Miri FM

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke navigasi Pergi ke carian
Miri FM
Kawasan penyiaranSeluruh Bahagian Miri dan juga di Negara Brunei Darussalam
SloganMesra Bermaklumat
Frekuensi95.7MHz
FormatRadio hit kontemporari
BahasaBahasa Melayu, Bahasa Iban, Bahasa Kenyah, Bahasa Kayan
PemilikRadio Televisyen Malaysia
Saluran kembarAsyik FM, Bintulu FM, Johor FM, Kedah FM, Kelantan FM, Keningau FM, KL FM, Labuan FM, Langkawi FM, Limbang FM, Melaka FM, Mutiara FM, Negeri FM, Pahang FM, Perak FM, Perlis FM, Sri Aman FM, Red FM, Sabah FM, Sabah V FM, Sandakan FM, Sarawak FM, Selangor FM, Sibu FM, Tawau FM, Terengganu FM dan Wai FM
Tapak webmirifm.rtm.gov.my

Miri FM (dulu Radio Malaysia Miri) ialah sebuah stesen radio tempatan yang dijalankan oleh Radio Televisyen Malaysia.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

  • RTM Miri yang dibina dengan harga berjumlah RM 2.8 Juta telah dirasmikan pembukaannya oleh Y.A.B. Allahyarham Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia pada tanggal 2 September 1975.
  • Kedudukan RTM Miri yang terletak di atas bukit dan menghala ke Laut Cina Selatan menghasilkan suatu pemandangan yang cukup indah dan mempersonakan. Pemandangan yang cukup indah ini diserikan lagi dengan siapnya Marina Bay kelak yang menjadi lambang Bandaraya Miri, Bandaraya Peranginan.
  • RTM Miri mula dibina pada awal tahun 1972 dan telah siap pembinaannya dua tahun kemudian. Kerja-kerja pemasangan alat-alat siaran dan teknikal walaupun rumit, telah dapat dilaksanakan mengikut jadual, berkat pengalaman dan kesungguhan yang dimilikki oleh pegawai-pegawai RTM Sarawak.
  • RTM Miri adalah stesen kawasan ketiga selepas Stesen RTM Limbang (1971) dan Stesen RTM Sibu (1974). Stesen ini mempunyai dua bangunan berasingan – Bangunan Penyiaran dan Bangunan Stesen Pemancar. Bangunan Penyiaran menempatkan ruang-ruang pejabat untuk pegawai-pegawai dan kakitangan pentadbiran / akaun, rancangan / pemberita dan kejuruteraan. Ia juga dilengkapi dengan empat buah studio, sebuah Bilik Kawalan Pusat, sebuah Bilik Perpustakaan/Rakamkhanah dan sebuah Auditorium yang boleh memuatkan seratus orang penonton. Juga terdapat sebuah kabin dan menara aerial Alat Pemancar TV dan FM serta kemudahan lain.
  • Memandangkan pemancaran siaran melalui Gelombang Sederhana (MW) tidak digunakan lagi maka Bangunan Stesen Pemancar RTM Miri digunakan untuk menempatkan peralatan – peralatan lama.
  • RTM Miri mempunyai bilangan kakitangan lebih 70 orang.
  • RTM Miri menyiarkan siaran tempatannya 9 jam sehari iaitu dari pukul 9.00 pagi hingga 6.00 petang dalam empat perkhidmatan bahasa iaitu ( Bahasa Melayu 9 pagi hingga 12 tengahari setiap hari ),(Bahasa Mandarin),( Bahasa Iban 12 tengahari - 3 petang hari Khamis, Sabtu dan Ahad ) dan Bahasa Kayan 3 petang hingga 5 petang di Miri sahaja, 12 tengahari hingga 6 petang di WaiFm Bidayuh/Kayan ), Bahasa Kenyah 5 petang hingga 6 petang ) menerusi saluran Miri FM.

Frekuensi[sunting | sunting sumber]

Frekuensi Kawasan siaran Tapak pemancar
95.1 MHz Niah & Suai Bukit TT 844 Suai
95.7 MHz Miri & Brunei: Kuala Belait, Seria Bukit Lambir
98.0 MHz Miri RTM Miri

Pautan luar[sunting | sunting sumber]