Islam di Sweden

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke navigasi Pergi ke carian


Islam adalah agama minoriti terbesar di Sweden.

Puak Baltic Tatars adalah kumpulan Muslim pertama di Sweden moden. Kepercayaan ini tiba di negara ini melalui penghijrahan dari negara-negara dengan penduduk Muslim besar (seperti Bosnia dan Herzegovina, Turki, Iraq, Iran, Somalia dan Lubnan) pada lewat abad ke-20. Kebanyakan Muslim di Sweden sama ada adalah pendatang atau keturunan pendatang itu. Kebanyakan mereka orang Arab; kebanyakan mereka berasal dari Iraq. Kumpulan Muslim kedua terbesar terdiri dari pendatang atau pelarian dari bekas Yugoslavia, kebanyakan mereka orang Bosnia dan orang Albania Kosovo. Kumpulan bukan-Arab terbesar dari pendatang Muslim adalah orang Somalia; kumpulan terbesar kedua Arab adalah orang Maghribi, tetapi tidak semua Muslim dari Iraq atau Maghribi orang Arab; di antara mereka ada orang Kurdistan dan Berber juga. Republikan Maghribi Ahmed Rami menghasilkan Radio Islam kontroversinya dari Sweden.

Tiada statistik rasmi Muslim di Sweden, tetapi perkiraan bervariasi di antara 100,000 dan 400,000, mewakili lebih kurang 1%-4% dari jumlah penduduk.

Majid Nasir masyarakat Ahmadiya di Gothenburg adalah masjid pertama yang dibina di Sweden, walaupun ia tidak dikira sebagai Islam oleh Muslim yang lain. Ada beberapa buah masjid di Sweden dengan yang terkenal di Malmö dan Stockholm. Apabila masjid di Uppsala dibina ia adalah masjid yang berada di tempat paling utara di dunia.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]