Gila (lagu)
| "Gila" | |
|---|---|
| Single oleh Kaka Azraff, Loca B dan Noki K-Clique | |
| Bahasa | Bahasa Melayu |
| Dilancarkan | 31 Julai 2020 |
| Dirakamkan | 2020 |
| Format | Muat turun digital, media penstriman |
| Genre | Pop |
| Panjang | 3:21 |
| Syarikat | Warner Music Group |
| Penulis | Noki, Loca B, Ezra Kong |
| Penggubah | Noki, Loca B, Ezra Kong |
| Penerbit | Ezra Kong |
| "Gila" di YouTube | |
| sunting · sunting di Wikidata | |
"Gila" ialah lagu yang dirakamkan dan dipersembahkan oleh penyanyi wanita Malaysia, Kaka Azraff bersama-sama dua penyanyi rap Malaysia, Loca B dan Noki dari kumpulan K-Clique. Lagu ini dicipta oleh Ezra Kong[1] dan dikeluarkan pada 31 Julai 2020 oleh Black Hat Cat Records melalui YouTube. Lagu ini dihasilkan ketika seluruh dunia berdepan dengan pandemik COVID-19 yang membawa rasa resah gelisah. Gila menceritakan tentang keperkasaan diri dalam menangani kecelaruan yang membelenggu minda dan jiwa dengan menguasai rasa gentar dan terus menanam semangat waja menjalani kehidupan.[2][3] Lagu ini dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Juara Lagu ke-35 yang dianjurkan oleh TV3 Malaysia pada 14 Mac 2021.[4]
Menurut Kaka sendiri kepada Astro Gempak, beliau mengakui pernah berada dalam keadaan gila sama seperti cerita dalam lagu ini.[5][a]
Format dan senarai runut
[sunting | sunting sumber]Muat turun digital
- "Gila" - 3:16
Sejarah keluaran
[sunting | sunting sumber]| Negara | Tarikh | Format | Label |
|---|---|---|---|
| Malaysia | 31 Julai 2020 | Muat turun digital[6] Media penstriman[7] |
Black Hat Cat Records |
Catatan
[sunting | sunting sumber]- ↑ Lagu ini memenangi AJL35 sebelum lagu Pelukan Angkasa yang dikeluarkan pada 2019; juga memenangi pada edisi seterusnya
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ↑ Fatin Farhana Ariffin (2 September 2020). "Kaka pilih bakat muda". Berita Harian. Dicapai pada 2 Mei 2021.
- ↑ HARYANI ISMAIL (15 Mac 2021). "Lagu perjuangan, motivasi pandemik 'Gila' juarai AJL35". Berita Harian SG. Dicapai pada 2 Mei 2021.
- ↑ "Mesej 'Deep' Dalam Lagu Gila Jadi Taruhan Baru Kaka Azraff, Loca B dan Noki". ERA. 19 Ogos 2020. Dicapai pada 25 November 2023.
- ↑ Georgie Joseph (16 Mac 2021). "Gila terus 'menggila'". Harian Metro. Dicapai pada 2 Mei 2021.
- ↑ Jalal, Syafiqah (18 Ogos 2020). "Kaka Azraff Akui Pernah 'Gila' Kerana…". Astro Gempak. Dicapai pada 25 November 2023.
- ↑ ""Gila - Single by Kaka Azraff, Noki and Loca B"". iTunes (MY). Dicapai pada 25 November 2023.
- ↑ ""Gila - Single by Kaka Azraff, Noki and Loca B"". Dicapai pada 25 November 2023.
