Kedah FM

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke pandu arah Pergi ke carian
Kedah FM
BandarAlor Setar
Kawasan penyiaranKedah
SloganMesra Harmoni
BahasaMelayu
PemilikRadio Televisyen Malaysia
Saluran kembar
Siaran webrtmklik.rtm.gov.my/channel/radio/KEDAHFM
Tapak webkedahfm.rtm.gov.my

Kedah FM ialah sebuah stesen radio tempatan dijalankan oleh Radio Televisyen Malaysia dari ibu negeri Kedah Alor Setar. Kini, siaran Kedah FM boleh didengar 24 jam sehari dalam Bahasa Melayu, termasuk berita tempatan dan muzik Malaysia. Kedah FM boleh diiukuti di seluruh negeri Kedah, Pulau Pinang, Perlis, Perak Utara serta seletan Thailand (Satun dan Betong).

Kedah FM disambung siar dari Nasional FM[sunting | sunting sumber]

Kedah FM disambung siar dari Nasional FM bermula jam 12 tengah malam hingga 6 pagi setiap hari.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sejarah Kedah FM bermula pada tahun 1968. Pada masa itu, seorang wakil ditempatkan di Bangunan Persekutuan, Alor Setar untuk membuat liputan, rakaman dan temuramah mengenai sebarang peristiwa yang berlaku di sekitar negeri Kedah untuk stesen Radio Malaysia Pulau Pinang dan Kuala Lumpur.

Pada tahun 1979, sebuah stesen sementara yang dikenali sebagai Radio Malaysia Alor Setar (RMAS) ditubuhkan di Wisma Persekutuan, Alor Setar.

Pada tahun 1992, Radio Malaysia Alor Setar berpindah ke Kompleks Penerangan dan Penyiaran Sultan Abdul Halim, di mana ia terus bersiaran di tempat itu sehingga sekarang. Kompleks ini telah dirasmikan oleh DYMM Sultan Kedah pada 8 Februari 1992.

Pada tahun 2003, pemasangan peralatan suntingan video digital dibuat di unit berita manakala pemasangan peralatan penyiaran digital dibuat di studio siaran. Untuk keselamatan, Kompleks Penerangan dan Penyiaran Sultan Abdul Halim telah memasang kamera litar tertutup (CCTV) dan Sistem Pengurusan Masa (Time Management System).

Pada tahun 2004, Kedah FM memasang sistem berita DaletPlus. Sistem ini membolehkan berita-berita dari Kedah dihantar secara melalui talian VPN ke Angkasapuri. Tahun ini juga, ke semua pemancar utama radio RTM dinaik taraf kepada RDS (Sistem Radio Data) untuk tujuan peningkatan frekuensi siaran yg lebih berkualiti & terkini serta memudahkan pengguna radio yang mempunyai radio penerima RDS ini mudah diaplikasikan.

Pemancar yang terlibat dalam naiktaraf untuk Kedah FM ialah di Gunung Jerai, Bukit Sungai Kecil Hilir dan Bukit Dedap. Manakala pemancar lain dikekalkan kerana masih boleh diguna pakai sehingga sekarang.

Pada tahun 2005, Sistem khidmat pesanan ringkas (SMS) telah digunakan untuk siaran Kedah FM. Semua pendengar yang ingin menghantar SMS mereka perlu mendaftar sebagai Ahli Sahabat Kedah FM. Melalui Sahabat Kedah FM ini, pelbagai aktiviti dapat dijalankan.

Pada 12 November 2005, siaran 24 jam Kedah FM dilancarkan dengan penuh gilang-gemilang dari Dewan Wawasan Jitra oleh DYMM Sultan Kedah. Majlis ini turut dihadiri oleh Menteri Penerangan Malaysia, YB Datuk Seri Panglima Abdul Kadir Bin Haji Sheikh Fadzir dan isteri. Siaran 24 jam ini merupakan cetusan idea beliau. Pemasangan Sistem Penjadualan Iklan Radio telah dilakukan untuk bahagian Pemasaran Radio. Sistem ini membolehkan semua aktiviti penjadualan iklan dapat dihubungkan secara online kepada semua stesen radio di seluruh Malaysia.

Pada 2007, Radio Online Kedah FM telah dibangunkan untuk para pendengar di luar Kedah atau Malaysia. Pada 2011 pula, Frekuensi 105.1 MHz di UUM Sintok, Kedah dipancarkan.

Penyampai[sunting | sunting sumber]

Rancangan utama[sunting | sunting sumber]

Setiap Hari (Isnin - Ahad)[sunting | sunting sumber]

Segmen Penyampai Masa Siaran
Aktif 6-10 - 06:00:00 - 09:59:59
MH 10-2 - 10:00:00 - 13:59:59
Relax 2-7 - 14:00:00 - 18:59:59
MH 7-12 - 19:00:00 - 23:59:59

Frekuensi[sunting | sunting sumber]

Frekuensi Kawasan Pemancar
88.5 MHz Bandar Baharu, Kedah Bukit Sungai Kecil Hilir
Selama, Perak
90.5 MHz Baling, Kedah Bukit Palong
Pengkalan Hulu, Perak
97.5 MHz Perlis, Kedah & Pulau Pinang Gunung Jerai
Perak Utara
105.1 MHz Sik, Kedah Bukit Dedap
105.7 MHz Langkawi, Kedah Gunung Raya
Satun, Thailand

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]