Intel Corporation: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Rubinbot (bincang | sumb.)
k r2.5.4) (bot menambah: pnt:Intel
SieBot (bincang | sumb.)
Baris 121: Baris 121:
[[ru:Intel]]
[[ru:Intel]]
[[sq:Intel Corporation]]
[[sq:Intel Corporation]]
[[si:ඉන්ටෙල් සමාගම]]
[[simple:Intel]]
[[simple:Intel]]
[[sk:Intel]]
[[sk:Intel]]

Semakan pada 01:48, 22 Januari 2011

Intel Corporation
Jenis/bentuk sahAwam (NASDAQ: INTC, SEHK: 4335)
ISINUS4581401001 Sunting ini di Wikidata
IndustriSemikonduktor
Ditubuhkan1968
PengasasGordon E. Moore dan Robert Noyce
Ibu pejabat(diperbadankan di Delaware), Santa Clara, California, AS
Tokoh pentingPaul Otellini, CEO
Craig Barrett, Pengerusi
KeluaranMikropemproses
Ingatan kilat
Chipset Papan induk
Kad rangkaian
Cipset Bluetooth
Hasil $35.7 bilion USD (2006)
Pendapatan kendalian $5.7 bilion USD (2006)
Pendapatan bersih $5 bilion USD (2006)
Modal183,400,000,000 Dolar Amerika Syarikat (2022) Sunting ini di Wikidata
Jumlah aset168,406,000,000 Dolar Amerika Syarikat (2021) Sunting ini di Wikidata
Jumlah ekuiti95,391,000,000 Dolar Amerika Syarikat (2021) Sunting ini di Wikidata
Bilangan kakitangan83,900 (2008)[1]
Anak syarikatIntel Ireland, Intel Capital, Wind River Systems, Havok, McAfee, Virtutech, Intel (Germany), Intel (India), Intel Israel, Mobileye, Intel Architecture Labs Sunting ini di Wikidata
Tapak webwww.intel.com
Facebook: Intel Twitter: intel Instagram: intel LinkedIn: intel-corporation Youtube: UCk7SjrXVXAj8m8BLgzh6dGA Youtube: Intel Sunting ini di Wikidata
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini
Fail:IntelLogo.png
Logo Intel yang lama (1968-2005)
Kilang Intel di Pulau Pinang, Malaysia

Intel Corporation (NASDAQ: INTC; didirikan 1968) adalah sebuah perbadanan multinasional yang berpusat di Amerika Syarikat dan terkenal dengan rancangan dan penghasilan mikropemproses dan mengkhususkan dalam litar bersepadu. Intel juga membuat kad rangkaian, chipset papan induk, pemproses terbenam, komponen dan alat lain yang berkaitan dengan komunikasi dan komputer. Intel memiliki projek penyelidikan yang maju dalam seluruh aspek penghasilan semikonduktor, termasuk MEMS.

Intel mengganti logo dan slogannya pada 1 Januari 2006. Slogan lamanya "Intel inside" diganti dengan "Leap ahead".

Maklumat kewangan

Kapitalisasi pasarnya sekitar AS$154 juta (Mac 2005).

Bursa saham

  • Intel diperdagangkan secara awam di NASDAQ dengan tanda INTC.

Indeks

Persaingan

Pada 1980-an, Intel merupakan antara 10 penjual semikonduktor utama (ke-10 pada 1987) di dunia. Pada 1991, Intel menjadi pembuat cip terbesar mengikut hasil dan ini kekal sehingga kini. Syarikat semikonduktor utama lain termasuklah AMD, Samsung, Texas Instruments, Toshiba dan STMicroelectronics.

Dakwaan anti-persaingan oleh badan kawal selia

Kesatuan Eropah

Pada Julai 2007, Suruhanjaya Eropah menuduh Intel melakukan amalan anti-persaingan, kebanyakannya terhadap AMD.[2] Dakwaan ini, seawal 2003, termasuklah memberikan harga pilihan kepada pembuat komputer yang membeli kebanyakan atau keseluruhan cip mereka daripada Intel, membayar pembuat komputer untuk menangguhkan atau membatalkan produk menggunakan cip AMD, dan membekalkan cip di bawah harga kos kepada kerajaan dan institusi pendidikan.[3] Intel menjawab bahawa dakwaan tersebut tidak berasas dan sebaliknya menyatakan tindak tanduknya cuma mesra pengguna.[4] Peguam Bruce Sewell pula membalas bahawa Suruhanjaya tersebut telah salah faham sesetengah andaian fakta terhadap kos penentuan harga dan pengilangan.[5]

Pada Februari 2008, Intel menyatakan bahawa pejabatnya di Munich telah diserbu oleh pengawal selia Kesatuan Eropah. Intel melaporkan yang ia bekerjasama dengan para penyiasat.[6] Intel boleh didenda sehingga 10% hasil tahunannya, jika didapati bersalah menghalang persaingan.[4] AMD kemudiannya melancarkan sebuah tapak web berkenaan dakwaan ini.[7][8] Pada Jun 2008, EU memfailkan dakwaan baru terhadap Intel.[9] Seterusnya pada Mei 2009 EU mendenda Intel sebanyak €1.06 billon (AS$1.44bn) untuk amalan anti-persaingannya, suatu rekod baru. Intel didapati membayar beberapa syarikat, termasuk Acer, Dell, HP, Lenovo dan NEC,[10] jika mereka hanya menggunakan cip Intel dan oleh itu memudaratkan syarikat cip lain termasuklah AMD.[10] Suruhanjaya Eropah menyatakan Intel telah dengan sengaja bertindak menghalang persaingan dalam pasaran cip komputer dan dengan itu melakukan "pencabulan serius dan berterusan terhadap peraturan antitrust EU".[10] Di samping denda tersebut, Intel juga diarahkan menghentikan segera amalan anti-persaingannya.[10] Intel telah menyatakan yang ia akan merayu keputusan Suruhanjaya itu.[10].

Lihat juga

Rujukan

  1. ^ "Intel Reports Fourth-Quarter and Annual Results". Dicapai pada 2007-11-05.
  2. ^ "Competition: Commission confirms sending of Statement of Objections to Intel". Tapak web rasmi Kesatuan Eropah. 2007-07-27. Dicapai pada 2007-07-28.
  3. ^ Lawsky, David (2007-07-27). "UPDATE 4-EU says Intel tried to squeeze out Advanced Micro Devices". reuters.com. Reuters. Dicapai pada 2007-07-28.
  4. ^ a b "EU outlines Intel 'market abuse'". BBC News. 2007-07-27. Dicapai pada 2007-07-28.
  5. ^ Lawsky, David (2007-07-27). "Intel says EU made errors in antitrust charges". Reuters. Dicapai pada 2007-07-28.
  6. ^ "EU regulator raids Intel offices". BBC News. 2008-02-12. Dicapai pada 2008-02-12.
  7. ^ Clarke, Peter (2007-08-08). "AMD sets up website to tell "the truth about Intel"". eetimes.com. CMP Media LLC. Dicapai pada 2007-08-09.
  8. ^ "AMD Break Free". breakfree.amd.com. Advanced Micro Devices, Inc. 2007-07-31. Dicapai pada 2007-08-09.
  9. ^ "EU files new competition charges against Intel". Reuters. 2008-07-17. Dicapai pada 2008-09-10.
  10. ^ a b c d e "EU slaps a record fine on Intel". BBC News. 13 Mei 2009. Dicapai pada 2009-05-13.

Pautan luar

Data