Pergi ke kandungan

Kura-kura ayam

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Kura-kura ayam
Litograf Kura-kura Ayam, 1842
Kura-kura Ayam sedang berjemur
Pengelasan saintifik e
Domain: Eukaryota
Alam: Animalia
Filum: Chordata
Kelas: Reptilia
Order: Testudines
Suborder: Cryptodira
Superkeluarga: Testudinoidea
Keluarga: Emydidae
Subkeluarga: Deirochelyinae
Genus: Deirochelys
Spesies:
D. reticularia
Nama binomial
Deirochelys reticularia
(Latreille, 1801)
Deirochelys reticularia atau Kura-kura Ayam
Kura-kura Ayam dewasa bertelur di Florida
Kura-kura Ayam dewasa di Florida

Deirochelys reticularia juga dikenali sebagai Kura-kura Ayam ialah kura-kura yang dijumpai di tenggara Amerika Syarikat. Ia adalah spesies monotip daripada genus Deirochelys.

Nama "Ayam" pada kura-kura merujuk kepada rasa dagingnya seperti daging ayam, yang popular dijual di pasar-pasar selatan Amerika Syarikat.[perlu rujukan]

Ciri-ciri

[sunting | sunting sumber]

Kura-kura Ayam mempunyai ciri-ciri yang serupa dengan Chrysemys picta picta, namun memiliki leher yang panjang dan berbelang. Belang kuning juga terdapat pada kedua-dua kaki hadapan dan belakangnya. Mempunyai selaput pada setiap kaki bagi membantunya berenang. Terdapat corak seperti jaring pada karapas (tempurungnya). Karapasnya berbentuk seperti buah pear, dan memiliki warna zaitun dan coklat gelap. Kura-kura betina lebih besar daripada jantan, dan jantannya memiliki ekor yang lebih panjang serta kuku kaki depan yang panjang. Bersaiz satu inci ketika menetas, dan kura-kura dewasa mencecah hingga 10.2-25.4 cm.

Kitaran hidup

[sunting | sunting sumber]

Umur kura-kura liar boleh mencecah hingga 20 ke 24 tahun.

Mendiami kawasan sunyi dan berair seperti tasik, kolam yang berhampiran dengan Teluk Carolina. Kura-kura ini cenderung mengorek tanah mencari kawasan lembap sedalam sehingga 2m.

Pembiakan

[sunting | sunting sumber]

Tidak seperti kura-kura lain, kura-kura ini membina sarang pada musim luruh atau musim sejuk. 2 hingga 19 biji telur dilahirkan pada satu-satu musim, dan menetas selepas 152 hari (29 darjah Celsius). Suhu yang lebih rendah seperti 25 darjah Celsius menghasilkan kura-kura jantan berbanding betina.

Haiwan ini bersifat maserba, makan apa sahaja dari udang krai, ikan, buah-buahan, serangga, invertebrata, katak, berudu, dan tumbuh-tumbuhan. Semasa kecil mereka cenderung bersifat maging berbanding dewasa.

Status Pemuliharaan

[sunting | sunting sumber]

Populasi kura-kura Ayam masih stabil walaupun masih lagi terdedah dengan ancaman. Kura-kura Ayam Timur dianggap terancam di Virginia.[1] Pemusnahan habitat dan pemburuan dagingnya juga mempengaruhi populasi haiwan ini. Kadang-kala mereka mati kerana dilanggar di jalan raya.

Subspesies

[sunting | sunting sumber]

Terdapat tiga subspesies Kura-kura Ayam:

  1. ^ "salinan arkib" (PDF). Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2010-11-04. Dicapai pada 2018-01-20.