Pasrah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Pasrah
Pasrah 01.jpg
Poster keluaran tayangan
Pengarah Yusof Haslam
Penerbit Yusof Haslam
Ismail Mustapha
Penulis Yusof Haslam
Dibintangi oleh Erra Fazira
Norman Hakim
Wilma Muhammad
Syarikat
produksi
Mula ditayangkan
8 Januari 2000
Tempoh tayangan
90 minit
Negara  Malaysia
Bahasa Bahasa Melayu
Perbelanjaan RM990 ribu
Pecah panggung 2.74 juta[1]

Pasrah[2] merupakan filem drama romantik Malaysia 2000 arahan Yusof Haslam dan terbitan bersama Skop Productions dan Grand Brilliance. Ia dibintangi oleh Erra Fazira, Norman Hakim, dan ramai lagi. Filem ini mula ditayangkan pada 8 Januari 2000. Nasha Aziz dan Rosyam Nor menolak tawaran berlakon filem ini. Tempat mereka diambil alih oleh Wilma Muhammad dan Khairil Anwar.[3][4][5]

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Kehidupan seorang gadis yang bernama Farah Diba telah berubah dari seorang gadis biasa menjadi seorang peragawati terkenal setelah dia dimahkotakan sebagai Ratu Cantik Malaysia. Walaupun ramai lelaki cuba mendampinginya, tetapi Farah menolak semua cinta lelaki lain kerana kesetiaannya tetap kepada Hafsham, seorang eksekutif muda yang dikenalinya sejak enam tahun yang lalu. Dalam kerjayanya sebagai seorang peragawati, Farah sering menghadapi dugaan dan godaan. Natasha ialah seorang peragawati yang cemburu dengan kejayaan Farah, dan cuba menyainginya. Kesibukan Farah membuatkan masanya untuk bersama Hafsham agak terhad. Kesempatan ini telah dipergunakan oleh Natasha untuk mendapatkan Hafsham. Hubungan antara Farah dan Hafsham mula menampakkan bibit-bibit keretakan apabila kesangsian Hafsham terhadap Farah semakin menebal. Semuanya gara-gara perbuatan Natasha. Namun, sebagai gadis yang setia dengan cinta, Farah cuba memperbaiki hubungannya dengan Hafsham.

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Penerbitan[sunting | sunting sumber]

Pasrah diarahkan oleh Yusof Haslam dan filem kelima terbitan bersama Skop Productions dan Grand Brilliance selepas lima filem sebelumnya. Yusof mengambil masa selama tiga bulan untuk menyiapkan skrip.[4] Penggambaran dijalankan pada 13 Jun 1999 di Kuala Lumpur, Cameron Highlands dan Genting Highlands.[4] Nasha Aziz dan Rosyam Nor menolak tawaran membintangi filem ini dan digantikan oleh Wilma Muhammad dan Khairil Anwar.

Keluaran[sunting | sunting sumber]

Pasrah ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia pada 8 Januari 2000. Filem ini telah menelan belanja sebanyak RM1.5 juta. Kutipan yang diterima untuk filem ini adalah sebanyak RM2,741,470.43.

Pangkalan Data Filem Internet (IMDb) memberikan penarafan 6.1/10 daripada 16 undian dan Movieo memberikan penarafan 6.1/10 daripada 15 undian.

Masa depan[sunting | sunting sumber]

Pada 2016, ia telah dihebahkan bahawa Norman Hakim dan Erra Fazira bakal disatukan kembali menerusi versi terbaharu filem Pasrah yang akan diterbitkan.[6][7]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Tayangan Filem Cereka Tempatan 2000 FINAS. Diperoleh pada 24 Ferbuari 2010.
  2. ^ Pasrah (2000) FilemKita.com. Dicapai pada 24 Februari 2010.
  3. ^ "Pasrah gabungan formula dua filem". Utusan Malaysia. 22 Disember 1999. Dicapai 22 Disember 2011. 
  4. ^ a b c "Pasrah filem terbaru Yusof Haslam". Utusan Malaysia. 1 Jun 1999. Dicapai 22 Disember 2011. 
  5. ^ A. Wahab Hamzah (14 Januari 2000). "Pasrah mentaliti pembikin atau penonton?". Utusan Malaysia. Dicapai 22 Disember 2011. 
  6. ^ "Filem Pasrah versi baharu". Malaysia Gazette. 1 Februari 2016. Dicapai 1 Februari 2016. 
  7. ^ Mohd Aizat Shamsuddin (30 Januari 2016). "Norman, Erra kembali bercinta?". Berita Harian. Dicapai 1 Februari 2016. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]