di syurga | |
---|---|
Genre | |
Pencipta | Shahrulezad Mohameddin |
Ditulis oleh |
|
Pengarah | Shahrulezad Mohameddin |
Pengarah kreatif | Uchee Fukada |
Dibintangi oleh | |
Lagu pembukaan | "Bukan Cinta" oleh Amylea |
Lagu penutup | "Tiada Dirimu" oleh Shila Amzah |
Negara asal | Malaysia |
Bahasa | Melayu |
Bilangan episod | 18 |
Penerbitan | |
Penerbit eksekutif | Hisham A. Karim |
Penerbit | Fazli Haji Baharom Shahrulezad Mohameddin |
Penyunting |
|
Sinematografi | Mohd Sharizan Saad |
Tempoh siaran | 42 minit |
Syarikat penerbitan | Radius One |
Penyiaran | |
Saluran asal | TV3 |
Format gambar | 480i (SDTV) 1080i (HDTV) |
Format audio | Dolby Digital |
Siaran asal | 6 Mei 2019 – 3 Jun 2019 |
Kronologi | |
Mengikuti | Voice Note |
Diikuti oleh | Cetera Hati Diya |
Cari Aku Di Syurga ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2019 arahan Shahrulezad Mohameddin, dibintangi oleh Aeril Zafrel, Janna Nick, Mimi Lana dan Duerra Mitilda. Drama ini memulakan tayangan perdana di slot Samarinda TV3 dari 6 Mei 2019 hingga 3 Jun 2019 sepanjang bulan Ramadhan menggantikan Voice Note.[1]
Drama ini mendapat sambutan daripada penonton apabila setiap episod yang ditayangkan akan membuat penonton beremosi.[2] Episod akhirnya ditayangkan secara eksklusif selama 2 jam pada 3 Jun 2019. Siri ini boleh didapati melalui penstriman dalam talian di saluran YouTube rasmi TV3.[3]Memang power. Sebab ada Hun Haqeem
Sinopsis
[sunting | sunting sumber]Mengisahkan Lisa (Janna Nick), seorang gadis bandar yang cantik, melarikan diri dari rumah apabila ibunya, Puan Rosmah (Maria Farida) ingin menjodohkan Lisa dengan anak rakan baiknya, Ariff (Hun Haqeem). Semuanya bermula apabila Lisa melarikan diri hingga ke Muar dan terjumpa Anas (Aeril Zafrel) lalu saling jatuh cinta. Anas seorang lelaki miskin tinggal di kampung bersama ibunya, Mak Temah (Delimawati) yang nyanyuk. Anas dibantu oleh Mira (Mimi Lana), jiran Anas untuk menjaga Mak Temah kerana dia sibuk berkerja di ladang jambu. Tanpa Anas tahu, Mira mula menyimpan perasaan cinta terhadap Anas.
Percintaan Anas dan Lisa menerima tentangan yang kuat daripada ibu Lisa kerana mereka mempunyai latar belakang yang berbeza. Untuk membuktikan tanggapan ibunya salah, Lisa bertekad untuk berkahwin dengan Anas.
Perubahan sikap Lisa selepas berkahwin membimbangkan Anas. Lisa yang dahulunya bersikap baik dan sopan telah berubah menjadi pemarah akibat tidak biasa dengan kehidupan barunya yang serba kekurangan. Lisa yang juga mengandungkan anak pertamanya mula mengalami tekanan perasaan. Selepas bersalin Lisa nekad meninggalkan suami dan anaknya.
Setelah 8 tahun berlalu Lisa yang kini berkahwin dengan Ariff kembali untuk menuntut hak penjagaan anaknya yang kini dijaga oleh Anas dan isterinya Mira.
Pelakon
[sunting | sunting sumber]Pelakon utama
[sunting | sunting sumber]- Aeril Zafrel sebagai Anas
- Janna Nick sebagai Lisa
- Mimi Lana sebagai Mira
- Duerra Mitilda sebagai Suri
Pelakon pembantu
[sunting | sunting sumber]- Maria Farida sebagai Rosmah
- Hun Haqeem sebagai Ariff
- Delimawati ismail sebagai Mak Temah
- Aishah Atan sebagai Kak Midah Janda
- Shahriza Mahmud sebagai Che Pah
- Muaz Fitri sebagai Cikgu Haikal
Siaran ulangan
[sunting | sunting sumber]Pada 27 April 2020, Cari Aku Di Syurga mulai kembali ditayangkan di TV3 pada jam 6:00 petang sepanjang Bulan Ramadan.
Runut bunyi
[sunting | sunting sumber]- "Bukan Cinta" - Amylea
- "Menunggu" - Amylea
- "Tiada Dirimu" - Shila Amzah
- "Denganmu" - Crissie Suzanne dan Farouk Roman
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Drama Cari Aku Di Syurga My Infotaip (5 Mei 2019). Dicapai pada 9 Jun 2020.
- ^ Zaidin Albert (24 Mei 2019). Kebetulan? 5 Persamaan Drama Bersiri ‘Cari Aku di Syurga’ & ‘7 Hari Mencintaiku’ Murai. Dicapai pada 9 Jun 2019.
- ^ Cari Aku Di Syurga (2019): Episod Penuh. YouTube. TV3. Dicapai pada 19 Julai 2019.
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]TV3: Slot Samarinda, Isnin–Khamis, 10:00 malam | ||
---|---|---|
Sebelumnya | Cari Aku Di Syurga | Berikutnya |
Voice Note | Cetera Hati Diya |