Pergi ke kandungan

Islam di China

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Muslim di Shanghai.

Agama Islam mempunyai sejarah yang lama di China. Agama ini telah wujud sejak Dinasti Tang setelah seorang sahabat Nabi Muhammad, Sayyidina Sa`ad ibn Abi Waqqas, diutuskan sebagai wakil baginda Rasul kepada Maharaja Gaozong pada 650 M. Maharaja itu berkenan dengan agama Islam dan memerintahkan pembinaan masjid yang pertama di China.[1] Sebuah ciri terkenal masyarakat Islam Muslim di China ialah kemunculan imam wanita bagi makmum wanita.[2] Suatu bentuk kaligrafi Islam, Sini, dan telah ditubuhkan dengan baik di China. Haji Nur Din Mi Guangjiang ialah seorang penulis khat sini terkenal menurut tradisi ini. Populasi Muslim di China berkisar 23 juta jiwa pada tahun 2010 yang tersebar diseluruh penjuru negeri.

Masjid Agung Xi'an, salah satu masjid tertua di China

Islam pertama kali dibawa ke China oleh sebuah rombongan yang dikirimkan oleh Sayyidina Uthman ibni Affan r.a., Khalifah Islam, pada 651, lebih kurang dua puluh tahun selepas kewafatan Nabi Muhammad S.A.W. Rombongan itu diketuai oleh Sayyidina Sa`d ibn Abī Waqqās r.a. , bapa saudara Nabi di sebelah ibunya. Yung Wei, maharaja Tang yang menerima rombongan itu memerintahkan pembinaan sebuah masjid di Canton, masjid pertama yang dibina di negara itu. Zaman Dinasti Tang merupakan zaman gemilang di China dengan budaya kosmopolitan yang membantu memperkenalkan agama Islam. Orang-orang Islam yang pertama kali bermastautin di China ialah dari kalangan saudagar Arab dan Parsi.[3] Di kawasan tersebut, kabilah Hui Chi menerima Islam, dan nama tersebut kemudian diubah suai menjadi huihui atau Hui untuk merujuk kepada suku Cina Han yang memeluk agama Islam.

Keganasan terhadap orang Islam

[sunting | sunting sumber]

Islamofobia di Republik Rakyat China' merujuk kepada himpunan wacana, tingkah laku dan struktur yang meluahkan perasaan kebimbangan, ketakutan, permusuhan dan penolakan terhadap Islam dan/atau umat Islam di China .

Pandangan dan sikap negatif terhadap umat Islam di China tersebar luas, dan komuniti muslim di China berdepan sekatan undang-undang terhadap keupayaan mereka untuk mengamalkan agama. [4] Banduan Islam di pusat tahanan dan kem interiran selalu dihina dan berdepan amalan seperti dipaksa makan daging khinzir. [5] Larangan berpuasa semasa Ramadan untuk orang Uyghur di Xinjiang oleh kerajaan China dihujakan atas alasan melindungi kehendak bebas penduduk. [6] kerajaan China secara aktif menghalang umat Islam di Cina daripada pergi menunaikan ibadah haji antaranya dengan merampas pasport. [7] Dalam komuniti Uyghur, pendidikan Islam untuk kanak-kanak telah dilarang dan mengajar al-Quran kepada kanak-kanak telah mengakibatkan pendakwaan jenayah. [8] [9] [10] [11]

Pada abad ke-21, liputan mengenai umat islam dalam media Cina secara umumnya bersifat negatif, [12] dan kandungan Islamophobia berleluasa di media sosial Cina. [13] [14] [15]

Makanan halal di China

[sunting | sunting sumber]

Oleh sebab bilangan penduduk Islam di China barat besar, banyak restoran Cina yang menghidangkan makanan halal. Di kebanyakan bandar raya utama di China, terdapat restoran halal atau gerai makanan milik pendatang dari China Barat seperti Orang Uyghur. Daging kambing biri dan kambing lebih biasa didapati di restoran-restoran tersebut berbanding dengan restoran makanan Cina yang lain disebabkan cita rasa mereka.

Khat Sini ialah bentuk gaya tulisan Islam Cina untuk skrip Arab. Seni khat ini sering digunakan untuk menghiasi masjid-masjid di China. Salah seorang penulis khat Sini yang terkenal ialah Haji Noor Deen Mi Guangjiang.

Seni bela diri

[sunting | sunting sumber]

Masyarakat Hui telah mengubah suai seni bela diri wusyu dan melahirkan seni yang baharu seperti bajiquan, piguazhang, dan liuhequan. Ada daerah-daerah utama yang dikenali sebagai pusat wusyu Muslim, seperti Daerah Cang di Wilayah Hebei. Seni mempertahankan diri ini berbeza dengan seni yang diamalkan di Xinjiang.[16]

Istilah Cina untuk institusi Islam

[sunting | sunting sumber]

Qīngzhēn (清真) ialah suatu istilah bahasa Cina yang boleh merujuk kepada agama Islam, orang Islam atau apa sahaja perkara yang berkaitan dengan agama Islam. Secara harfiah, qīngzhēn bermaksud "kesucian benar."

Dalam bahawa Cina, makanan halal dikenali sebagai qīngzhēn cài (清真菜) atau "makanan suci lagi benar." Masjid dipanggil qīngzhēn sì (清真寺) atau "tempat ibadat yang suci lagi benar."

Orang Islam yang masyhur di China

[sunting | sunting sumber]

Penjelajah

[sunting | sunting sumber]
  • Zheng He, Wakil Kerajaan Islam Ming, ahli pelayaran dan pengembara
  • Fei Xin, penterjemah Zheng He
  • Ma Huan, seorang sahabat Zheng He

Ketenteraan

[sunting | sunting sumber]

Sarjana dan penulis

[sunting | sunting sumber]

Lain-lain

[sunting | sunting sumber]

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]
  1. www.orientalarchitecture.com
  2. news.bbc.co.uk
  3. Israeli (2002), pg. 291
  4. Baptista, Eduardo (2020-09-28). "Tiny Muslim community becomes latest target for China's religious crackdown". South China Morning Post (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-10-16. Dicapai pada 2020-10-16.
  5. Regencia, Ted (4 December 2020). "Uighurs forced to eat pork as China expands Xinjiang pig farms". Al Jazeera (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-12-04. Dicapai pada 2020-12-04.
  6. "What Ramadan is like in Xinjiang". The Economist. 11 April 2024. ISSN 0013-0613. Diarkibkan daripada yang asal pada 1 May 2024. Dicapai pada 2024-04-12.
  7. Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama ":0"
  8. Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama ":9"
  9. Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama ":10"
  10. Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama ":11"
  11. Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama ":12"
  12. Luqiu, Luwei Rose; Yang, Fan (2018-03-28). "Islamophobia in China: news coverage, stereotypes, and Chinese Muslims' perceptions of themselves and Islam". Asian Journal of Communication. 28 (6): 598–619. doi:10.1080/01292986.2018.1457063. ISSN 0129-2986.
  13. Shih, Gerry (2017-04-10). "Islamophobia in China on the rise fuelled by online hate speech". The Independent (dalam bahasa Inggeris). Associated Press. Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-03-24. Dicapai pada 2020-12-03.
  14. Qian, Jingyuan (2023-01-01). "Historical Ethnic Conflicts and the Rise of Islamophobia in Modern China". Ethnopolitics (dalam bahasa Inggeris). 22 (1): 43–68. doi:10.1080/17449057.2021.2001954. ISSN 1744-9057.
  15. Myers, Steven Lee (2019-09-21). "A Crackdown on Islam Is Spreading Across China". The New York Times (dalam bahasa Inggeris). ISSN 0362-4331. Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-09-24. Dicapai pada 2023-07-25.
  16. "NTU Bajiquan Kungfu Club". Diarkibkan daripada yang asal pada 2006-09-03. Dicapai pada 2007-09-03.


Pautan luar

[sunting | sunting sumber]