Islam di Denmark

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.


Penduduk Islam di Denmark terdiri daripada kira-kira 2%[1] - 5%[2] dari jumlah penduduk Denmark adalah Muslim. Islam adalah agama minoriti terbesar di Denmark [3]. Kebanyakan penduduk Denmark menganut agama Kristian, dengan Protestan membentuk sebanyak 92% dari orang Denmark dan Gereja Evangelical Lutheran merupakan gereja kebangsaan. Pada 2005, 83.5% dari penduduk negara ini adalah ahli Folkekirken, gereja Kristian kebangsaan [1].

Kebebasan agama adalah sebahagian dari undang-undang di Denmark, dan pada 2005, sembilan belas masyarakat Muslim mempunyai status sebagai persatuan keagamaan, yang memberikan mereka manfaat dari segi cukai. Akan tetapi, tidak seperti kebanyakan negara Barat, Denmark tidak memisahkan gereja dari kerajaan, ini memberikan kelebihan ekonomi dan budaya kepada Folkekirken yang tidak dapat dikongsi oleh orang Islam atau masyarakat minoriti lain [4].

Kebanyakan orang Iskam yang tinggal di Denmark merupakan pendatang generasi pertama dari negara-negara majoriti Muslim. Perpindahan ini berlaku dengan tiga cara; pekerja asing, pencari perlindungan politik dan mereka yang berkahwin dengan penduduk tempatan.

Semasa awal 1970-an, ramai orang Islam berpindah dari Turki, Pakistan, Maghribi atau Yugoslavia untuk mencari kerja di Denmark. Denmark kemudian menyekat imigrasi bebas pada 1973.

Pada 1980-an dan 90-an, ramai orang Islam datang ke Denmark mencari perlindungan politik. Semasa 1980-an, kebanyakannya dari Iran, Iraq, Gaza dan Tebing Barat manakala pada 1990-an, kebanyakannya dari Somalia dan Bosnia. Sebahagian dari mereka yang mencari perlindungan politik ini telah didakwa melakukan keganasan di negara sendiri [5]. Golongan pencari suaka ini merupakan 40% dari jumlah penduduk Muslim Denmark [3].

Kini, hampir semua Muslim yang berpindah ke Denmark berhijrah untuk menghubungkan semula tali persaudaraan, dengan mengahwini warganegara Denmark. Baru-baru ini, Denmark telah mewartakan undang-undang baru yang menyusahkan proses ini. Ia memerlukan kedua-dua pasangan berumur lebih 24 tahun, dan memerlukan bukti bahawa pasangan rakyat Denmark itu dapat menyara pasangan yang akan dikahwininya.

Isu keagamaan[sunting | sunting sumber]

Pada 1967, Masjid Nusrat Djahan Diarkibkan 2006-06-12 di Wayback Machine adalah masjid pertama di Scandinavia, telah dibina di Hvidovre, sub-bandar Copenhagen. Masjid ini digunakan oleh pengikut Ahmadi , dianggap sebagai pergerakkan ajaran sesat oleh penganut Mazhab Islam Syiah dan Sunnah.

Other mosques exist but are not built for the explicit purpose. Tiada larangan untuk membina masjid atau bangunan keagamaan di Denmark, tetapi terdapatnya undang-undang penzonan yang ketat. Sekeping tanah telah dirizabkan untuk pembinaan masjid besar berdekatan Copenhagen, tetapi mengalami masalah kewangan.

Walaupun pembiayaan boleh diusahakan dengan bantuan Arab Saudi, akan tetapi masjid ini nanti akan lebih dekenali sebagai masjid Arab, yang mana kebanyakkan orang Islam di Denmark bukan Arab tetapi Turki, Kurdis and Bosnia.[perlu rujukan]

Tujuh kawasan perkuburan di Denmark mempunyai kawasan berasingan untuk penduduk Islam. Kebanyakkan penduduk Islam-Denmark dikebumikan disini, terdapat juga kira-kira 70 jenazah telah dihantar pulang ke negara asal untuk dikebumikan. Selepas 15 tahun pergelutan, kawasan perkuburkan khas Islam akhirnya dibuka di Brøndby berdekatan Copenhagen pada September 2006[6].

Sekolah[sunting | sunting sumber]

Sekolah persendirian Islam pertama diasaskan pada 1978 - Den Islamisk Arabiske Skole dan menerima pelajar dari semua negara. Pada hari ini terdapat kira-kira 20 buah sekolah Islam, kebanyakkan terletak dibandar-bandar besar. Sekolah Islam pada hari ini cukup besar sehingga dapat memenuhi keperluan berasaskan akan negara asal. Pada tahun 1980-an, sekolah-sekolah untuk penutur dalam bahasa Pakistan, Turki dan Arab telah ditubuhkan. Manakala, pada tahun 1990-an sekolah-sekolah untuk Somalia, Palestin dan Iraq telah diasaskan. Pada hari ini, 6 atau 7 negara menguasai sekolah-sekolah Islam.

Sekolah terbesar adalah Dia Privatskole di Nørrebro dengan pelajar seramai 410 orang. 2 sekolah Pakistan diajar dalam bahasa Urdu sebagai bahasa pengantara dan beberapa sekolah Turki mempunyai pengajaran dalam bahasa Turki. Kebanyakkan sekolah-sekolah lain adalah untuk memenuhi keperluan pelajar berbahasa Arab . [7].

Pertubuhan[sunting | sunting sumber]

Muslim Denmark terkenal[sunting | sunting sumber]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "CIA World Factbook". Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-01-09. Dicapai pada 2007-03-28.
  2. ^ United States State Department
  3. ^ a b "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2001-07-01. Dicapai pada 2007-03-28.
  4. ^ (Danès) http://www.state.gov/g/drl/rls/irf/2005/51549.htm
  5. ^ Jihad in Denmark Diarkibkan 2007-02-06 di Wayback Machine, Danish Institute for International Studies
  6. ^ After 15 years of wrangling, Muslims get their own burial grounds in Brøndby Diarkibkan 2007-09-27 di Wayback Machine, Copenhagen Post
  7. ^ Historien om de muslimske friskoler, DR
  8. ^ (Danès) Naser Khader, "Demokratisk lakmusprøve," Politiken, 2006 February 18.