Islam di Honduras

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Sebahagian dari urutan mengenai
Islam mengikut negara

IslamicWorldNusretColpan.jpg

Statistik untuk Islam di Honduras menganggar sejumlah penduduk Islam dari 11,000 mewakili 0.1 peratus dari penduduk[1]. Walaupun tiada statistik rasmi, ia dianggarkan bahawa di antara 100,000 dan 200,000 dari penduduk tujuh juta negara berketurunan Arab, dan dari ini, kebanyakan besar adalah Arab Palestin. Meskipun, kebanyakan besar dari orang Arab ini adalah beramalan Kristian Ortodoks dan Katolik. Tiada negara lain dalam Hemisfera Barat mempunyai bilangan tinggi pendatang Arab dan, dalam bilangan keseluruhannya, Honduras ditempatkan keempat selepas Amerika Syarikat, Kanada dan Chile.[2] Ada dua pertubuhan Islam terkenal di Honduras, termasuk Centro Islámico de Honduras di San Pedro Sula diketuai oleh Yusuf Amdani, dan Comunidad Islámica de Honduras di Cortés.

Latar belakang[sunting | sunting sumber]

Honduras menerima pendatang Arab pertama pada 1896, dan pada 1918, menurut tinjau pendapat tempatan, para pendatang Arab secara besarnya Kristian Palestin di San Pedro Sula, bandar kedua terbesar negara. Mereka datang oleh kerana kawalan Uthmaniyyah Palestin, di mana orang Arab datang dengan pasport Uthmaniyyah memperolehi nama samaran terkenal mereka, Turki (Turkos). Kehijrahan naik lagi selepas Perang Dunia Kedua dan perang Arab-Israel 1948. Pada 1984, sebuah pertubuhan amal Islam telah ditubuhkan, dengan tujuan utama menjaga kepentingan orang Arab dan umat Islam dalam negara, dan mereak telah sejak itu membina sebuah masjid, di mana mereke bertemu dan membincang hal ehwal sosial dan agama mereka, termasuk pendidikan kanak-kanak mereka, terpenting dari itu adalah mengajar mereka al-Quran dan bahasa Arab.[3]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. [1]
  2. The Arabs of Honduras, Luxner, L., JA 01: 34-37
  3. Muslim Population