Islam di Estonia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search


Pada 2006, dipercayai terdapat lebih dari 6,000 Muslim yang tinggal di Estonia walaupun tidak mempunyai masjid. Kebanyakaanya merupakan orang Tatar dan Azeri yang datuk moyang mereka datang ke Estonia setelah pemberian kuasa Livonia dan Estonia ke dalam Empayar Russia pada 1721 dan yang (hampir kesemuanya) datang sewaktu zaman Soviet (1940–1991). Sejak 1860, masyarakat Tatar mula aktif, dengan pusatnya berada di bandar Narva. Sebuah jemaah Muslim (Narva Muhamedi Kogudus) telah didaftarkan di bawah Republik Estonia yang merdeka pada 1928 dan jemaah kedua (Tallinna Muhamedi Usuühing) di Tallinn pada 1939. Sebuah rumah dibina menggunakan wang yang diterima sebagai dermaan telah ditukarkan menjadi sebuah masjid di Narva. Pada 1940, pihak kuasa Soviet telah mengharamkan kedua-dua persatuan, dan bangunan-bangunan dimusnahkan sewaktu Perang Dunia II (pada 1944).

Dalam bancian terbaru yang dilaksanakan pada tahun 2000, bilangan jiwa yang melaporkan diri mereka sebagai Muslim adalah 1,387.

Muslim di kalangan kaum-kaum di Estonia[sunting | sunting sumber]

Sumber:

  • Tatar (2,363)
  • Azeri (818)
  • Uzbek (394)
  • Chuvash (340)
  • Kazakh (233)
  • Georgia (25)
  • Lain-lain (129)

Pautan luar[sunting | sunting sumber]