Daerah Dinding

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Daerah Dinding atau jajahan Dinding terletak di negeri Perak, Malaysia. Kini, Dinding dikenali dengan nama daerah Manjung. Daerah Manjung termasuklah kawasan Beruas, Sitiawan, Lumut dan Pantai Remis. Selat Dinding terletak di antara Lumut dengan Pulau Pangkor.

Dinding sejak 1826 adalah sebahagian daripada Negeri-Negeri Selat dan hanya diserahkan kepada kerajaan negeri Perak pada awal 1935. Negeri-Negeri Selat seperti Pulau Pinang, Melaka dan Singapura sejak 1867 sehingga 1941 adalah tanah jajahan British.[1]

Belanda pernah membina Kota Belanda di Pulau Pangkor. Belanda pernah menjajah Melaka dan seluruh Indonesia. Atas alasan yang sama, British juga berminat menguasai Pulau Pangkor dan tanah daratannya iaitu Dinding. Perjanjian Pangkor antara Sultan Abdullah, Sir Andrew Clarke dan pemimpin kongsi gelap diadakan di atas kapal perang Pluto yang berlabuh di Selat Dinding. Perairan Selat Melaka lebih mudah dikawal dari kegiatan lanun dan pedagang Barat dari pelabuhan di Pulau Pangkor.

Kemunculan bijih timah di Lembah Kinta menarik minat Syarikat Hindia Timur Inggeris (SHTI). Oleh itu, mereka tidak sahaja mahukan Pulau Pangkor dan Dinding tetapi juga Lembah Kinta. Jalan perhubungan ketika itu ialah Sungai Perak dan cawangannya Sungai Kinta. Sungai Larut bukan cawangan Sungai Perak. Oleh itu, keseluruhan negeri Perak mestilah dikuasai melalui Perjanjian Pangkor 1874. Pusat pemerintahan negeri Perak ketika itu tidak berada di Kuala Kangsar. Sebaliknya istana Sultan Abdullah berada di Perak Tengah.

Rujukan[sunting | sunting sumber]