Iskandar Malaysia Studios

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Iskandar Malaysia Studios
Map
Maklumat umum
StatusOperasi
JenisStudio filem
Gaya seni bina
Moden
Disiapkan pada
2014
Laman sesawang
www.iskandarmalaysiastudios.com

Iskandar Malaysia Studios (dahulu Pinewood Iskandar Malaysia Studios) merupakan kompleks studio yang terletak di Iskandar Puteri, Daerah Johor Bahru, Johor, Malaysia yang berkeluasan 20 hektar.[1] Studio ini menyasarkan pasaran di rantau Asia-Pasifik.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Pinewood Shepperton PLC telah mencapai persetujuan secara strategik dengan Khazanah Nasional Berhad (sayap pelaburan Kerajaan Malaysia) untuk membangunkan kemudahan studio baru filem dan televisyen di Iskandar Puteri, Johor Bahru, Johor, Malaysia. Pelaburan yang besar telah dilakukan di rantau ini serta dapat menyediakan dana yang diperlukan bagi projek-projek infrastruktur dan pembangunan perniagaan yang besar.

Pembinaan telah bermula menjelang akhir tahun 2010 dan siap menjelang akhir tahun 2012.[2]

Pada Julai 2019, Pinewood Iskandar Malaysia Studios telah bertukar nama kepada Iskandar Malaysia Studios selepas kerjasama selama 10 tahun dengan Pinewood Shepperton plc tamat melalui persetujuan bersama.[3][4][5]

Pada 31 Mac 2023, syarikat hiburan Singapura, GHY Culture & Media mengumumkan hasratnya dalam pemfailan di Bursa Saham Singapura untuk memperoleh 80% pegangan majoriti dalam Iskandar Malaysia Studios.[6] Kemudian, pada 9 April, syarikat tujuan khas milik penuh Khazanah Nasional, Granatum Ventures, telah memeterai perjanjian penjualan saham definitif untuk melepaskan 100% pegangannya dalam studio itu kepada Studio Management Services (SMS), sebuah konsortium yang diketuai oleh pasukan pengurusan Malaysia semasanya dengan kerjasama GHY, untuk menarik pelaburan asing serta membawa faedah ekonomi dan sosial kepada Malaysia.[7]

Pentas, studio TV dan kemudahan[sunting | sunting sumber]

Kemudahan tahap tertinggi untuk pembangunan umum telah dijalankan sebagai salah satu bahagian kompleks studio termasuklah 100,000 kaki persegi (9,300 m2) pentas filem serta berkeluasan antara 15,000 kaki persegi (1,400 m2) hingga 30,000 kaki persegi (2,800 m2). Keluasan lainnya adalah pada 15,000 kaki persegi (1,400 m2) manakala yang selebihnya pada 20,000 kaki persegi (1,900 m2). Pentas yang terbesar berukuran 30,000 kaki persegi (2,800 m2) di mana terdapat tangki air untuk produksi yang bekerja pada atau di bawah air.[1] Terdapat juga dua studio televisyen yang setiap satunya berkeluasan 12,000 kaki persegi (1,100 m2), tangki air paddock terbesar di Asia Tenggara dengan pengukuran 65m x 65m x 1.4m dan tangki air dalam berukur 18m radius dan 5.6m dalam.[1]

Penerbitan[sunting | sunting sumber]

Televisyen[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c "Johor set to become Malaysia's movie capital". thestar.com.my. 17 September 2012. Dicapai pada 17 September 2012.
  2. ^ "Pinewood Shepperton PLC Trading Update and Announcement of Pinewood Malaysia Studios Covering the Asian Region". The Pinewood Studios Group. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-11-27. Dicapai pada 26 September 2011.
  3. ^ Kerjasama Pinewood, Iskandar Malaysia Studios berakhir Berita Harian (12 Julai 2019). Dicapai pada 21 Ogos 2019.
  4. ^ Pinewood pulls out of Iskandar Malaysia Studios Diarkibkan 2019-07-13 di Wayback Machine Star2 (12 Julai 2019). Dicapai pada 21 Ogos 2019.
  5. ^ Stewart Clarke (11 Julai 2019). Pinewood pulls out Iskandar Malaysia Studios Variety. Dicapai pada 21 Ogos 2019.
  6. ^ Amir Yusof (6 April 2023). "Singapore-based GHY Culture to acquire Iskandar Malaysia Studios in Johor". CNA. Dicapai pada 9 April 2023.
  7. ^ "Khazanah divesting entire stake in Iskandar Malaysia Studios". Free Malaysia Today. 9 April 2023. Dicapai pada 9 April 2023.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Koordinat: 1°24′30″N 103°38′13″E / 1.4083774°N 103.6370128°E / 1.4083774; 103.6370128