Senarai Lagu Juara Carta Era 2000

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Carta Era 2000
PenganjurEra FM


Carta Era dikelolakan oleh Era FM dibawah seliaan penyampai radio Halim Othman. Ia menampilkan turutan carta lagu-lagu popular yang dihitung daripada jumlah permintaan lagu oleh pendengar Era seluruh negara pada skala mingguan [1].

Pemilihan lagu paling popular dalam Carta Era adalah melalui pemilihan lagu oleh pendengar bagi segmen Muzik ERA yang ke udara setiap hari. Lagu yang paling banyak diminta pendengar akan berpeluang lebih untuk mengungguli carta secara mingguan.

Penarafan Radio[sunting | sunting sumber]

Setelah bersiaran bermula dari 8 Ogos 1998, Carta Era akhirnya menjadi carta utama di peringkat nasional. Ini kerana kajian menunjukkan bermula suku kedua tahun 2000, Radio Era mula mengambil tempat sebagai radio nombor satu di Malaysia daripada Radio Muzik yang mengelola Carta Radio Muzik sebelum ini [2]. Mengambil kira faktor itu, lagu-lagu yang tersenarai dalam Carta Era bermula dari tahun 2000 boleh dianggap sebagai lagu paling popular di Malaysia .

Turutan Juara Carta Era[sunting | sunting sumber]

Dengan menduduki tangga pertama selama 6 minggu untuk lagu solonya, Fauziah Latiff menjadi artis solo wanita paling lama di kedudukan nombor satu menerusi lagu bonus petikan album kompilasinya "Jee No 1st" berjudul "Setia Ku Korbankan".


Setelah lebih 15 tahun tidak menduduki tangga nombor satu, Biduanita Negara Sharifah Aini akhirnya berjaya melalui lagu pop dengan elemen kemelayuan berjudul "Seribu Mawar". Pencapaian terbaik Sharifah menjelang alaf baharu adalah menerusi lagu "Yayadan" yang menduduki tangga kedua dalam Carta Radio Muzik.


Berikut adalah turutan juara mingguan Carta Era bagi tahun 2000.

Latar belakang hijau menunjukkan lagu dengan prestasi terbaik pada tahun 2000.
Jilid Tarikh Lagu Artis Rujukan
re 2 Januari "Cinta Sakti" Def-Gab-C [3]
9 Januari
E0001 16 Januari "Jangan Lafazkan" KRU [4]
23 Januari
30 Januari
E0002 6 Februari "Pasrah" Erra Fazira [5]
re 13 Februari "Jangan Lafazkan" KRU [6]
20 Februari
27 Februari
5 Mac
E0003 12 Mac "Luhur" Kamikaze [7]
E0004 19 Mac "Setia Ku Korbankan" Fauziah Latiff [8]
26 Mac
2 April
9 April
16 April
E0005 23 April "Bintang Hati" Amy Mastura [9]
re 30 April "Setia Ku Korbankan" Fauziah Latiff [10]
E0006 7 Mei "Langsung Tak Faham" XPDC [11]
E0007 14 Mei "Cinta Sate" Senario [12]
E0008 21 Mei "Di Sini Kasih Ku Abadi" Rahmat Ekamatra [13]
re 28 Mei "Cinta Sate" Senario [14]
E0009 4 Jun "725 1364" X-Factor [15]
E0010 11 Jun "Jika" Melly Goeslaw dan Ari Lasso [16]
18 Jun
25 Jun
2 Julai
9 Julai
16 Julai
23 Julai
30 Julai
6 Ogos
E0011 13 Ogos "Mencintaimu" Krisdayanti [17]
re 20 Ogos "Jika" Melly Goeslaw dan Ari Lasso [18]
27 Ogos
E0012 3 September "Veto" Black Maria [19]
10 September
17 September
E0013 24 September "Dalam Taman Syahdu" Siti Nurhaliza [20]
E0014 1 Oktober "Seribu Mawar" Sharifah Aini [21]
8 Oktober
E0015 15 Oktober "Kembali Lagi Di Sisimu" Farah Asyikin [22]
E0016 22 Oktober "Tegar" Rossa [23]
29 Oktober
5 November
E0017 12 November "Seperti Yang Ku Jangka" Indigo dan KRU [24]
19 November
E0018 26 November "Bengang" Manterra [25]
3 Disember
10 Disember
17 Disember
E0019 24 Disember "Kasih Berubah" Ferhad Ibrahim [26]
31 Disember

Fakta Ringkas[sunting | sunting sumber]

  • Lagu "Cinta Sakti" nyanyian asal Def-Gab-C telah diparodikan oleh kumpulan Senario dengan perubahan lirik dan susunan muzik menggunakan judul "Cinta Sate". Ini menjadikan ia buat pertama kali melodi asli yang sama menjuarai carta mingguan dalam tahun yang sama dengan dua judul berbeza.
  • Lagu "Kembali Lagi Di Sisimu" oleh Farah Asyikin merupakan lagu saduran nyanyian asal penyanyi Uruguay Natalia Oreiro berjudul "Me Muero De Amor"[27] yang dirakam pada tahun 1999 dalam bahasa Sepanyol.
  • Lagu "Kasih Berubah" oleh Ferhad adalah lagu saduran nyanyian asal komposernya Fredo ketika bersama kumpulan Flybaits yang juga salah satu lagu juara carta Lagu Popular Minggu Ini (LPMI) edisi 1980.[28]

Carta Akhir Tahun Era 2000[sunting | sunting sumber]

Seperti yang disiarkan pada 7 Januari 2001 bagi senarai Top 20 lagu-lagu paling popular untuk tahun 2000. Terdapat lagu-lagu yang berkongsi kedudukan setelah mempunyai pemarkahan yang seri. Senarai ini adalah berbeza dengan senarai 100 Terhangat Era yang disiarkan pada 31 Disember 2000 memandangkan Top 20 ini adalah berdasarkan prestasi carta permintaan lagu manakala 100 Terhangat menampilkan 100 lagu popular yang dikiraturun selepas undian dibuka kepada peminat secara dalam talian sepanjang bulan Disember 2000.

Kedudukan Top 20 Lagu Artis Kedudukan Tertinggi Dalam Carta Era
1.
"Jika" Melly Goeslaw dan Ari Lasso
1
2.
"Jangan Lafazkan" KRU
1
3.
"Bengang" Manterra
1
4.
"Setia Ku Korbankan" Fauziah Latiff
1
5.
"Tegar" Rossa
1
6.
"Bintang Hati" Amy Mastura
1
"Cinta Sate" Senario
1
"Seribu Mawar" Sharifah Aini
1
7.
"Seperti Yang Ku Jangka" Indigo dan KRU
1
8.
"Veto" Black Maria
1
9.
"Kasih Berubah" Ferhad Ibrahim
1
10.
"Mencintaimu" Krisdayanti
1
11.
"Pasrah" Erra Fazira
1
"Permaisuri" Data
2
12.
"Langsung Tak Faham" XPDC
1
13.
"Dalam Taman Syahdu" Siti Nurhaliza
1
14.
"7251 364" X-Factor
1
15.
"Akar dan Bumi" Amuk
2
16.
"Di Sini Kasih Ku Abadi" Rahmat Ekamatra
1
17.
"Luhur" Kamikaze
1
18.
"Kembali Lagi Di Sisimu" Farah Asyikin
1
19.
"Cinta Sakti" Def-Gab-C
1
20.
"Kau Yang Bernama Seri" Handy Black
2



Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ https://blog.adamroslan.com/muzik-filem-tv/kedudukan-carta-era-40.html
  2. ^ https://www.klik.com.my/item/story/2351597/pasaran-iklan-akhbar-internet-lebih-besar
  3. ^ https://diskograf.com/explore/song/4594-cinta-sakti
  4. ^ https://diskograf.com/explore/song/2204-jangan-lafazkan
  5. ^ https://diskograf.com/explore/song/1539-pasrah
  6. ^ https://diskograf.com/explore/song/2204-jangan-lafazkan
  7. ^ https://diskograf.com/explore/song/3369-luhur
  8. ^ https://www.discogs.com/release/8230780-Fauziah-Latiff-Setia-Kukorbankan
  9. ^ https://diskograf.com/explore/song/2639-bintang-hati
  10. ^ https://www.discogs.com/release/8230780-Fauziah-Latiff-Setia-Kukorbankan
  11. ^ https://www.discogs.com/release/5513391-XPDC-UnMetal
  12. ^ https://diskograf.com/explore/song/4595-cinta-sate
  13. ^ https://www.discogs.com/release/14909102-Rahmat-Di-Sini-Kasih-Ku-Abadi
  14. ^ https://diskograf.com/explore/song/4595-cinta-sate
  15. ^ https://diskograf.com/explore/song/4663-7251364
  16. ^ https://www.discogs.com/release/13636609-Melly-Melly
  17. ^ https://www.discogs.com/release/5372259-Krisdayanti-Mencintaimu
  18. ^ https://www.discogs.com/release/13636609-Melly-Melly
  19. ^ https://www.discogs.com/release/16399569-Black-Maria-Veto
  20. ^ https://www.discogs.com/release/8952620-Siti-Nurhaliza-The-Best-Of-Siti-Nurhaliza-
  21. ^ https://www.discogs.com/release/12610887-Sharifah-Aini-Seribu-Mawar
  22. ^ http://khazanah-muzik.blogspot.com/2012/06/bebas-musik-generasi-cool-planet-2000.html
  23. ^ https://www.discogs.com/master/1737354-Rossa-Tegar
  24. ^ https://diskograf.com/explore/song/2516-seperti-yang-ku-jangka
  25. ^ https://www.discogs.com/release/15060317-Manterra-Hilang-Akal
  26. ^ https://diskograf.com/explore/song/5674-kasih-berubah
  27. ^ https://www.discogs.com/release/1198384-Natalia-Oreiro-Me-Muero-De-Amor
  28. ^ https://www.discogs.com/release/6912708-Flybaits-Mempersembahkan-Flybaits