Nasional FM (Malaysia)
| Bandar | Kuala Lumpur |
|---|---|
| Kawasan penyiaran | |
| Slogan | Sentiasa Di Hati (Sejak 2012) |
| Frekuensi | Berbeza-beza, bergantung kepada kawasan |
| Tarikh siaran pertama |
|
| Format | Pelbagai dan bercampur-campur |
| Bahasa | Melayu |
| Pemilik | Radio Televisyen Malaysia |
| Saluran kembar | |
| Siaran web | rtmklik |
| Tapak web | nasionalfm |
Nasional FM ialah stesen radio nasional Malaysia untuk masyarakat Melayu Malaysia dimiliki dan dikendalikan oleh RTM. Stesen ini juga merupakan stesen radio Melayu pertama di Malaysia yang menggunakan format FM stereo. Stesen ini juga merupakan stesen radio Melayu kedua di Malaysia selepas Radio Klasik.
Pada tengah malam hingga 6:00 pagi, semua stesen radio negeri dan daerah RTM (kecuali Perlis FM) akan bersambung siar bersama Nasional FM.
Sejarah
[sunting | sunting sumber]Sebagai FM Stereo
[sunting | sunting sumber]Pada 20 Jun 1975 jam 9:00 pagi, Nasional FM bermula sebagai FM Stereo majlis pelancaran secara rasmi memulakan penyiaran dan dipancarkan di Selangor, Kuala Lumpur, Perak Selatan, Pahang Barat dan sebahagian daripada Negeri Sembilan menerusi 95.3 FM.[1][2] Siaran radio pertama di Malaysia menggunakan format FM Stereo dengan bersiaran 8 jam 30 minit atau 8,5 jam sehari bermula dari jam 9:00 pagi sehingga 12:00 tengah hari dan 4:30 petang sehingga 9:00 malam memulakan siaran rasmi dengan melancarkan rancangan pertama bertajuk Varia dan siaran dari Wisma Radio, Angkasapuri, Kuala Lumpur. Rangkaian FM Stereo memulakan operasi secara rasminya memperkenalkan siaran stereo ke Malaysia telah dilancarkan secara rasmi. Stesen radio pertama di Malaysia yang disiarkan dalam FM Stereo. Ketua stesen pertama ialah Tan Sri S.M. Salim.
| Masa Siaran | Segmen |
|---|---|
| 09:00 - 10:00 | Varia |
| 10:00 - 11:59 | Musik Klasik: "Mustika Hati" |
| 16:30 - 17:00 | Bintang Sore |
| 17:00 - 17:10 | Berita |
| 17:10 - 18:00 | Aneka Hiburan |
| 18:00 - 19:00 | Hiburan Khas |
| 19:00 - 20:00 | Kelab 92.8 |
| 20:00 - 20:30 | Berita Perdana |
| 20:30 - 20:59 | Konser Klasik |
Sebagai Radio 2
[sunting | sunting sumber]Pada 6 September 1989, FM Stereo yang dikenali sebagai Radio 2.[3]
Pada 1 September 1992, Radio 2 menambah masa siaran 3 jam dan bersiaran 18 jam sehari bermula dari jam 6:00 pagi sehingga 12:00 tengah malam.
Sebagai Radio Muzik
[sunting | sunting sumber]Pada pukul 12:00 tengah malam, 2hb Ogos 1994, Radio 2 yang dikenali sebagai Radio Muzik sehingga majlis pelancaran rasmi sepenuhnya bermula umum secara nasional sebagai stesen radio kerajaan bersiaran nasional selama 24 jam pertama di Malaysia yang telah rasmi menanda mula dipancarkan ke seluruh negara secara nasional. Beberapa rombakan telah dilaksanakan: stesen ini beroperasi selama 24 jam sehari segmen-segmen Bahasa Inggeris telah diperkenalkan untuk menarik lebih ramai lagi pendengar berbilang bangsa di Malaysia mendengar stesen ini dan telah menambahkan siaran daripada 18 jam kepada 24 jam sehari.
Pada 1 September 1998, Radio Muzik yang dikenali sebagai Radio Malaysia Saluran Muzik (Radio Muzik).
Pada pukul 12:00 tengah malam, Tahun Baharu (1 Januari) 2001, Radio Malaysia Saluran Muzik (Radio Muzik) yang beroperasi 24 jam dengan melaksanakan penyampaian dalam Bahasa Melayu sepenuhnya.
Pada 15 Julai 2002, Radio Malaysia Saluran Muzik (Radio Muzik) yang lagu-lagunya adalah 50% lagu-lagu Bahasa Melayu dan 50% lagu-lagu Bahasa Inggeris dan Antarabangsa.
Pada 1 April 2005, Radio Malaysia Saluran Muzik (Radio Muzik) yang dikenali sebagai Muzik FM.[4]
Sebagai Nasional FM
[sunting | sunting sumber]Pada strok tengah malam tepat sejak sekitar jam 12.00 tengah malam Waktu Piawai Malaysia, Hari Tahun Baharu (hari pertama bulan pertama 1 Januari) 2012, Pada frekuensi Klasik Nasional (kini digantikan sebagai Radio Klasik) dan Muzik FM (kini telah digantikan secara rasmi oleh Nasional FM) majlis menanda berpecah berasingan berkongsian dipecah-belah kepada dua stesen radio tertua asal disingkirkan bolak-balik rancangan terkikir secara rasmi yang disiarkan dari Wisma Radio, Angkasapuri Kota Media, Kuala Lumpur untuk masyarakat Melayu Malaysia dijalankan oleh Radio Televisyen Malaysia disiarkan dalam Bahasa Melayu:
- Nasional FM (secara rasmi ditanda panggil sebagai Radio Malaya, Perkhidmatan Bahasa Melayu, Rangkaian Biru, Radio Malaysia, Rangkaian Nasional dan FM Stereo) menyiarkan berita/informasi dan muzik/hiburan secara rasmi sepenuhnya bermula umum secara nasional sebagai stesen radio kerajaan bersiaran nasional selama 24 jam pertama di Malaysia yang telah rasmi menanda mula dipancarkan ke seluruh negara secara nasional telah dilaksanakan stesen ini beroperasi selama 24 jam sehari yang beroperasi 24 jam dengan melaksanakan penyampaian dalam Bahasa Melayu sepenuhnya lagu-lagunya adalah 50% lagu-lagu Bahasa Melayu dan 50% lagu-lagu Bahasa Inggeris dan Antarabangsa memulakan siaran rasmi dengan melancarkan rancangan pertama bertajuk Nasional 12-6 dan siaran dari Wisma Radio, Angkasapuri Kota Media, Kuala Lumpur pada frekuensi digunakan oleh disambung siar dari stesen radio Radio Malaya, Perkhidmatan Bahasa Melayu, Rangkaian Biru. Radio Malaysia, Rangkaian Nasional, FM Stereo. Moto utamanya ialah Sentiasa Di Hati.
- Radio Klasik (secara rasmi ditanda panggil sebagai Radio Malaya, Perkhidmatan Bahasa Melayu, Rangkaian Biru, Radio Malaysia dan Rangkaian Nasional) menyiarkan lagu rakaman piring hitam dan petikan filem Melayu klasik dari era 50-an hingga 60-an memulakan siaran rasmi dengan melancarkan rancangan pertama bertajuk Harmoni Klasik (lagu 1950an - 1970an) dan siaran dari Wisma Radio, Angkasapuri Kota Media, Kuala Lumpur pada frekuensi digunakan oleh disambung siar dari stesen radio Radio Malaya, Perkhidmatan Bahasa Melayu, Rangkaian Biru. Radio Malaysia dan Rangkaian Nasional. Moto utamanya ialah Menggamit Kenangan.
Pada 6 Januari 2024, Penyiar itu menggabungkan 34 rangkaian radionya dalam rancangan radio khas, bertajuk 34 Je - Kita Suka, yang mula bersiaran langsung buat pertama kali di Nasional FM. Tajuk rancangan radio itu diperoleh daripada slogan perkhidmatan radio RTM, "34 Stesen Radio, Satu Suara".
Pada 20 Jun 2025, Nasional FM meraikan ulang tahun ke-50.
Pada 1 April 2026, RTM, Radio Klasik, Nasional FM, TraXX FM, Ai FM dan Minnal FM meraikan ulangtahunnya yang ke-80 dan Orkestra RTM meraikan ulangtahunnya yang ke-65.
Sejarah siaran berita radio Nasional FM
[sunting | sunting sumber]- Berita Radio Malaya Singapura dan Persekutuan Tanah Melayu (RMSFOM atau Radio Malaya) (1 April 1946-15 September 1963) (rasmi tanda panggil)
- Berita Radio Perkhidmatan Bahasa Melayu (1 April 1946-18 Januari 1971) (rasmi tanda panggil)
- Berita Radio Rangkaian Biru (1 April 1946-18 Januari 1971) (rasmi tanda panggil)
- Berita Radio Malaysia (16 September 1963-10 Oktober 1969) (rasmi tanda panggil)
- Berita Radio Rangkaian Nasional (19 Januari 1971-5 September 1989)
- Berita Radio 1 (6 September 1989-31 Ogos 1998)
- Berita Radio Malaysia Saluran 1 (Radio 1) (1 September 1998-31 Mac 2005)
- Berita Radio Nasional FM (1 April 2005-11 Ogos 2006)
- Berita Radio Klasik Nasional (12 Ogos 2006-31 Disember 2011)
- Berita Radio Nasional FM (1 Januari 2012-kini) (disambung siar dari stesen radio Radio Klasik)
Sejarah nama Nasional FM
[sunting | sunting sumber]- Radio Malaya Singapura dan Persekutuan Tanah Melayu (RMSFOM atau Radio Malaya) (1 April 1946-15 September 1963) (rasmi tanda panggil)
- Perkhidmatan Bahasa Melayu (1 April 1946-18 Januari 1971) (rasmi tanda panggil)
- Rangkaian Biru (1 April 1946-18 Januari 1971) (rasmi tanda panggil)
- Radio Malaysia (16 September 1963-10 Oktober 1969) (rasmi tanda panggil)
- Rangkaian Nasional (19 Januari 1971-5 September 1989)
- FM Stereo (20 Jun 1975-5 September 1989) (rasmi tanda panggil)
- Radio 1 (6 September 1989-31 Ogos 1998)
- Radio 2 (6 September 1989-1 Ogos 1994)
- Radio Muzik (2 Ogos 1994-31 Ogos 1998)
- Radio Malaysia Saluran 1 (Radio 1) (1 September 1998-31 Mac 2005)
- Radio Malaysia Saluran Muzik (Radio Muzik) (1 September 1998-31 Mac 2005)
- Nasional FM (1 April 2005-11 Ogos 2006)
- Muzik FM (1 April 2005-31 Disember 2011)
- Nasional FM (1 Januari 2012-kini) (disambung siar dari stesen radio Radio Klasik)
Sejarah slogan Nasional FM
[sunting | sunting sumber]- Radio 1 Sepanjang Waktu (6 September 1989-31 Disember 2000)
- Radio Muzik Stesen Muzik Anda (2 Ogos 1994-31 Mac 2005)
- Radio 1 Di Mana Jua (1 Januari 2001-31 Mac 2005)
- Muzik FM Stesen Muzik Anda (1 April 2005-31 Disember 2011)
- Nasional FM Segalanya Di Sini (1 April 2005-11 Ogos 2006)
- Nasional FM Sentiasa Di Hati (1 Januari 2012-kini)
Jadual siaran berita dari Wisma Berita RTM
[sunting | sunting sumber]| Segmen | Masa Siaran |
|---|---|
| Berita Utama 7 Pagi | 07:00 - 07:10 (disambung siar dari stesen radio Radio Klasik) |
| Berita Ringkas 8 Pagi | 08:00 - 08:03 |
| Berita Utama 9 Pagi | 09:00 - 09:10 (disambung siar dari stesen radio Radio Klasik) |
| Berita Dunia 10 Pagi | 10:00 - 10:05 |
| Rangkuman Berita 11 Pagi | 11:00 - 11:02 |
| Berita Ringkas 12 Tengah Hari | 12:00 - 12:03 (Sabtu Hingga Khamis) |
| Berita Utama 12 Tengah Hari | 12:00 - 12:10 (Jumaat) (disambung siar dari stesen radio Radio Klasik) |
| Berita Utama 1 Tengah Hari | 13:00 - 13:10 (Sabtu hingga Khamis) (disambung siar dari stesen radio Radio Klasik) |
| Berita Ringkas 2 Petang | 14:00 - 14:03 (Sabtu hingga Khamis) |
| Berita Ringkas 2.30 Petang | 14:30 - 14:33 (Jumaat) |
| Berita Ringkas 3 Petang | 15:00 - 15:03 |
| Rangkuman Berita 4 Petang | 16:00 - 16:02 |
| Berita Utama 5 Petang | 17:00 - 17:10 (disambung siar dari stesen radio Radio Klasik) |
| Rangkuman Berita 6 Petang | 18:00 - 18:02 |
| Berita Niaga 7 Malam | 19:00 - 19:10 (Isnin hingga Jumaat) |
| Berita Utama 7 Malam | 19:00 - 19:10 (Sabtu, Ahad & Cuti Umum) |
| Rangkuman Berita 8 Malam | 20:00 - 20:02 |
| Berita Utama 9 Malam | 21:00 - 21:10 (disambung siar dari stesen radio Radio Klasik) |
| Rangkuman Berita 10 Malam | 22:00 - 22:02 |
| Berita Utama 11 Malam | 23:00 - 23:10 (disambung siar dari stesen radio Radio Klasik) |
Berita Ringkas disiarkan pada jam 8:00 pagi, 12:00 tengah hari, 2:00 petang (Sabtu hingga Khamis), 2:30 petang (Jumaat) dan 3:00 petang dalam masa 3 minit.
Berita Utama disiarkan pada jam 7:00 pagi, 9:00 pagi, 12:30 tengah hari (Jumaat), 1:00 tengah hari (Sabtu hingga Khamis), 5:00 petang, , 7:00 malam (Sabtu, Ahad dan Cuti Umum), 9:00 malam dan 11:00 malam dalam masa 10 minit dan juga disambung siar di stesen Radio Klasik.
Berita Dunia disiarkan pada jam 10:00 pagi dalam masa 5 minit.
Rangkuman Berita disiarkan pada jam 4:00 petang, 6:00 petang, 8:00 malam dan 10:00 malam dalam masa 2 minit.
Berita Niaga disiarkan pada jam 7:00 malam (Isnin hingga Jumaat) selama 10 minit.
Penyampai
[sunting | sunting sumber]Penyampai Harian
[sunting | sunting sumber]- Nazrie Fahmie
- Sonic Hussein
- Wan Nazrul
- Dyya Nawai
- Azel
- Izz Azlan
- Aizat Azam
- Redza Zikry
- Alia Jalani
- Aida Gia
- Naza
- Nadia Hamid
- Lynn Zainol
- Zura
Bekas penyampai
[sunting | sunting sumber]- Muaz Mohamed, kini bertukar ke TV3 dan radio Kool FM
- Hazery
- Aidi Junaidi
- Odey Petra
- Aliff Alfaraby (berpindah semula ke Muzik FM)
- Azura Lisa Aziz (berpindah ke Radio Klasik)
- Sarah K (berpindah ke Sinar)
Rancangan-utama
[sunting | sunting sumber]Isnin hingga Jumaat
[sunting | sunting sumber]| Segmen | Penyampai | Masa Siaran |
|---|---|---|
| Lagu Kebangsaan Malaysia: "Negaraku" (Vocal) | - | 00:00 & 06:00 |
| Nasional GBH (disambung siar dari stesen radio serantau RTM) | Naza & Wan Sham | 00:00 - 06:00 |
| Nasional Pagi | Sonic Hussein, Dyya Nawai & Nazrie Fahmie | 06:00 - 10:00 |
| Nasional Aspirasi | Nadia Hamid, Azel & Izz Azlan | 10:00 - 13:00 |
| Nasional Relaks | Aida Gia & Aizat Azam | 13:00 - 16:00 |
| Nasional Warna | Zura & Lynn Zainol | 16:00 - 20:00 |
| Nasional Malam | Redza Zikry & AJ | 20:00 - 00:00 |
Sabtu dan Ahad
[sunting | sunting sumber]| Segmen | Penyampai | Masa |
|---|---|---|
| Lagu Kebangsaan Malaysia: "Negaraku" (Vocal) | - | 00:00 |
| Nasional GBH (disambung siar dari stesen radio serantau RTM) | Naza & Wan Sham | 00:00 - 06:00 |
| Nasional Pagi | 06:00 - 12:00 | |
| Nasional Petang | 12:00 - 18:00 | |
| Nasional Malam | 18:00 - 00:00 |
Penyiaran
[sunting | sunting sumber]Carta Radio Muzik
[sunting | sunting sumber]Carta Radio Muzik adalah program carta lagu popular bertaraf nasional yang disiarkan setiap minggu (lazimnya pada hari Sabtu jam 2 petang) di saluran Radio Muzik (kini digelar Nasional FM). Lagu-lagu yang ditabalkan sebagai juara mingguan ini berjaya mendapat permintaan tertinggi daripada pendengar seluruh negara. Permintaan lagu dibuat menerusi poskad dan kemudiannya melalui e-mail dan juga laman sesawang Amboi.net.[5]
Pada pertengahan 90an, program carta Radio Muzik kelolaan juruhebah Maznah Abdul ini menjadi carta radio utama di Malaysia setelah era Carta Pujaan 10 RTM yang disiarkan di Klasik FM (dahulunya digelar Radio Irama Melayu Asli). Ini berikutan penarafan (rating) Radio Muzik yang menduduki tangga tertinggi sebagai radio paling kerap didengar rakyat Malaysia dari tahun 1995 hingga 1999.[6]
- Senarai Juara Carta Pujaan 10 RTM 1990
- Senarai Juara Carta Pujaan 10 RTM 1991
- Senarai Juara Carta Pujaan 10 RTM 1992
- Senarai Juara Carta Pujaan 10 RTM 1993
- Senarai Juara Carta Pujaan 10 RTM 1994
- Senarai Juara Carta Radio Muzik RTM 1996
- Senarai Juara Carta Radio Muzik RTM 1997
- Senarai Juara Carta Radio Muzik RTM 1998
- Senarai Juara Carta Radio Muzik RTM 1999
Carta Pujaan 10 RTM adalah program carta lagu popular bertaraf nasional yang disiarkan setiap minggu (lazimnya pada hari Sabtu jam 10.05 pagi) di Nasional FM. Lagu-lagu yang ditabalkan sebagai juara mingguan ini berjaya mendapat permintaan tertinggi daripada pendengar seluruh negara. Bermula 1 April 2025 bersamaan 3 Syawal 1446H bersempena Hari Raya Aidilfitri, segmen Carta Pujaan 10 RTM bersiaran pada setiap Isnin dan Selasa jam 10:02 malam. Manakala pada setiap Rabu dan Khamis jam 5:10 petang dan Jumaat hingga Ahad jam 8:02 malam.
Lagu kebangsaan
[sunting | sunting sumber]Pada pukul 6:00 pagi & 12:00 tengah malam setiap hari bersama semua stesen radio kebangsaan dan serantau RTM lagu kebangsaan dimainkan sebagai pembukaan.
Frekuensi
[sunting | sunting sumber]Radio
[sunting | sunting sumber]Nasional FM adalah Radio yang menggunakan Format Radio FM dan gelombang radio MHz pada frekuensinya.
| Frekuensi | Kawasan | Pemancar |
|---|---|---|
| 88.5 MHz | Kuala Lumpur | Menara Kuala Lumpur |
| Labuan | Bukit Timbalai | |
| 95.3 MHz | Shah Alam, Selangor | Gunung Ulu Kali |
| 100.5 MHz | Perlis, Alor Setar, Kedah dan Pulau Pinang | Gunung Jerai |
| 107.1 MHz | Taiping, Perak | Bukit Larut |
| Kuantan, Pahang | Bukit Pelindung | |
| 90.9 MHz | Ipoh, Perak | Gunung Kledang |
| 91.7 MHz | Seremban, Negeri Sembilan | Gunung Telapak Buruk |
| Kuala Terengganu, Terengganu | Bukit Besar | |
| 96.6 MHz | Melaka | Gunung Ledang |
| 105.7 MHz | Johor Bahru, Johor dan Singapura | Gunung Pulai |
| Batam, Kabupaten Bintan, Riau, Indonesia | ||
| 101.9 MHz | Kota Bharu, Kelantan | Telipot |
| 88.1 MHz | Kuching, Sarawak | Gunung Serapi |
| 88.9 MHz | Kota Kinabalu, Sabah | Bukit Lawa Mandau |
Televisyen
[sunting | sunting sumber]| Platform TV | Saluran |
|---|---|
| MYTV | 701 |
Perkhidmatan Islam
[sunting | sunting sumber]Stesen ini unik antara semua stesen yang berpangkalan di Malaysia kerana ia menyediakan kandungan kepada masyarakat Melayu/Islam di Malaysia.
Pengaturcaraan agama harian dan siaran Azan
[sunting | sunting sumber]Setiap petang pada jam 6:00 petang untuk pengaturcaraan keagamaan automatik dipersembahkan dengan kesinambungan studio prarakaman di antara segmen. Program wajib yang disiarkan dalam perkhidmatan termasuk yang berikut:
- Seruan Islam (Isnin)
- Suara Islam (Selasa)
- Pembacaan Al-Quran (Rabu)
- Musholla (Khamis)
- Tazkirah (Jumaat)
- Masjid (Sabtu)
- Khutbah (Ahad)
Untuk lima kali sehari azan dimainkan di stesen pada waktu yang ditetapkan yang dikira dan dibincangkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia. Disebabkan penjajaran zon waktunya dengan negara UTC+8 lain sejak 1 Januari 1982, Azan Subuh disiarkan antara 5:37 pagi dan 6:09 pagi untuk Malaysia (kira-kira 30 minit lebih awal daripada sebelumnya zon waktu UTC+7:30). Nasional FM memutarkan Azan Subuh, Zuhur, Asar, Maghrib dan Isyak azan semua waktu solat disambung siar dari stesen radio Radio Klasik, Nasional FM yang dipersembahkan oleh Menara Kuala Lumpur.
Siaran khutbah
[sunting | sunting sumber]Memandangkan kerajaan Malaysia menggalakkan keharmonian antara agama yang berbeza bahagian solat sebenar pada hari Jumaat dan perkhidmatan solat Hari Raya diharamkan untuk penyiaran merentasi saluran radio dan televisyen terestrial yang berpusat di seluruh negara. Kira-kira jam 6:00 petang rakaman perkhidmatan Solat Juma'at disiarkan di stesen untuk mengimbas semula Khutbah Imam dalam tempoh tersebut. Setiap tahun pada Awal Muharam (1 Muharam), Maulidur Rasul (12 Rabiulawal), Hari Raya Aidilfitri (1 Syawal) dan Hari Raya Aidiladha (10 Zulhijah) sehingga stesen itu menyiarkan Khutbah berbahasa Malaysia secara langsung sejurus selepas Tazkirah pada jam 6:00 petang.
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "Info seni". Berita Harian. New Straits Times Press. 4 Julai 2005. Dicapai pada 1 Januari 2022 – melalui KLiK.
- ^ Zaidi Mohammad (10 September 2008). "90:10 pilihan Muzik FM". Berita Harian. New Straits Times Press. Dicapai pada 1 Januari 2022 – melalui KLiK.
- ^ Radio Dua RTM - Lagu pengenalan stesen (station ID Radio 2 RTM) 1991
- ^ Rudy Imran Shamsudin (6 April 2005). "Wajah baru Radio RTM". Harian Metro. New Straits Times Press. Dicapai pada 1 Januari 2022 – melalui KLiK.
- ^ https://www.klik.com.my/item/story/3552025/radio-muzik-tingkat-mutu-rancangan
- ^ https://www.klik.com.my/item/story/365631/empat-stesen-radio-swasta-dilulus