Islam di Norway

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Sebahagian kecil daripada siri
Islam mengikut negara

Mecca skyldie.jpg
Islam di Afrika

Afrika SelatanAlgeriaAngolaBeninBotswanaBurkina FasoBurundiCameroonCape VerdeChadComorosDjiboutiEritreaGabonGambiaGhanaGuineaGuinea-BissauGuinea KhatulistiwaHabsyahCôte d'IvoireKenyaLesothoLiberiaLibyaMadagascarMaghribiMalawiMaliMauritaniaMauritiusMesirMozambiqueNamibiaMesirNigerNigeriaRepublik  Afrika TengahRepublik CongoRepublik  Demokratik  CongoRwandaSahara Barat (Republik Demokratik Arab  Sahara)São Tomé dan PríncipeSenegalSeychellesSierra LeoneSomaliaSudanSwazilandTanzaniaTogoTunisiaUgandaZambiaZimbabwe

Islam di Asia

AfghanistanArab SaudiArmeniaAzerbaijanBahrainBangladeshBhutanBruneiChina (Republik China (Hong KongMacau)• (Taiwan)CyprusEmiriah Arab BersatuFilipinaGeorgiaIndiaIndonesiaIranIraqIsraelJepunJordanKazakhstanKembojaKorea (Korea UtaraKorea  Selatan)• KuwaitKyrgyzstanLaosLubnanMalaysiaMaldivesMongoliaMyanmarNepalOmanPakistanQatarRusiaSingapuraSri LankaSyriaTajikistanThailandTimor  TimurTurkmenistanUzbekistanVietnamYaman

Islam di Eropah

AlbaniaAndorraArmeniaAustriaAzerbaijanBelandaBelarusBelgiumBosnia dan HerzegovinaBulgariaCroatiaCyprusDenmarkEstoniaFinlandGeorgiaGreeceJermanHungaryIcelandIrelandItaliKazakhstanKota  Vatican LatviaLiechtensteinLithuaniaLuxembourg MaltaMoldovaMonacoMontenegroNorwayPerancisPolandPortugalRepublik   CzechRepublik MacedoniaRomaniaRusiaSan MarinoSerbiaSlovakiaSloveniaSepanyolSwedenSwitzerlandTurkiUkraineUnited Kingdom

Islam di Amerika Utara dan Islam di Amerika Selatan

ArgentinaBoliviaBrazilChileColombiaEcuadorGuyanaPanamaParaguayPeruSurinameTrinidad   dan  TobagoUruguayVenezuelaAmerika Syarikat Antigua dan BarbudaBahamasBarbadosBelizeCosta RicaCubaDominicaEl SalvadorGrenadaGuatemalaHaitiHondurasJamaicaKanadaMexicoNicaraguaPanamaRepublik   DominicaSaint Kitts dan NevisSaint LuciaSaint Vincent dan Grenadines

Islam di Oceania

Australia
AustraliaPulau  Christmas(Keris Mas)Pulau  Cocos(Keeling) Pulau   Norfolk

Melanesia
FijiKepulauan   SolomonNew CaledoniaPapua New GuineaTimor TimurVanuatu

Mikronesia
GuamKiribatiKepulauan Mariana   UtaraKepulauan   MarshallNauruPalauPersekutuan  Negara  Micronesia

Polinesia
Amerika SamoaKepulauan CookNew ZealandNiuePitcairnPolinesia PerancisSamoaTokelauTongaTuvaluWallis dan Futuna

Islam ialah agama kedua terbesar di Norway dengan lebih daripada 2% penduduknya. Pada 2006, statistik kerajaan mendaftarkan 72,023 ahli jemaah Islam di Norway [1]. 56 % mereka hidup di daerah Oslo dan Akershus [2]. Pentafsiran sarjana dari 2005 berbeza daripada 120,000 hingga 150,000 penduduk berlatar belakang Islam di Norway [3]. Sebahagian besar mempunyai latar belakang pendatang. Masyarakat Islam di Norway adalah daripada pelbagai kaum, tetapi banyak masjid ditubuhkan di bawah pertubuhan payung Majlis Islam Norway (Islamsk Råd Norge).

Sejarah

Sejarah Iceland mencatatkan ketibaan para duta daripaa sultan Muslim Tunisia di Norway pada 1260-an, setelah raja Håkon Håkonsson mengirimkan duta kepada sultan dengan hadiah-hadiah kaya. Adalah masuk akal untuk menganggap bahawa orang Muslim telah juga melawat Norway lebih awal daripada ini. Tetapi tiada penduduk Muslim yang nyata di Norway sehingga separuh abad ke-20 yang kedua. Imigrasi dari negara-negara Muslim ke Norway agak lewat, dibandingkan dengan negara-negara Eropah lainnya, dan tidak maju sehingga lewat 1960-an. Pada 1975, immigrasi sumber manusia ke Norway telah dihentikan, tetapi peraturan untuk penyatuan keluarga dibiarkan longgar untuk beberapa tahun lagi.

Bilangan Muslim di Norway didaftarkan pertama kali dalam statistik rasmi pada 1980, ketika itu ia diberikan sebagai 1006. Statistik ini berdasarkan keahlian dalam jemaah berdaftar, dan ia kemungkinannya lebih kecil daripada jumlah sebenar kerana beberapa Muslim sahaja menjadi ahli sesebuah masjid. Sejarawan agama Kari Vogt mentafsirkan bahawa 10 % Muslim Norway menjadi ahli sebuah masjid pada 1980, sebuah perkadaran yang telah bertambah kepada 70 % pada 1998. Menjadi ahli sebuah masjid ialah konsep asing untuk ramai pendatang dari negara-negara Muslim. Di Norway, adalah harus masjid-masjid mendaftarkan ahli-ahli mereka, kerana kerajaan meluluskan peruntukan untuk jemaah keagamaan selain gereja negara berdasarkan pada bilangan ahli-ahli berdaftar. Bilangan ini berdaftar bertambah kepada 80 838 pada 2004, tetapi telah menurun kepada 72 023 pada 2006. Sebahagian sebab untuk penurunan ini kemungkinannya metodologi baru pada pengumpulan statistik [4].

Pada akhir 1990-an, Islam melangkaui Gereja Roman Katolik dan Pentecostalisme untuk menjadi minoriti terbesar di Norway, sekiranya Islam dilihat sebagai satu jemaah bersatu. Pada 2004, orang Muslim merupakan ahli kepada 92 jemaah berlainan. 40 daripada ini bertempat di Oslo atau daerah Akershus.

Penduduk

Orang Muslim di Norway ialah kumpulan yang sangat banyak pecahan kumpulannya yang datang daripada berbagai-bagai latar belakang berlainan. Kari Vogt mentafsirkan pada 2000 bahawa ada 500 orang Norway masuk Islam. Yang lain kebanyakannya ialah keturunan pertama atau kedua pendatang dari beberapa buah negara. Masyarakat pendatang yang terbesar dari negara-negara Muslim di Norway adalah dari Pakistan, Pakistan, Iraq dan Somalia:

The term "wikitable" refers to Wikipedia's wp:table structure, like HTML <table>. Formats:

  • {| ... |}Templat:Ns → beginning ... ending of table (on separate lines)
  • |- style="vertical-align:top;"Templat:Ns → begin row, aligning items at top
  • |- style="font-size:92%;"Templat:Ns → begin row, setting font size for all cells
  • | style="text-align:right;" |Templat:Ns → begin column, text aligned right (bar "|" means column)
  • | AA || BBTemplat:Ns → begin 2 columns, for "AA" & "BB" (double-bar "||" means next column)
{| class="wikitable"
! Column 1 || Col 2 || Column 3
|- style="text-align:center;"
| AA || BB || CC
|- style="text-align:right;"
| DD || ee || FF
|-
| colspan=3 | bottom row text
|}
Column 1 Col 2 Column 3
AA BB CC
DD ee FF
bottom row text

A related page is Template:Wikitext, see helpbox: {{Wikitext/help}}.

Negara asal Bilangan
Pakistan 27 675
Iraq 20 076
Somalia 18 015
Bosnia dan Herzegovina 14 822
Iran 14 362
Turki 14 084
(2006. Sumber: Statistisk Sentralbyrå)

Sebahagian besar kumpulan penduduk pendatang ini ialah Muslim. Dalam kata lain, kumpulan terbesar Muslim Norway berasal dari Pakistan, tetapi tiada warganegara tunggal yang terdiri sebanyak seperempat jumlah penduduk.

Masyarakat Turki, Pakistan dan Iran agak bertapak di Norway. 55% orang Iran telah tinggal di Norway lebih daripada 10 tahun. Orang Iraq ialah kumpulan yang lebih baru, dengan 80% masyarakat Iraq tiba 10 tahun yang lepas.

Pada 1990-an ada segelombang pelarian dari Balkan. Pada tahun-tahun baru ini, kebanyakan pendatang tiba sebagai sebahagian daripada penyatuan kembali keluarga.

Jemaah

Persatuan Masjid Islam Bergen (Det Islamske Forbundet i Bergen), seperti kebanyakan masjid-masjid Norway yang terletak di sebuah rumah bandar sederhana.

Masjid pertama di Norway ialah Pusat Kebudayaan Islam [5], yang dibuka di Oslo pada 1974. Inisiatif untuk masjid datagnya daripada orang Pakistan yang telah ditolong oleh Pusat Kebudayaan Islam yang telah dibuka di Copenhagen di Denmark. Masjid baru berpatuh pada mahzab deobandi Sunnah Waljamaah. Penganut-peganut mahzab barelwi, yang kebanyakannya orang Pakistan di Norway, kemudian berasa perlunya untuk sebuah masjid mereka sendiri, dan membuka Pusat Jama'at-e Ahl-e Sunnat pada 1976. Masjid ini ialah masjid terbesar di Norway hari ini, dengan lebih daripada 5000 anggota.

Dengan membesarnya penduduk Muslim, bilangan Masjid juga bertambah secara cepat. Asalkan jumlah bilangan Muslim rendah, adalah kebiasaan untuk banyak kumpulan berkongsi dalam satu masjid. Tetapi setelah kumpulan pendatang berlainan bertambah dalam bilangan mereka, keinginan untuk masjid berasingan untuk orang yang berlainan warganegara, bahasa dan mahzab bertambah. Masjid pertama Syiah, Anjuman-e hussaini, telah ditubuhkan pada 1975, dan pada awal 1980-an, masjid-masjid berasingan Maghribi dan Turki telah ditubuhkan.

Masjid-masjid telah menjadi penting, bukan sahaja dari segi tempat amal ibadah, tetapi juga sebagai tempat pertemuan untuk pengumpulan anggota-anggota minoriti. Beberapa buah masjid juga melakukan cara pekerjaan sosial yang berlainan, contohnya utama, mengaturkan pengangkutan kematian ahli-ahli balik ke negara asal mereka untuk pengebumian. Masjid-masjid kebanyakannya terletak di blok-blok sederhana bandar, dan tidak mudah dibezakan dengan ciri-ciri bandar-bandar yang lain. Sehingga 2005, hanya sebuah masjid yang dibina khusus dibina di Norway, yang dibina oleh Misi Islam Sedunia World di Oslo pada 1995. Pada asasnya, masjid telah menerima keizinan daripada Gamle Oslo borough untuk menyuarakan azan sekali seminggu. Pada 2000, ia menjadi masjid Norway pertama yang dapat menyuarakan azan. Kebenaran ini telah dibantah kepada pihak berkuasa daerah oleh pelampau-kanan Progress Party. Pemerintahan fylkesmann (gabenor daerah) Oslo dan Akershus menyatakan bahawa tiada izin yang diperlukan untuk menyuarakan azan, membiarkan masjid bebas untuk melakukannya pada kehendak mereka sendiri[6]. Masjid berkeputusan untuk mengehadkan suara azan sekali seminggu.

Majlis Islam Norway

Sebuah pertubuhan payung untuk jemaah-jemaah dan pertubuhan-pertubuhan Muslim di Norway, Majlis Islam Norway (Islamsk Råd Norge), telah ditubuhkan pada 1993. Pengembangan jemaah-jemaah Muslim pada 1980-an telah beralih kepada perpecahan, apabila beberapa buah masjid baru telah ditubuhkan untuk kumpulan Muslim berlainan. Tiada pertubuhan yang bersatu yang dapat mewakili orang Muslim vis-a-vis masyarakat Norway. Pencetus untuk kerjasama yang lebih erat antara jemaah iaalah suatu jemputan daripada Majlis Antara-Gereja untuk Gereja Norway (Mellomkirkelig råd for Den norske kirke), sebuah organ yang mencadangkan hubungan pertubuhan Kristian dan Muslim. Cadangan ini telah diterima baik dalam masyarakat Muslim, tetapi ada pada waktu itu tiada pertubuhan tunggal yang dapat mewakili orang Muslim dalam sebuah forum. Masjid terbesar, Pusat Jama'at-e Ahl-e sunnat, mengambil inisiatif untuk memulakan proses itu yang memandu kepada pembentukan Majlis Islam Norway pada 22 Oktober 1993, pada awalnya dengan lima masjid ahli. Kemudian, Kumpulan Hubungan untuk Antara-Gereja Norway dan Majlis Islam Norway (Kontaktgruppa for Mellomkirkelig Råd for Den norske kirke og Islamsk Råd Norge) telah ditubuhkan. Pada Februari 2007, Majlis Islam Norway telah ada mempunyai 22 ahli, termasuk tiga pertubuhan payung taraf lebih rendah. Pada 1999, telah ditafsirkan bahawa setengah penduduk Muslim di Norway ialah ahli-ahli masjid yang bernaung dengan Majlis Islam, termasuk masjid orang Albania, Bosnia, Pakistan barelwi dan deobandi, Arab, Turki, Somali dan Gambia. Sejak 1996, Majlis Islam Norway telah megambil bahagian dalam Majlis Kerjasama untuk Masyarakat Kepercayaan (Samarbeidsrådet for Tros- og Livssynssamfunn) yang mengaturkan semua agama utama Norway.

Pertubuhan Muslim lain

Masjid Nor di Frogner di Oslo, sebuah masjid Ahmadiya di Oslo.

Pertubuhan-pertubuhan antara-jemaah juga wujud. Pada 1991, Kumpulan Wanita Islam Norway (Islamsk Kvinnegruppe Norge) telah ditubuhkan, setelah satu inisiatif oleh mualaf Norway Nina Torgersen. Pada 1995, sebuah Masyarakat Pelajar Muslim (Muslimsk Studentsamfunn) telah ditubuhkan di Universiti Oslo. Yayasan Islam Urtehagen telah ditubuhkan pada 1991 oleh seorang mualaf Norway Trond Ali Linstad, yang pada mulanya menguruskan sebuah tadika dan kelab pemuda-pemudi. Pada 1993, Linstad memohon untuk kali pertama untuk menubuh sebuah sekolah swasta Muslim. Kerajaan Parti Buruh menolak permohonan itu pada 1995, mengatakan bahawa ia "menjejaskan integrasi kanak-kanak." Setelah kerajaan Buruh digantikan oleh kerajaan Kjell Magne Bondevik dari Parti Kristian Rakyat pada 1997, Linstad memohon lagi, dan permohonannya diluluskan pada 1999. Pada Ogos 2001, Sekolah Urtehagen (Urtehagen friskole) dibuka dengan 75 para pelajar. Walau bagaimanapun, konflik dalaman menyebabkannya ditutup pada musim bunga 2004 [7]. Rancangan untuk membuka sekolah mirip di Drammen pada 2006 telah dibataskan setelah kerajaan sayap kiri menghentikan semua sekolah-sekolah swasta setelah mendapatkan kuasa pada 2005 [8]. Pada hari ini, tiada sekolah Muslim wujud di Norway.

Isu-isu dalam masyarakat Muslim

  • Pemakaian hijab Muslim dan niqab - niqab telah dilarang daripada sekolah awam Oslo dan juga adanya satu debat sama ada untuk melarangnya daripada institusi sepanjang negara.

Pola perkahwinan

Kebanyakan orang Muslim lebih suka endogami, iaitu: berkahwin sesama kumpulan masyarakat mereka sendiri. Akan tetapi, ada perbezaan dalam pola perkahwinan antara masyarakat Muslim yang berlainan ini. Sekitar 75% orang Pakistan dan Turki berkahwin orang mereka sendiri yang dari luar Norway. Jumlah ini lebih sedikit dengan orang Maghribi (~70%), Somalia dan Iraq (50%-70%) dan Iran (30%-60%).

Pola perkahwinan dengan orang Norway berbeza juga. Sementara di kalangan lelaki dan wanita Iran 19% dan 16%, berkahwin dengan orang Norway, di kalangan lelaki dan wanita Iraq, 18% dan 4% melakukan yang sama. Di kalangan orang Pakistan kemunculan perkahwinan campur seperti ini jarang, dengan kurang daripada 4% berkahwin orang Norway.

Nasib orang Islam Norway

Kajian oleh Nora Sunniva Eggen, felo penyelidikan PhD di University of Oslo mendapati semakin ramai umat Islam di Norway menjadi penganggur, menyandang jawatan dengan gaji lebih rendah dan berada dalam golongan miskin. Sesetengah yang lain pula menjadi mangsa penindasan kaum dan sikap prejudis serta dipandang rendah oleh majikan. Masalah ini juga dihadapi umat Islam di negara Eropah lain.

Norway membenarkan kebebasan beragama serta pembinaan masjid dan laungan azan bagi solat Jumaat, selain menyediakan dana bagi masyarakat Islam. Raja Norway melawat beberapa masjid tempatan tanda bukti tidak ada sentimen anti-Islam dalam kalangan pemimpin dan masyarakat di Norway. Kerajaan Norway perlu menambah jumlah sekolah, perbankan Islam, tanah perkuburan dan saluran pengedaran makanan halal bagi umat Islam.[1]

Lihat juga

Rujukan

Pautan luar

Sumber