Pergi ke kandungan

Mohamad Fazli Mohamad Salleh

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Mohamad Fazli Mohamad Salleh
محمد فضلي محمد صالح
Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Johor
(Kerja, Pengangkutan & Infrastruktur :
26 Mac 2022–13 Februari 2024 &
Kerja, Pengangkutan, Infrastruktur & Komunikasi :
sejak 13 Februari 2024)
Menyandang jawatan
13 Februari 2024
RajaSultan Ibrahim Ismail
Menteri BesarOnn Hafiz Ghazi
Didahului olehSendiri
(Kerja, Pengangkutan & Infrastruktur)
Norlizah Noh
(Komunikasi)
Kawasan pilihan rayaBukit Pasir
Dalam jawatan
26 Mac 2022 – 13 Februari 2024
RajaSultan Ibrahim Ismail
Menteri BesarOnn Hafiz Ghazi
Didahului olehMohd Solihan Badri
Digantikan olehSendiri
Kawasan pilihan rayaBukit Pasir
Ahli Dewan Undangan Negeri Johor
bagi Bukit Pasir
Menyandang jawatan
12 Mac 2022
Didahului olehNajib Lep
(GS–PAS)
Majoriti198 (2022)
Puak yang diwakili dalam Dewan Undangan Negeri Johor
2022–Barisan Nasional
Maklumat peribadi
Lahir
Mohamad Fazli bin Mohamad Salleh

(1986-11-04) 4 November 1986 (umur 39)
Kampung Jalan Raja, Mukim Bukit Pasir, Daerah Muar Muar, Johor Johor, Malaysia Malaysia
Kerakyatan Malaysia
Parti politikPertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO)
Gabungan politik
lain
Barisan Nasional (BN)
PekerjaanAhli politik
Bidang pengkhususanJurutera

Mohamad Fazli bin Mohamad Salleh (lahir 4 November 1986) merupakan seorang ahli politik dan jurutera Malaysia yang telah berkhidmat sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Johor (EXCO) dalam pentadbiran negeri Barisan Nasional (BN) di bawah Menteri Besar Johor Menteri Besar Onn Hafiz Ghazi.

Serta Ahli Dewan Undangan Negeri Johor (ADUN) bagi Bukit Pasir sejak Mac 2022.

Beliau merupakan ahli Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO), sebuah parti komponen gabungan BN.

Kehidupan peribadi

[sunting | sunting sumber]

Mohamad Fazli dilahirkan di Kampung Jalan Raja, Bukit Pasir, Johor, Malaysia pada 4 November 1986.

Kerjaya politik

[sunting | sunting sumber]

Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Johor (sejak 2022)

[sunting | sunting sumber]

Pada 26 Mac 2022, Mohamad Fazli telah dilantik sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Johor yang memegang portfolio Kerja Raya, Pengangkutan dan Infrastruktur oleh Menteri Besar Johor, Onn Hafiz Ghazi.[1]

Ahli Dewan Undangan Negeri Johor (sejak 2022)

[sunting | sunting sumber]

Pilihan raya negeri Johor 2022

[sunting | sunting sumber]

Dalam Pilihan raya negeri Johor 2022, Mohamad Fazli membuat penampilan sulung pilihan raya selepas dicalonkan oleh Barisan Nasional (BN) untuk bertanding di kerusi negeri Bukit Pasir. Beliau memenangi kerusi tersebut dan terpilih ke dalam Dewan Undangan Negeri Johor sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Pasir selepas menewaskan tipis Iqbal Razak daripada Perikatan Nasional (PN), Elia Nadira daripada Pakatan Harapan (PH), penyandang ADUN merangkap calon bebas Najib Lep, seorang lagi calon bebas Johar Siraj serta Mohd Akhiri Mahmood daripada Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG) dengan majoriti hanya 198 undi.[2]

Kerjaya lain

[sunting | sunting sumber]

Tenaga Nasional Berhad

[sunting | sunting sumber]

Mohamad Fazli pernah bekerja dengan Tenaga Nasional Berhad (TNB).[3]

Keputusan pilihan raya

[sunting | sunting sumber]
Dewan Undangan Negeri Johor[4]
Thn Konstituensi Calon Undi Prts Lawan Undi Prts Buang undi Majoriti Keluar
2022 N08 Bukit Pasir Mohamad Fazli Mohamad Salleh (UMNO) 6,048 32.11% Muhamad Nur Iqbal Abdul Razak (PAS) 5,850 31.06% 18,837 198 58.48%
Elia Nadira Sabudin (AMANAH) 4,676 24.82%
Najib Lep (Bebas) 1,860 9.87%
Johar Siraj (Bebas) 207 1.10%
Mohd Akhiri Mahmood (PEJUANG) 196 1.04%
  1. ↑ "New faces make up 70% of Johor exco line-up — MB". 26 Mac 2022. Dicapai pada 27 Mac 2022.
  2. ↑ "PRN Johor 2022 : Keputusan Rasmi Terkini". Dicapai pada 27 Mac 2022.
  3. ↑ "Calon BN Dun Bukit Pasir, Mohamad Fazli Mohammad Salleh". 10 Mac 2022. Dicapai pada 27 Mac 2022.
  4. ↑ "Dashboard SPR". dashboard.spr.gov.my. Dicapai pada 2022-03-13.