Islam di Australia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.


Islam ialah agama yang ketiga terbesar di Australia setelah agama Kristian dan agama Buddha. Menurut banci tahun 2001, kira-kiranya 281,600 atau 1.5% penduduk negara ini mengakui diri mereka sebagai Muslim.


Sejarah[sunting | sunting sumber]

Islam mempunyai sejarah yang lama dan beraneka ragam di Australia.

Zaman penjajahan[sunting | sunting sumber]

Semasa penempatan Eropah awal, sesetengah kelasi dan banduan Muslim telah tiba di Australia tetapi tidak banyak yang diketahui tentang mereka kerana mereka tidak meninggalkan apa-apa kesan, kecuali beberapa rujukan di sana sini kepada nama mereka. Tidaklah sehingga abad ke-19 bahawa suatu kehadiran Islam yang tetap dikenali.

Pada dekad 1870-an, penyelam-penyelam Melayu Muslim telah diambil sebagai penyelam mutiara melalui perjanjian dengan Belanda untuk mengerjakan kawasan-kawasan perburuan mutiara di Australia Barat dan Wilayah Utara. Pada tahun 1875, ada 1,800 orang penyelam Melayu yang bekerja di Australia Barat. Kebanyakan mereka kemudian pulang ke negara masing-masing.

Unta diimport ke Australia sejak dari dekad 1860-an untuk membantu penjelajah Eropah membukakan kawasan pedalaman yang kering. Para jurulatih unta juga berimigrasi ke sini untuk mengendalikan unta-unta yang diperkenalkan untuk memenuhi permintaan logistik di gurun-gurun Australia yang amat luas. Kebanyakan jurulatih ini adalah Muslim dan walaupun mereka datang dari berbagai-bagai negara, mereka biasanya dirujuk di Australia sebagai "Afghan", perkataan bahasa Inggeris untuk "orang Afghanistan". Oleh sebab pengetahuan dan kemahiran kaum jurulatih itu tentang unta, mereka telah diberikan penghargaan untuk menyelamatkan banyak penjelajah Eropah yang awal, dan adalah amat penting untuk penjelajahan. Disebabkan sumbangan mereka, landasan kereta api utara-selatan dinamai sebagai The Ghan, singkatan untuk "The Afghan". [1]

Sekolah-sekolah Islam[sunting | sunting sumber]

  • Sekolah Rendah Muslim Al Noori, New South Wales
  • Sekolah Islam Al-Hidayah, Australia Barat
  • Sekolah Islam Malek Fahd, New South Wales
  • Sekolah Raja Abdul Aziz, New South Wales

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Arthur Clark (Januari/Februari 1988). "Camels Down Under". Saudi Aramco World. Dicapai pada 2006-11-19. Check date values in: |accessdate= dan |date= (bantuan)

Bacaan tambahan[sunting | sunting sumber]

  • Cleland, Bilal. Muslim di Australia: Sejarah Ringkas Diarkibkan 2002-10-13 di Wayback Machine. Melbourne: Majlis Islam Victoria, 2002.
  • Kabir, Nahid. Muslims in Australia: Immigration, Race Relations and Cultural History. London: Kegan Paul, 2004.
  • Saeed, Abdullah. Islam in Australia. Crows Nest, NSW: Allen & Unwin, 2003.
  • Saeed, Abdullah and Shahram Akbarzadeh, eds. Muslim Communities in Australia. Sydney: Percetakan UNSW, 2001.
  • Stevens, Christine. Tin Mosques and Ghantowns.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]