Islam di Emiriah Arab Bersatu

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.


Lebih daripada 80 % penduduk di Emiriah Arab Bersatu bukannya warganegara. Hampir semua warganegara di negara ini adalah orang Muslim, dengan lebih kurang 85% daripada mereka terdiri daripada orang Muslim Sunah Waljamaah dan 15% yang tinggal merupakan orang Muslim Syiah. Orang-orang asing di sini sebahagian besarnya berasal dari Asia Selatan dan Asia Tenggara, walaupun terdapat juga banyak yang datang dari Timur Tengah, Eropah, dan Amerika Utara. Walaupun tidak adanya statistik rasmi, pemerhati-pemerhati tempatan menganggarkan bahawa kira-kira 55% daripada jumlah penduduk asing terdiri daripada orang Islam, 25% Hindu, 10% Kristian, 5% agama Buddha, dan 5% yang tinggal (kebanyakan mereka tinggal di Dubai dan Abu Dhabi) terdiri daripada penganut-penganut agama yang lain, termasuk Parsi, Bahai, dan Sikhisme.

Kebanyakan warganegara Sunah Waljamaah mengikut tradisi Maliki. Sesetengah pengikut manhaj Salafi tinggal di Wahah Al Buraymi, dengan sesetengah pengikut mazhab Syafi'i tinggal di sepanjang pantai Al Batinah.

Walaupun berbeza-beza antara satu emiriah sama lain, tahap kebebasan agama yang diberikan kepada penganut-penganut bukan Islam adalah lebih banyak di Emiriah Arab Bersatu, berbanding dengan Arab Saudi dan Qatar. Umpamanya, penganut-penganut bukan Islam di sini dibenarkan membuat penyembahan, walaupun tidak dibenarkan menarik orang ramai menjadi penganut baru. Terdapat juga banyak gereja dan sekolah Kristian yang besar di Emiriah Arab Bersatu, khususnya di Dubai dan Abu Dhabi.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]