TV2: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Master2841 (bincang | sumb.)
k Suntingan 60.50.121.35 dikembalikan ke versi terakhir oleh 202.162.206.17
Baris 31: Baris 31:
RTM1, RTM2 dan 32 stesen radio RTM menyambut '''61st Annivesary Bash''' tahun ini.
RTM1, RTM2 dan 32 stesen radio RTM menyambut '''61st Annivesary Bash''' tahun ini.

TV Pendidikan juga dahulunya disiarkan setiap Isnin hingga Khamis dari pukul 8:00 pagi pagi hingga 4:55 petang di RTM2 (1972 hingga 1999).
TV Pendidikan juga dahulunya disiarkan pada hari Rabu dan Khamis waktu pagi hingga petang di RTM2 (1972 hingga 1999).

RTM2 bersiaran melalui Frekuensi Lebih Tinggi gelombang ke-III, walaupun beberapa tempat di Malaysia menyiarkannya dalam UHF. Di Lembah Kelang, ia dipancarkan dari Menara Kuala Lumpur di saluran VHF 8, dengan siaran lemah dari Gunung Ulu Kali di saluran VHF 10 di beberapa tempat di Lembah Kelang.

Semakan pada 16:49, 29 Julai 2007

Radio Televisyen Malaysia (RTM2)
JenisVHF Gelombang
Negara
KetersediaanSeluruh Malaysia dan negara jiran
SloganSaluran Famili Anda
PemilikKerajaan Malaysia, Kementerian Penerangan Malaysia
Tarikh pelancaran
November 17, 1969
Laman sesawang
www.rtm.net.my
Logo lama RTM 2

RTM 2 ataupun Radio Televisyen Malaysia 2 (RTM) merupakan sebuah stesen televisyen yang dimiliki oleh kerajaan Malaysia di bawah naungan Kementerian Penerangan Malaysia.

Penyiaran televisyen Malaysia RTM 2 ini bermula pada 17 November 1969 dan menawarkan program hiburan, filem dalam bahasa Melayu, bahasa Inggeris, Tamil, dan Mandarin. RTM 2 juga menyiarkan sinerton dan telenovela bahasa Sepanyol.

RTM 2, juga dipanggil TV 2, bersama-sama dengan RTM 1 telah dilancarkan kebali dengan imej dan nama baru: TV2 - Saluran Famili Anda menggantikan nama sebelum ini Saluran Emas (The Golden Channel). Pelancaran ini dibuat pada 20 Ogos 2004, 2 minggu selepas pembaharuan imej TV 1 oleh Menteri Penerangan, Datuk Paduka Abdul Kadir Sheikh Fadzir.

Sebagai sebuah badan penyiaran kerajaan elemen-elemen seperti seks dan keganasan akan dikawal. Bagi bersaing dengan saluran swasta yang bertambah, beberapa program baru Playtime On 2, E-Shoppers, Whassup dan Elegance On 2 telah diperkenalkan melalui saluran berkenaan. Selain itu penonton kaum Cina juga dihidangkan dengan beberapa rancangan-rancangan seperti Dim Sum Hour, Gallery Phoenix dan Chopstick On 2.

Usaha menjayakan penjenamaan semula RTM, merupakan usaha bagi memupuk nilai murni yang menjurus kepada pembinaan sahsiah diri yang mantap akan menjadi asas dan teras TV2 yang baru ini. Walaupun TV2 lebih komersil, ia akan turut memikul tanggungjawab untuk mempromosikan nilai-nilai kekeluargaan yang tinggi melalui variasi programnya.

Pada 1 April 2006, RTM2 mengandaikan nama lamanya (dahulunya TV2), tetapi slogannya masih sama. Pada pukul 5:55 pagi 3 April 2006, RTM2 memulakan siaran 24 jam sehari buat pertama kalinya, menyiarkan lebih rancangan untuk sesiapa yang bangun lewat menonton televisyen.

RTM1, RTM2 dan 32 stesen radio RTM menyambut 61st Annivesary Bash tahun ini.

TV Pendidikan juga dahulunya disiarkan pada hari Rabu dan Khamis waktu pagi hingga petang di RTM2 (1972 hingga 1999).

RTM2 bersiaran melalui Frekuensi Lebih Tinggi gelombang ke-III, walaupun beberapa tempat di Malaysia menyiarkannya dalam UHF. Di Lembah Kelang, ia dipancarkan dari Menara Kuala Lumpur di saluran VHF 8, dengan siaran lemah dari Gunung Ulu Kali di saluran VHF 10 di beberapa tempat di Lembah Kelang.

RTM2 juga boleh ditonton di Astro dan MiTV saluran 2.

Alamat

Jabatan Penyiaran
Kementerian Penerangan Malaysia
Angkasapuri, 50614 Kuala Lumpur, Malaysia
Telefon: 03-22825333

Lihat juga

Pautan luar