Ai FM
Bandar | Kuala Lumpur |
---|---|
Kawasan penyiaran | Malaysia |
Slogan | 有情有爱,自由自在 (Kasih Sayang, Kebebasan) |
Frekuensi | Berbeza-beza, bergantung kepada kawasan. |
Tarikh siaran pertama | 24 Ogos 1934ZHj Yayasan Wayarles Pulau Pinang | sebagai
Format | Oldies |
Bahasa | Bahasa-bahasa Sinitik (Bahasa Mandarin (utama), Bahasa Hokkien, Bahasa Kantonis, Bahasa Teochew dan Bahasa Hakka) |
Pemilik | Radio Televisyen Malaysia |
Saluran kembar | Asyik FM Minnal FM Nasional FM Radio Klasik TraXX FM |
Siaran web | rtmklik |
Tapak web | aifm |
Ai FM (爱 FM) (sebelum ini dikenali sebagai ZHj Yayasan Wayarles Pulau Pinang, Perkhidmatan Bahasa Cina, Rangkaian Hijau dan Radio 5) ialah stesen radio nasional Bahasa Mandarin di Malaysia untuk masyarakat Cina Malaysia dijalankan oleh Radio Televisyen Malaysia. Ia disiarkan 24 jam sehari, 7 hari seminggu. Moto utamanya adalah 有情有爱,自由自在 (Kasih Sayang, Kebebasan).
Ai FM utamanya ialah di Tingkat 4 Selatan, Wisma Radio, Angkasapuri, Kuala Lumpur.
Sejarah[sunting | sunting sumber]
Sejarah Ai FM bermula pada 24 Ogos 1934, Khoo Sian Ewe telah mendapat lesen siaran yang pertama daripada kerajaan untuk membuat siaran dari rumahnya di Jalan Perak, Pulau Pinang. Siaran tersebut dikenali sebagai ZHj Yayasan Wayarles Pulau Pinang yang berformat muzik dan rencana dalam Bahasa Melayu, Inggeris, Cina dan Tamil. Siaran ZHj Penang diambil alih oleh tentera pihak Jepun untuk menghebahkan dakyah serta berita Jepun dan dipindah ke Bangunan Chinese Recreation Club (Kelab Rekreasi Cina) di Jalan Burma.
Pada 1 April 1946, Jabatan Siaran Radio ditubuhkan di Singapura diikuti dengan penubuhan Jabatan Penyiaran secara rasmi menjadi tarikh keramat bermulanya sejarah radio di Malaya (kini Malaysia) semasa pemerintahan British. Siaran dari Pulau Pinang pada masa itu dibuat dalam bahasa Melayu, Cina dan Tamil adalah terhad dan bercorak tempatan manakala siaran berita disambung dari ibu pejabat berita di Singapura. Pada masa itu, siaran Ai FM dikenali sebagai Perkhidmatan Bahasa Cina atau Rangkaian Hijau. Ketua Perkhidmatan Cina pada keseluruhannya bernama Shi Zu Xian manakala Ketua Bahagian Cina yang pertama ialah Leong Teng Sun dan Lim Eng Mao sebagai penolongnya di Pulau Pinang.
Radio Malaya kemudiannya bertempat di Jalan Young (kini Jalan Cenderawasih), Kuala Lumpur pada 1hb Januari 1950. Leong Teng Sun bertukar sebagai Ketua Perkhidmatan Cina dan Wong Kim Pok dari Radio Rediffusion ditugaskan sebagai Pengelola Rancangan Cina. Siaran Cina dari stesen Kuala Lumpur ketika itu adalah bermula dari pada pukul 12:00 sehingga 13:15 iaitu berita dan laporan Indeks harga Komoditi Utama manakala dari pukul 17:00 sehingga 19:00 adalah siaran kampung atau petani dan dasar kerajaan yang diterang dalam loghat Hakka, Kongfu dan Hokkien. Semasa zaman darurat (1948-1960) pula, Perkhidmatan Cina membuat rakaman dakyah menyeru pengganas komunis untuk menyerah diri.
Pada 31 Ogos 1957, Radio Malaya (kini Radio Malaysia) berpindah ke tingkat 5 dan 6 di Rumah Persekutuan sehingga pada 8 Mei 1972. Pada 1hb Januari 1959, Rangkaian Hijau mengambilalih penerbitan dan siaran berita dari stesen Singapura dan waktu siarannya juga dilanjutkan dari pukul 06:30 sehingga 23:00 melalui gelombang sederhana dan pendek. Mulai tahun 1960 ke 1970, Rangkaian Hijau meningkatkan penerbitan rakaman luar khasnya di luar bandar dan kawasan pertanian. Ramai kakitangan dan pelakon drama diserap ke Rangkaian Hijau untuk melancarkan pertandingan bakat, ciptaan lagu petriotik dan penerbitan drama. Ia mencipta sejarah dan keistimewaan iaitu menubuhkan kumpulan koir yang berkaliber dan berjaya mengeluarkan beberapa album karya.
Pada 19hb Januari 1971, Radio Malaysia yang dikenali sebagai Rangkaian Hijau (kini Ai FM).
- Rangkaian Nasional (Bahasa Melayu, sekarang Radio Klasik dahulunya Klasik Nasional).
- FM Stereo (Bahasa Melayu, sekarang Nasional FM dahulunya Muzik FM).
- Radio Malaysia Ibu Kota (Bahasa Melayu, sekarang KL FM).
- Blue Network (Bahasa Inggeris, sekarang TraXX FM).
- Rangkaian Hijau (Bahasa Cina, sekarang Ai FM).
- Rangkaian Merah (Bahasa Tamil, sekarang Minnal FM).
- Radio 7 Siaran Orang Asli (Orang Asli, sekarang Asyik FM).
Pada 9 Mei 1972, semua perkhidmatan Radio Malaysia memulakan siaran dari Wisma Radio di Angkasapuri RTM iaitu percantuman TV Malaysia dengan Radio Malaysia telah menyusun semula organisasi dan pada 1hb Januari 1993, Rangkaian Hijau telah bertukar nama kepada Radio 5. Radio 5 adalah salah satu rangkaian radio RTM daripada 31 rangakaian iaitu 10 rangkaian di Angkasapuri dan 21 lagi di stesen negeri Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak.
Pada 28 Disember 1994, Radio 5 memulakan siaran 24 jam sehari iaitu tambahan masa siaran sebanyak 50 jam seminggu dan siaran berita disiarkan pada setiap jam.
Penyampai[sunting | sunting sumber]
- Jingcheng
- Shulin
- Minming
- Peiyin
- Jinlong
- Xiaohan
- Enci
- Guojun
- Ziying
- Minyu
- Xinhui
- Yanhong
- Huijin
Rancangan-utama[sunting | sunting sumber]
Rancangan Harian[sunting | sunting sumber]
Segmen | Masa Siaran |
---|---|
Ai Aksi | 06:00 - 10:00 |
Ai Ceria | 10:00 - 12:00 |
Ai Relaks | 12:00 - 16:00 |
Ai Sembang | 16:00 - 20:00 |
Ai Blog | 20:00 - 00:00 |
Frekuensi[sunting | sunting sumber]
Radio[sunting | sunting sumber]
Frekuensi | Kawasan siaran | Tapak pemancar |
---|---|---|
89.3 MHz | Kuala Lumpur | Menara Kuala Lumpur |
106.7 MHz | Selangor | Gunung Ulu Kali |
101.3 MHz | Perlis, Kedah & Pulau Pinang | Gunung Jerai |
106.1 MHz | Taiping, Perak | Bukit Larut |
Kuantan, Pahang | Bukit Pelindung | |
92.1 MHz | Ipoh, Perak | Gunung Kledang |
89.7 MHz | Seremban, Negeri Sembilan | Gunung Telapak Buruk |
100.4 MHz | Melaka & Johor Utara | Gunung Ledang |
104.9 MHz | Johor Bahru, Johor & Singapura | Gunung Pulai |
Kota Batam, Kepulauan Riau, Indonesia | ||
90.5 MHz | Kuala Terengganu, Terengganu | Bukit Besar |
105.7 MHz | Kota Bharu, Kelantan | Telipot |
90.7 MHz | Kuching, Sarawak | Gunung Serapi |
105.3 MHz | Miri, Sarawak | Bukit Lambir |
103.3 MHz | Brunei | Bukit Mas |
92.3 MHz | Labuan | Bukit Timbalai |
91.9 MHz | Kota Kinabalu, Sabah | Bukit Lawa Mandau |
95.1 MHz | Sandakan, Sabah | Bukit Trig |
Televisyen[sunting | sunting sumber]
Platform TV | Saluran |
---|---|
Astro/NJOI | 874 |
myFreeview | 704 |