Islam di Barbados

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.


Statistik untuk Islam di Barbados menganggarkan populasi Muslim lebih dari 4000 orang, yang kebanyakannya adalah pendatang atau keturunan pendatang dari negeri Gujarat India. Sebilangan pendatang dari Guyana, Trinidad, Asia Selatan, dan Timur Tengah, serta kira-kira 200 orang kelahiran asli, merupakan sebahagian daripada komuniti Muslim yang berkembang, mewakili 1.50 peratus penduduk[1] Hampir 90 peratus dari semua orang Barbados (juga dikenali sebagai Bajan) berasal dari keturunan Afrika (Afro-Bajan), kebanyakan keturunan buruh hamba di ladang tebu. Baki populasi tersebut termasuk kumpulan orang Eropah (Euro-Bajan), orang Asia, Hindu Bajan dan Muslim, dan kumpulan Timur Tengah (Arab-Bajan) yang berpengaruh terutama keturunan Syria dan Lubnan.

Terdapat tiga buah masjid, sebuah surau, sebuah Akademi Islam, sebuah institusi Islam, sebuah sekolah Islam dan pelbagai organisasi Islam yang lain di situ. Ia termasuk Akademi Islam Barbados, Institut Darul Imaan, Persatuan Muslim Barbados, Pusat Pengajaran Islam, Institut Penyebaran dan Pemikiran Islam, Yayasan Medinah dan Sekolah Islam Al-Falah. Masjid termasuk Masjid Jama (Jumma), Masjid Madina (sebelumnya Masjid Kota) dan Masjid Makki.

Masjid dan surau[sunting | sunting sumber]

Tiga buah masjid dan sebuah surau mempunyai waktu yang tetap untuk solat lima waktu setiap hari bersama dengan program kuliah mingguan mengenai al-Quran dan hadis. Masjid ini juga mempunyai kelas Islam yang mengajarkan Al-Quran dan Sunnah kepada anak-anak dari usia empat tahun.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "2008 Report on International Religious Freedom,” Bureau of Democracy, Human Rights, and Labor, Under Secretary for Democracy and Global Affairs, United States Department of State, September 2008.

Sumber[sunting | sunting sumber]

  • KF Bin Mohd Noor. Perangkaan Umat Islam. 2000 Barret. Ensiklopedia Kristian Dunia, 1982

Pautan luaran[sunting | sunting sumber]