Loloq

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Rosli Khamis)
Loloq
Loloq (kiri) bersama M. Nasir (kanan) semasa memenangi anugerah MACP.
Kelahiran
Rosli bin Khamis

(1957-05-21)21 Mei 1957
Meninggal dunia30 Januari 2008(2008-01-30) (umur 50)
Sebab kematianPendarahan otak
DikebumikanTanah Perkuburan Islam Bandar Baru Sungai Buloh, Seksyen U20, Shah Alam, Selangor
Nama lainLoloq, Nurbisa, Nurbisa II, Cenderawasih, Fakir Iskandar, Abdullah Romany, Kristo Bimbo, Roshi Lee, Al-Heikel, Sinbad, Rosman
PekerjaanPenulis lirik, pelakon
PasanganHariah Yaacob
Anak-anak3
Kerjaya muzik
GenreBalada, Rock, Slow Rock, Pop, Pop rock
Tahun aktif1987–2008
Pengkarya berkait
Aidit Alfian, Ajai, Arab, Aris Ariwatan, Azmeer, Ella, Elyana, Exists, Handy Black, Hattan, Iklim, Jamal Abdillah, Kris, M. Nasir, Mawi, Mila, Misha Omar, Ning Baizura, Ramli Sarip, Roy, Search, Spider, Wings, XPDC, Ziana Zain

Rosli Khamis atau lebih dikenali sebagai Loloq (21 Mei 1957 – 30 Januari 2008)[1][2] merupakan seorang penulis lirik Malaysia. Beliau sering bergandingan dengan M. Nasir dalam menghasilkan lagu baru. Selain nama Loloq, beliau juga menggunakan nama Nurbisa dan Cenderawasih untuk lirik ciptaannya. Beliau turut berlakon dalam beberapa buah filem dan drama.

Biografi[sunting | sunting sumber]

Loloq dilahirkan pada 21 Mei 1957 di Koloni Singapura. Bapanya, Khamis Dayut berasal dari Masjid Tanah, Melaka adalah bekas polis Tanah Melayu. Ibunya, Maimunah adalah Cina mualaf. Hasil perkahwinannya dengan Hariah Yaacob, Loloq dikurniakan tiga anak iaitu Krsty Nur, Jaevn Nur dan Yasha Nur.

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Loloq mula aktif dalam bidang penciptaan lagu bermula tahun 1987. Beliau mula menumpahkan idea menulis lirik pada usia 27 tahun, Loloq pada kehidupan silamnya merupakan seorang lelaki yang menjalani kehidupan tanpa arah tuju. Dari Singapura, beliau berkelana sendirian ke Kuala Lumpur pada usia 23 tahun. Beliau pernah terlibat dengan najis dadah selama enam tahun, dan menjadi kutu rayau, di perjalanannya menemui paksi apabila bertemu M. Nasir dan Amy Search di Jalan Chow Kit sekitar tahun 1980-an.[3]

Pada waktu itu, beliau yang merupakan seorang penganggur dengan beraninya memujuk M. Nasir dan Amy menggunakan lirik ciptaannya untuk dimuatkan ke dalam album mereka.

Sejak tahun 1990, beliau menjadi penulis lirik eksklusif di syarikat rakaman Luncai Emas milik M. Nasir dan telah menghasilkan sehingga 500 buah lirik lagu. Di antara lirik lagu beliau yang pernah popular adalah Di Ambang Wati (Wings), Bazooka Penaka (Wings), Kau Bukan Brader (Wings), Awang Trasher (Wings), Nur Nilam Sari (Awie & Search), Analog 0.1, (Search), Asli Dan Tulus (Search), Laila Namamu Teratas (Search), Neo Romantik (Search), Zen-Bikin Wilayah (Search), Gemuruh (Search & Wings), Ghazal Untuk Rabiah (Jamal Abdillah & M. Nasir), Mentera Semerah Padi (M. Nasir), Andalusia (M. Nasir), Kita Peng-Yu (XPDC), Tak Nak Jadi Soh Chai (XPDC), Ratu Sanubari (Saleem), Laukku Cukup Masin (Spider), Kasih Latifah (Spider), Cinta Dewa Dewi (Spider), Aladin (Spider), Kacap Terlabik (Spider) dan banyak lagi. Beliau pernah mendapat Anugerah Khas dalam Anugerah Planet Muzik 2007 di tanah kelahirannya atas sumbangan beliau yang berjasa dalam industri seni.

Selain hebat menulis seni kata lagu, Loloq juga dilihat hebat dalam bakat lakonannya. Antara filem yang pernah dibintanginya seperti Sara, Embun, Lang Buana, Zombi Kampung Pisang dan Man Laksa dan pernah membintangi sebuah telefilem "Orang Kasar" turut berlakon bersama Eman Manan serta telefilem Neon. Beliau juga pernah beraksi di pentas teater suatu masa dulu dalam persembahan teater Bukit Kepong arahan Othman Ghani dan drama sitkom Awie Record.

Semasa hayatnya beliau pernah dikurniakan beberapa anugerah seperti penulis lirik terunggul dan menerima royalti tertinggi daripada Badan Perlindungan Hak Cipta Karyawan Muzik Malaysia Berhad (MACP) ke-11 menerusi lagu Dewa Dewi nyanyian kumpulan Spider menjulang namanya sebagai Penulis Lirik Terunggul lima tahun berturut-turut.[4]

Selain itu, Anugerah Lirik Nasyid pada majlis Anugerah Juara Nasyid Minggu Ini 2006 serta Anugerah Galakkan Penulis Lirik pada Anugerah Citra Wangsa Malaysia 2005. Beliau juga turut terbabit dalam menulis skrip filem Aduh Saliha yang judul asalnya ialah Misteri Mimpi Syakila arahan M Nasir. Bagaimanapun, filem itu tidak dapat disiapkan sehingga sekarang. Lirik lagu terakhir yang dicipta oleh Loloq berjudul "Angkasawan" yang dinyanyikan oleh kumpulan Butterfly.[5]

Beliau juga pernah menjadi penterjemah skrip siri animasi Kampung Boy karya Lat.

Kematian[sunting | sunting sumber]

Loloq meninggal dunia setelah empat hari terlantar di Hospital Pakar Damansara pada 30 Januari 2008 pukul 1:30 tengah hari akibat pendarahan otak. Penulis lirik ini telah menjalani pembedahan di kepala pada 29 Januari 2008 setelah menghidap pendarahan serius di kepala. Akibat terlalu banyak kandungan karbon dioksida di dalam paru-paru, kesannya melibatkan keseluruhan sistem dalaman badannya. Allahyarham menghembuskan nafas terakhir di sisi isteri, Hariah Yaacob dan tiga sahabat lain.[6]

Jenazah Allahyarham Loloq telah selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Bandar Baru Sungai Buloh selepas solat Asar.[7]

Diskografi[sunting | sunting sumber]

Lirik-lirik ciptaan[sunting | sunting sumber]

Antara lirik lagu ciptaannya adalah:

Tajuk Penyanyi
"Aduh Saliha" Mawi
"Aku Lebih Tahu" Mila
"Aladin" Spider
"Andalusia" M. Nasir
"Angan Dan Sedar" Mawi
"Apokalips" M. Nasir
"Awan Yang Terpilu" Ning Baizura
"Berikan Nurbisa" Hattan
"Bila Bulan Berwarna Biru" Arab dan Aidit
"Bila Nak Saksi" Spider
"Bonda" M. Nasir
"Buat Sang Puteri" Spider
"Cinta Adam Dan Hawa" Misha Omar
"Cinta Dewa Dewi" Spider
"Cinta Zulaikha" Mawi
"Dari Kekasih Kepada Kekasih" Hattan
"Di Ambang Wati" Wings
"Di Atas Medan Kasih" Elyana
"Di Kala Asmara Lepaskan Layarnya" Aris Ariwatan
"Dipenjara Janji" Awie
"Dirantai Digelangi Rindu" Exists
"Gemala Saktiku" Wings
"Gemuruh" Search dan Wings
"Ghazal Untuk Rabiah" Jamal Abdillah dan M. Nasir
"Gothik Malam Edan" Search
"Gurindam Gunung Tahan" M. Nasir
"Insan Dan Manikam" M. Nasir
"Jerangkung Dalam Almari" Wings
"Kabus Dan Sirna" Ella
"Kasih Ibu" Jamal Abdillah
"Kasih Latifah" Spider
"Kau Yang Bernama Seri" Handy Black
"Keroncong Nostradamus" M. Nasir
"Kias Fansuri" M. Nasir
"Kita Peng-Yu" XPDC
"Ku Insan Yang Sepi" Iklim
"Lagu Cenderawasih" Kris
"Lagu Jiwa Lagu Cinta" Mawi dan M. Nasir
"Laila Namamu Teratas" Search
"Langgam Pak Dogo" M. Nasir
"Laukku Cukup Masin" Spider
"Layar Impian" Ella
"Mabuk Tujuh Lautan" Wings
"Madah Di Pusara" Exists
"Menanti" Ella
"Mentera Semerah Padi" M. Nasir
"Nafas Cahaya" Misha Omar
"Nazraku" Spider
"Neo Romantik" Search
"Nur Nilam Sari" Awie dan Search
"Persis Mutiara" Mila
"Ratnaku" Roy
"Ratu Sanubari" Saleem
"Sakinah" XPDC
"Secangkir Kopi Semanis Puan" M. Nasir
"Seloka Jegela Melayu" M. Nasir
"Sembunyi" Misha Omar dan Andy Flop Poppy
"Sentuhan Listrikmu" M. Nasir
"Setia Ku Di Sini" Ziana Zain
"Syair Laila Majnun" Ramli Sarip
"Tak Nak Jadi Soh Chai" XPDC
"Tanya Sama Itu Hud Hud" M. Nasir
"Ya! Sidi Mustaffa" M. Nasir
"Yin & Yang" Search
"Zen (Bikin Wilayah)" Awie dan Search

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Filem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Catatan
1996 Merah Juga sebagai penulis bersama
2001 Sara Salleh Filem lakonan pertama
2002 Embun Non Cabai
2003 Lang Buana Tauke Wong Pak Eu
2005 Rock MC Final
2006 Man Laksa Ah Lok
2007 Zombi Kampung Pisang A. Kamsan Filem lakonan terakhir

Drama[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2000 Spanar Jaya Dirinya sendiri ntv7 Sebagai konsep, pelakon undangan

Telefilem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Saluran TV
2001 Mat Nor Kushairi & The Velvet Boys Irwan Ferhad ntv7
2003 Orang Kasar Ateng VCD
Neon Pemuzik Jalanan
2004 15 Puasa Haslam

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Loloq meninggal dunia". Berita Harian. 31 Januari 2008.
  2. ^ "Belasungkawa Loloq (1957–2008): Hilangnya penulis kreatif". Berita Harian. 31 Januari 2008.
  3. ^ Tengku Suzana Raja Hamat dan Maliah Surip Perginya seorang genius seni Kosmo!, 2008-02-01
  4. ^ "M. Nasir ungguli MACP 2007". MStar Online. 15 April 2007.
  5. ^ Tengku Suzana Raja Hamat dan Maliah Surip Loloq tidak mahu dilihat lemah Kosmo!, 2008-02-01
  6. ^ Saharudin Mustafa "Loloq meninggal dunia" Utusan Malaysia, 2008-01-30.
  7. ^ "Loloq minta rahsiakan penyakit – Isteri" Utusan Malaysia, 2008-01-31.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]