Pergi ke kandungan

Anjing Chippiparai

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Anjing Chippiparai
Negara asalIndia
Trait
Tinggi Jantan purata 63 sentimeter (25 in)
Betina purata 56 sentimeter (22 in)
Bulu Pendek
Warna Perang kekuning-kuningan dan putih/brindle dan putih/perang kekuning-kuningan/brindle kelabu/merah
Anjing (Canis lupus familiaris)

Anjing Chippiparai[a] ialah satu baka anjing pemburu penglihatan dari Negeri Tamil Nadu di India selatan.[1]

Anjing Chippiparai berwarna kelabu

Anjing Chippiparai mempunyai ciri bergaris arus tipikal anjing pemburu penglihatan dengan tungkai panjang dan bingkai ramping dan lincah yang terbina untuk kelajuan. Baka ini biasanya berwarna putih, walaupun warna lain dapat dilihat. Ia mempunyai ketinggian purata 61 sentimeter (24 in) pada paras kelasa, dengan jantan yang berpuratakan 63 sentimeter (25 in) dan betina yang berpuratakan 56 sentimeter (22 in).[2][3][4] Sebagai baka tahan lasak, anjing Chippiparai terkenal kerana lebih memilih seorang tuan tunggal, dengan menolak makanan dan belaian daripada sesiapa kecuali pengendalinya.[3][4][5] Anjing Chippiparai kerap dianggap sebagai baka anjing asli India yang paling cerdas dan mudah menurut.[5]

Anjing Chippiparai paling kerap terdapat di rantau Virudhunagar, Tirunelveli, Thenkasi, Thoothukudi, dan Madurai. Baka ini, yang dianggap diturunkan daripada saluki, dibela dalam sejarah oleh kerabat diraja di India selatan. Namanya diterbitkan nama kampung Sippipparai di Vembakottai Taluk di Daerah Virudhunagar.[2] Anjing Chippiparai digunakan secara tradisional untuk memburu buruan kecil, terutamanya kelinci. Oleh sebab kecerdasan dan sifat patuhnya, baka ini telah berjaya dilatih sebagai anjing polis.[3][4][5][6]

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ Jawi: انجيڠ چيڤيڤاراي; Tamil: சிப்பிப்பாறை, rumi: cippippāṟai; bahasa Inggeris: chippiparai
  1. ^ Rajeshwari, Yajaman Bajjappa; Satyanarayan, K.; Prasanna, S. B. (9 Jun 2009). Handbook on Care and Management of Laboratory and Pet Animals [Buku Panduan tentang Penjagaan dan Pengurusan Haiwan Makmal dan Haiwan Peliharaan] (dalam bahasa Inggeris). New Delhi, India: New India Publishing Agency. m/s. 13. ISBN 9788189422981. OCLC 294942433.
  2. ^ a b Karthickeyan, Sarojini Muthukumarasamy Kanniappan; Ravimurugan, Thangaraj; Hisham, A.; Sivaselvam, Salem Nagalingam (5 Mei 2014). "CHIPPIPARAI BREED OF DOGS IN TAMIL NADU: AN ASSESSMENT OF PHYSICAL AND PERFORMANCE CHARACTERISTICS" [BAKA ANJING CHIPPIPARAI DI TAMIL NADU: PENTAKSIRAN CIRI FIZIKAL DAN CIRI PRESTASI]. Indian Journal of Veterinary Sciences and Biotechnology (dalam bahasa Inggeris). Society for Veterinary Sciences and Biotechnology. 10 (3): 45–49. hdl:10553/56861. ISSN 2395-1176. S2CID 73921940.
  3. ^ a b c Soman, Waman Vishwanath (1963). The Indian Dog [Anjing India] (dalam bahasa Inggeris). Mumbai, India: Popular Prakashan. m/s. 93–94. OCLC 1701389.
  4. ^ a b c Morris, Desmond (2002). Dogs: The Ultimate Dictionary of Over 1,000 Dog Breeds [Anjing: Kamus Muktamad Lebih daripada 1,000 Baka Anjing] (dalam bahasa Inggeris). North Pomfret, Vermont, Amerika Syarikat: Trafalgar Square Publishing. m/s. 46. ISBN 9781570762192. OCLC 859060407.
  5. ^ a b c Hancock, David (1 Disember 2012). Sighthounds: Their Form, Their Function and Their Future [Anjing Pemburu Penglihatan: Bentuknya, Fungsinya, dan Masa Hadapannya] (dalam bahasa Inggeris). Ramsbury, Marlborough, Wiltshire, United Kingdom: The Crowood Press. m/s. 110–111. ISBN 9781847973924. OCLC 794816555.
  6. ^ Fogle, Bruce (2009). The Encyclopedia of the Dog [Ensiklopedia Anjing] (dalam bahasa Inggeris) (ed. ke-1 Amerika). New York, New York, Amerika Syarikat: Dorling Kindersley Publishing. m/s. 102–103. ISBN 9780756660048. OCLC 697506545.