Neith

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Dewi Neith)
Neith
Alt
Dewi Neith Mesir - mengenakan simbol dewi perangnya, panah bersilang dan perisai di kepalanya, ankh dan goad Mesir. Ia kadang-kala mengenakan Mahkota Merah Mesir Hilir.
Nama dalam hieroglif
n
t
R25B1
Pusat kultus utamaSais
Pasanganbiasanya tiada, kemudiannya menjadi isteri Nun, Set[a] atau Khnum

Neith (Jawi: نيث, Bahasa Yunani Koine: Νηΐθ, pinjaman daripada bentuk demotik Bahasa Mesir: nt, kemungkinan besar asalnya dieja nrt "dia yang menggerunkan"; juga dieja Nit, Net atau Neit) adalah dewa Mesir purba awal. Dia dipercayai adalah pencipta yang pertama dan paling utama, yang telah mencipta dan mengawal sekalian alam. Dia dewi alam semesta, takdir, kepintaran, air, sungai, ibu, bersalin, memburu, menenun dan perang.

Neith juga dewi penaung bandar Sais (Bahasa Qibti: ⲥⲁⲓ Sai daripada bahasa Mesir Zau), di barat Delta Nil Mesir Hilir, tempat kultusnya berpusat. Bukti menunjukkan ia wujud seawal-awalnya dalam Dinasti Pertama.[1] Neith juga merupakan salah satu daripada tiga dewa penaung bandar selatan Latopolis (Bahasa Yunani Koine: Λατόπολις) atau Esna (Snē) (Bahasa Qibti Sahidi: ⲥⲛⲏ daripada Mesir awal: t3-snt, juga iwnyt[2][3]). Latopolis terletak di tebing barat Sungai Nil kira-kira 55 kilometer (34 bt) selatan dari Luxor (Thebes).

Catatan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Dalam beberapa versi mitos Horus melawan Set, Neith memikat Set sementara Horus sedang memulihkan diri selepas matanya dicungkil oleh Set. Neith kemudiannya menjadi dewi-dewi dalam kepercayaan Semitik, Anat dan Astarte sebagia isterinya.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Petikan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Shaw & Nicholson 1995, m/s. 250.
  2. ^ Richter 2016, m/s. 74.
  3. ^ Kaper 2003.

Karya dipetik[sunting | sunting sumber]

Bacaan lanjut[sunting | sunting sumber]

  • el-Sayed, Ramadan (1982). La déesse Neith de Saïs. Cairo: Institut Français d'Archéologie Orientale.
  • Tower Hollis, Susan (1995). "5 Egyptian Goddesses in the Third Millenium B.C.: Neith, Hathor, Nut, Isis, Nephthys". KMT: Journal of Ancient Egypt 5/4.
  • Mallet, Dominique (1888). Le culte de Neit à Saïs. Paris : E. Leroux.
  • Altenmüller, Hartwig. "Zum Ursprung Von Isis Und Nephthys." Studien Zur Altägyptischen Kultur 27 (1999): 1-26. Dicapai 15 Jun 2020. www.jstor.org/stable/25152793.
  • El Sayed, Ramadan. "Les Rôles Attribués à La Déesse Neith Dans Certains Des Textes Des Cercueils." Orientalia, NOVA SERIES, 43 (1974): 275-94. Dicapai 15 Jun 2020. www.jstor.org/stable/43074608.
  • Hendrickx, Stan. "Two Protodynastic Objects in Brussels and the Origin of the Bilobate Cult-Sign of Neith." The Journal of Egyptian Archaeology 82 (1996): 23-42. Dicapai 15 Jun 2020. doi:10.2307/3822112.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]