Sabah FM

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke navigasi Pergi ke carian
Sabah FM
BandarKota Kinabalu
Kawasan penyiaranSabah, Labuan, Brunei dan sebahagian Sarawak
SloganBagus Bah
FrekuensiBerbeza-beza, bergantung kepada kawasan.
Tarikh siaran pertama1939
FormatRadio hit kontemporari
BahasaBahasa Melayu
PemilikRadio Televisyen Malaysia
Saluran kembarAsyik FM, Bintulu FM, Johor FM, Kedah FM, Kelantan FM, Keningau FM, KL FM, Labuan FM, Langkawi FM, Limbang FM, Melaka FM, Miri FM, Mutiara FM, Negeri FM, Pahang FM, Perak FM, Perlis FM, Sri Aman FM, Red FM, Sabah V FM, Sandakan FM, Sarawak FM, Selangor FM, Sibu FM, Tawau FM, Terengganu FM dan Wai FM
Siaran webrtmklik.rtm.gov.my/channel/radio/SABAHFM
Tapak websabahfm.rtm.gov.my
Ketersediaan
Terestrial
Malaysia myFreeviewSaluran 707
Media penstriman
Malaysia RTMrtmklik

Sabah FM adalah sebuah stesen radio negeri dijalankan oleh Radio Televisyen Malaysia disiarkan dalam Bahasa Melayu. Ia bersiaran 24 jam sehari. Moto utamanya ialah Bagus Bah.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sejarah penyiaran di Sabah bermula pada tahun 1939 dengan ulasan selari perlumbaan kuda di Jesselton (sekarang Kota Kinabalu) yang dibuat dalam Bahasa Inggeris dan disiarkan melalui talian radio-telefon ke Sandakan. Radio telefon ini dikuasai oleh Jabatan Radio-Telegraf yang telah wujud sebelum tahun 1916 [1].

Perkhidmatan siaran radio sepatutnya boleh dimulakan sebelum tahun lima puluhan tetapi tidak ada siapa pun yang mahu atau berhak memulakannya. Atas inisiatif seorang jurutera Telekom, Mr. Bradley, beliau membuat percubaan siaran radio dari rumahnya sendiri sebagai studio dan memancarkannya dengan menggunakan alat pemancar yang terdapat di bangunan Pos dan Telegraf yang kebetulan terletak dekat dengan rumahnya [2].

Siaran percubaan dari rumah Mr. Bradley dikendalikan pada tengah hari dengan menyiarkan berita, kadangkala pengumuman dan rencana mengenai perlumbaan kuda yang sememangnya amat diminati ramai. Walaupun masih dalam percubaan sambutan orang ramai amat menggalakkan diukur dari segi permintaan Lesen Penerima Siaran yang perlu dibayar kepada Jabatan Pos dan Telegraf. Dalam tahun 1951 jumlah lesen yang dikeluarkan ialah 1,611 dan dalam tahun yang sama siaran percubaan ini dikendalikan dalam tiga bahasa iaitu Inggeris, Melayu dan Cina.

  1. Rangkaian Satu (Bahasa Melayu, sekarang Sabah FM).
  2. Rangkaian Kedua (Bahasa Inggeris dan Bahasa Cina, sekarang Sabah V FM).

Siaran radio dari rumah Mr. Bradley berkembang dengan pesatnya dan telah mendapat sokongan dari pihak pemerintah British Jajahan Borneo Utara. Operasi penuh dimulakan dalam tahun 1952 dengan memperkenalkan rancangan-rancangan radio yang lebih tersusun dan secara tidak rasminya perkhidmatan ini dikenali sebagai Radio Sabah.

Rancangan-rancangan yang baru diperkenalkan ini dikelolakan oleh kakitangan Jabatan Penerangan dan disiarkan oleh Jabatan Telekom. Kedua-dua jabatan telah bekerjasama iaitu Jabatan Penerangan menyediakan berita, rancangan dan pengumuman sementara Telekom mengendalikan bidang teknikalnya.

Pada 9 November 1955 Perkhidmatan Radio Sabah telah dilancarkan secara rasminya serentak dengan perasmian bangunan sementara yang terletak di Bukit Brace berhampiran dengan menara jam di ibu negeri. Turut dilancarkan ialah siaran petang oleh Gabenor Jajahan Borneo Utara, Sir Roland Turnbull. Ketika ini Radio Sabah dikendalikan dalam 4 bahasa iaitu Inggeris, Melayu, Cina dan Kadazan.

  1. Rangkaian Satu (Bahasa Melayu, sekarang Sabah FM).
  2. Rangkaian Kedua (Bahasa Inggeris, Bahasa Cina dan Bahasa Kadazan, sekarang Sabah V FM).

Perkhidmatan Radio Sabah terus berkembang apabila bangunan tetap Wisma Radio siap dibina pada tahun 1962 yang terletak di Bukit Nenas, Jalan Tuaran iaitu bangunan yang ada sekarang. Selepas Sabah merdeka melalui pembentukan Malaysia pada 1963 Radio Sabah bertukar nama menjadi Radio Malaysia Sabah. Siaran Radio bermula di bangunan baru ini pada 23 Jun 1963. Jabatan Penyiaran Malaysia kemudian berpisah dengan Jabatan Penerangan Malaysia pada 1964 di bawah naungan Kementerian Penerangan Persekutuan.

Sejak dari tarikh ini Jabatan Penyiaran telah menjadi sebuah agensi kerajaan yang amat berpengaruh di negeri ini. Perananya sebagai alat sebaran am kerajaan terbukti dari jumlah peruntukan wang yang besar bagi mengembang dan meluaskan kegiatan-kegiatannya di Sabah. Pembinaan stesen-stesen pemancar yang baru di tempat-tempat strategik di seluruh negeri meluaskan lagi pemancaran radio sejajar dengan pembangunan pesat di negeri ini.

Selari dengan perkembangan fizikal jabatan ini, perkembangan di bidang rancangan juga amat pesat. Ini dapat dilihat dari keupayaan 'output' pada kadar kiraan masa siaran dalam seminggu. Pada tahun 1955 masa siaran di udara hanya 15 jam seminggu berbanding dengan masa siaran yang ada sekarang iaitu Rangkaian Satu (siaran Bahasa Malaysia) 24 jam sehari atau 168 jam seminggu dan Rangkaian Kedua (siaran berbagai bahasa) juga 24 jam sehari. Rancangan-rancangan di awal lima puluhan dan enam puluhan merupakan 95 peratus bahan-bahan luar negeri (foreign transcription).

  1. Rangkaian Satu (sekarang Sabah FM).
  2. Rangkaian Kedua (sekarang Sabah V FM).

Pada keseluruhannya dasar rancangan Radio Malaysia Sabah adalah selaras dengan dasar Ibu Pejabat di Kuala Lumpur iaitu memberi khidmat kepada pendengar-pendengarnya imbangan rancangan yang sihat dari segi maklumat, pendidikan dan hiburan.

Sejak diwujudkan hingga sekarang perkhidmataan siaran dalam bahasa Melayu ini telah beberapa kali mengalami pertukaran nama. Bermula dengan Perkhidmatan Melayu bertukar kepada Rangkaian Nasional, kemudian bertukar lagi kepada Siaran Bahasa Malaysia. Sekarang ini berikutan penjenamaan semula, ia dikenali sebagai SABAH FM. Pemilihan nama baru itu adalah selari dengan perkhidmatan industri penyiaran bukan sahaja di peringkat nasional tetapi di peringkat global.

Pada awal tahun 2012, Sabah FM telah berpindah ke Kompleks Bersepadu Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia Di Jalan Lintas Kepayan, Kota Kinabalu.

Di samping perkembangan pesat di peringkat ibu pejabat, stesen-stesen di peringkat daerah juga turut ditambah. Begitu juga diperingkat ibu pejabat, perubahan sentiasa dilakukan dari masa ke semasa termasuk memperkenalkan rancangan dan format baru seperti 'phone-in-programme'. Mengubahsuai waktu siaran dan memberikan nama baru kepada rangkaian radio seperti:

  1. Radio 1 (Bahasa Melayu, sekarang Sabah FM).
  2. Radio 2 (Bahasa Inggeris, Bahasa Bajau, Bahasa Murut, Bahasa Kadazan, Bahasa Dusun, Bahasa Rungus dan Bahasa Cina, sekarang Sabah V FM).
  3. Radio 3 (Bahasa Melayu, sekarang Sandakan FM).
  4. Radio 4 (Bahasa Melayu, sekarang Tawau FM).
  5. Radio 5 (Bahasa Melayu, Bahasa Murut, Bahasa Kadazan dan Bahasa Dusun, sekarang Keningau FM).

Sabah FM kini bersiaran di Kota Kinabalu pada dua frekuensi sahaja (89.9 MHz dan 104.5 MHz).

Frekuensi[sunting | sunting sumber]

Sabah FM adalah Radio yang menggunakan Format Radio FM dan gelombang radio MHz pada frekuensinya.

Frekuensi Daerah/Nama Tempat
89.3 MHz Sabah Beaufort
89.7 MHz Sabah Semporna
89.9 MHz Sabah Membakut
89.9 MHz Sabah Ranau, Kota Belud, Tuaran, Tamparuli, Penampang, Kota Kinabalu, Putatan dan Papar
90.3 MHz Sabah Keningau
92.9 MHz Sabah Sandakan
95.7 MHz Sabah Tawau
95.9 MHz Sabah Kota Marudu
97.1 MHz Sabah Kudat
97.9 MHz Sabah Sipitang dan Sindumin
97.9 MHz Sabah Labuan Sarawak Brunei Kuala Penyu, Labuan, Lawas, Sarawak dan Brunei
101.5 MHz Sabah Kota Belud
104.1 MHz Sabah Lahad Datu
104.5 MHz Sabah Bahagian Pantai Barat
104.5 MHz Sabah Bahagian Pedalaman Atas dan Bawah

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Laporan Tahunan Jabatan Radio-Telegraf Negeri Jajahan Borneo Utara
  2. ^ Hasil temuramah dengan Encik Ian De La Harpe, bekas Juruteknik Kanan Telekom/Penyiaran 1957

Pautan luar[sunting | sunting sumber]