Pahang FM

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Pahang FM
Pahang FM Logo.png
Bandaraya lesenKuala Lumpur
Kawasan penyiaranMalaysia Barat (Pahang)
SloganSatu Pilihan
FrekuensiBerbeza-beza, bergantung kepada kawasan.
Tarikh siaran pertama15 Oktober 1992; 27 tahun yang lalu (1992-10-15)
BahasaBahasa Melayu
PemilikRadio Televisyen Malaysia
Saluran saudaraAsyik FM, Bintulu FM, Johor FM, IKIM.fm, Kedah FM, Kelantan FM, Keningau FM, KL FM, Labuan FM, Langkawi FM, Limbang FM, Melaka FM, Miri FM, Mutiara FM, Negeri FM, Perak FM, Perlis FM, RaSa FM, Red FM, Sabah FM, Sabah V FM, Sandakan FM, Sarawak FM, Selangor FM, Sibu FM, Tawau FM, Terengganu FM, UFM and Wai FM
Tapak webpahangfm.rtm.gov.my

Pahang FM merupakan salah satu stesen radio negeri di Malaysia. Slogannya ialah Satu Pilihan. Ia diselenggarakan oleh RTM Negeri Pahang. Pahang FM boleh didengari di seluruh negeri Pahang, Lembah Klang, Perak Selatan, Terengganu Selatan, dan sebahagian kecil Negeri Sembilan.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Stesen RTM Kuantan mula beroperasi pada bulan Julai 1966 setelah stesen pemancarnya siap pada bulan Jun. Dengan siapnya stesen ini, seorang pegawai tetap telah ditugaskan untuk mencari bahan siaran untuk dihantar ke RTM Kuala Lumpur. Sebelum ini peranan radio hanya bermula apabila seorang pegawai rancangan ditempatkan secara sementara di Jabatan Penerangan Negeri Pahang pada tahun 1960 dengan tujuan untuk mencari bahan siaran untuk RTM Kuala Lumpur.

Bermula dari tahun 1966 hingga 1973 stesen RTM Kuantan berfungsi menyalurkan siaran-siaran Rangkaian Nasional dan Rangkaian Biru ke Negeri Pahang menerusi gelombang sederhana :-

370 meter / 810 KHz - Rangkaian Nasional (Bahasa Malaysia)
263 meter / 1143 KHz - Rangkaian Biru (Bahasa Inggeris)

Stesen RTM Kuantan pada masa itu hanya diketuai oleh seorang Pembantu Teknik yang memastikan siaran radio berjalan lancar di samping tugas-tugas hal-ehwal pentadbiran jabatan. Kawasan stesen ini mempunyai keluasan lebih kurang 6.7 hektar yang terdiri dari bangunan pejabat, stesen pemancar, rumah talaan dan rumah kakitangan.

KDYMM Sultan Sir Abu Bakar Riayatuddin Al-Muadzam Shah telah merasmikan stesen RTM Kuantan pada 10 Februari 1968. Maka di sinilah bermula era baru dunia penyiaran di Negeri Pahang Darul Makmur. Pada tahun 1974, RTM Kuantan telah dinaikkan taraf sebagai sebuah stesen penyiaran dengan wujudnya siaran tempatan. Mulai Mac 1974 siaran tempatan dari Kuantan memuatkan program pembangunan, hiburan dan agama berjumlah 45 minit siarannya setiap hari. Masa berlalu begitu juga pembangunan siaran tempatan yang meningkat kepada 75 minit sehari dengan pelbagai tambahan program bermula pada tahun 1977. Pada tahun 1980 diwujudkan siaran pada waktu pagi dari jam 8.35 pagi hingga 9.00 pagi. Program ala RMIK juga menyusul siarannya pada awal Januari 1986 dan ini menambahkan lagi kebolehpercayaan stesen tempatan dalam memberi hiburan, maklumat dan pendidikan kepada pendengar di Negeri Pahang.RTM Kuantan tidak menyumbang langsung rancangan peringkat nasional kecuali bahan kapsul untuk rancangan Hiburan Sambil Kerja Hari Sabtu tetapi menyumbang rancangan peringkat siaran daerah kawasan timur, seperti rancangan Selera, DJ Anda, Permintaan Dariku Untukmu (sekarang Tiara Timur) yang dselenggarakan bersama Stesen Kota Bharu dan Kuala Terengganu dan beberapa lagi rancangan.

Bermula dengan penambahan masa siaran dari masa ke semasa sehinggalah pada Januari 1993, jumlah masa siaran meningkat kepada 15 jam sehari dan waktu siaran dipanjangkan mengikut perkembangan dunia penyiaran, iaitu dari jam 6.00 pagi hingga 12.00 malam setiap hari. Sumbangan dan peranan Stesen RTM Kuantan bukan hanya terhad kepada siaran tempatan sahaja tetapi juga berperanan menyumbang kepada siaran daerah dan siaran nasional. Ini bertujuan untuk mewujudkan semangat integrasi nasional.

Dalam usaha untuk memperluaskan liputan siaran di daerah-daerah khususnya di negeri Pahang, stesen pemancar Kuala Lipis diwujudkan pada tahun 1974 dan di Jerantut pada tahun 1977.Walau bagaimanapun stesen pemancar RTM di Jerantut AM 846 khz tidak disambungkan ke RTM Kuantan dan siaran daerah kawasan timur yang beribu pejabat di RTM Kuala Terengganu sebaliknya hanya di sambung terus dari RTM Rangkaian Nasional Kuala Lumpur. Stesen di Jerantut telah ditutup pada 1 April 1991.apabila stesen pemancar FM mula dilancarkan di Jerantut barulah siarannya disambung ke RTM Kuantan. Menyedari keupayaan kuasa pemancar di Stesen Kuantan hanya 10 Kilowatt, maka diwujudkan pemancar FM Mono di Bukit Pelindung Kuantan pada penghujung tahun 1990 serta di Gunug Ulu Kali Bentung pula pada tahun 1991. Dengan kemudahan sistem OLTE (Optical Line Terminal) yang dipasang pada 15 Oktober 1992. Semua siaran yang diterima secara mono telah dapat diikuti dalam bentuk FM Stereo dan hampir keseluruhan Negeri Pahang dapat mengikuti siaran RTM Kuantan.

Dari segi pentadbiran Jabatan, ia bermula pada tahun 1981. Seorang pegawai dihantar untuk mengetuai stesen yang sesuai dengan taraf sebagai sebuah stesen penyiaran. Jawatan pada ketika itu dikenali sebagai Ketua Stesen dan kini dinaikkan taraf sebagai Pengarah Penyiaran Negeri. Penambahan kakitangan juga ditingkatkan dari semasa ke semasa dan seorang "jurutera yang menjaga" juga ditempatkan untuk mengetuai bahagian Kejuruteraan stesen ini pada tahun 1982 sehinggalah sekarang.

Dengan perkembangan pesat dalam bidang penyiaran dan juga cabaran-cabaran serta saingan dari pelbagai stesen Radio lain, kini RTM Kuantan mengorak langkah lagi dan kini mempunyai seramai 57 orang kakitangan dari semua bahagian termasuk bahagian Rancangan dan Unit Berita Ehwal Semasa TV. Sementara itu di Stesen Pemancar Kuala Lipis terdapat 13 orang kakitangan yang terdiri dari Bahagian Kejuruteraan dan Pentadbiran. Bahagian Berita Ehwal Semasa TV mula beroperasi di Negeri Pahang pada Mac 1987 dengan berperanan yang lebih mencabar dalam memberi liputan berita dan perkembangan Negeri Pahang secara keseluruhannya.

Frekuensi[sunting | sunting sumber]

  • 104.1 MHz dari tapak pemancar Bukit Pelindung memancarkan Pahang Timur (Kuantan dan Pekan) dan Terengganu Selatan (Kemaman dan sebahagian daerah Dungun)
  • 107.5 MHz dari tapak pemancar Gunung Ulu Kali memancarkan sebahagian besar Pahang Barat (Genting Highlands, Temerloh, Bentong, Bera dan Bandar Tun Abdul Razak, Keratong) , Lembah Klang (Selangor, Putrajaya, dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur), Perak (Tapah, Bidor, Tanjung Malim, Hilir Perak dan Manjung), Negeri Sembilan (Nilai, Mantin, Port Dickson, Linggi, Rantau, Lenggeng, Jempol, Gemas, Simpang Durian, dan Seremban), sebahagian Melaka (Masjid Tanah, Lubok China, Kuala Sungai Baru, Kem Terendak) dan Johor (Batu Anam, Segamat)
  • 92.7 MHz dari tapak pemancar Bukit Istana memancarkan Jerantut
  • 91.9 MHz dari tapak pemancar Kuala Rompin memancarkan Rompin, dan Pulau Tioman
  • 100.3 MHz dari tapak pemancar Gunung Brinchang memancarkan Cameron Highlands
  • 92.0 MHz dari tapak pemancar Bukit Senggora memancarkan Maran, dan Chenor
  • 88.0 MHz dari tapak pemancar Bukit Sembilan memancar Bandar Muadzam Shah
  • 107.2 MHz dari Bukit Botak meliputi Damak
  • 95.5 MHz dari Bukit Sulai meliputi Gambang dan Seri Jaya
  • 102.2 MHz dari Bukit Fraser meliputi Raub, Kuala Lipis and Merapoh

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]