Pergi ke kandungan

Anjing Rajapalayam

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Anjing Rajapalayam
Anjing pemburu Rajapalayam, anjing pemburu penglihatan India
Nama lainAnjing pemburu Rajapalayam
Negara asalIndia
Trait
Berat 20–40 kilogram (44–88 lb)[1]
Tinggi Jantan 24–29 inci (61–74 cm)[1]
Betina 24–28 inci (61–71 cm)[1]
Bulu lapis bulu tunggal pendek
Warna Hanya putih susu
Anjing (Canis lupus familiaris)

Anjing Rajapalayam,[a] yang juga dikenali sebagai anjing pemburu poligar atau anjing pemburu hantu India, ialah satu baka anjing India Selatan.[2][3][4] Baka ini dinamai sempena Rajapalayam, iaitu sebuah bandar di Virudhunagar, Tamil Nadu.

Empat setem kenang-kenangan dikeluarkan pada 9 Januari 2005 oleh India Post untuk empat baka: anjing gembala Himalaya, anjing pemburu Rampur, anjing pemburu Mudhol (nilai muka ₹ 5 setiap baka), dan anjing pemburu Rajapalayam (nilai muka ₹ 15). Anjing pemburu Rajapalayam diketahui hidup sehingga usia 12 tahun.

Pada abad ke-18, terdapat catatan tentang kira-kira 50 baka anjing berlainan yang diiktiraf di subbenua India. Salah satunya ialah baka anjing ini yang dikenali sebagai anjing Rajapalayam.[5] Pemerhati sejarah percaya bahawa ia pertama kali diternak semasa dinasti Nayaka, iaitu keluarga diraja utama di Tamil Nadu. Orang kampung di rantau ini menggunakannya pada zaman purba untuk menjaga tanaman pertanian, haiwan ternakan, dan hasil pertanian dan kini ia telah menjadi salah satu baka anjing paling popular di India.[5] Ada catatan dalam sejarah bahawa, semasa perang Poligarh antara Karnataka dengan Tipu Sultan dari tahun 1799 hingga tahun 1805, ia digunakan sebagai perkhemahan diraja dan memainkan peranan sangat penting dalam pertempuran dengan menggigit dan membunuh kuda.[5] Terdapat juga kata bahawa Tipu mempunyai koleksi besar peribadi anjing ini. Kini, Tentera Darat India telah menyedari kehebatan dan kebolehan anjing-anjing ini dan telah melatihnya dalam angkatan.[5]

Penampilan

[sunting | sunting sumber]

Ia merupakan anjing besar, yang biasanya berukuran setinggi sekitar 65–75 sentimeter (26–30 in) pada paras kelasa dan seberat 30–45 kg (66–99 lb). Anjing Rajapalayam yang kebanyakannya terdapat di tengah-tengah Tamil Nadu, dibiakbakakan untuk menjadi pemburu dan penjaga estet lengkap dengan ciri yang membolehkannya cemerlang.[1] Anjing Rajapalayam, yang terutamanya digunakan untuk memburu babi hutan tanpa bergantung pada pengendali, adalah unik dalam dua cara. Yang pertama, ia memenuhi fungsi bay dog serta anjing tangkap; yang kedua, anjing Rajapalayam dapat berburu dengan penglihatan serta menjejak dengan bau. Semasa berburu, ia dapat menjadi pengejar yang tidak kenal erti gentar yang tidak terancam oleh rupa bumi kompleks atau jasad air. Selepas menemukan mangsanya, anjing ini menangkap dan membawa mangsa kembali kepada pengendali. Jika anjing ini tidak dapat menumpaskan mangsanya, ia mencederakan dan mengepung sasaran sehingga pengendali dapat menangkap mangsa. Anjing ini dapat berburu bersendirian, secara berpasangan, dalam kawanan, atau bersama dengan pemiliknya.[1]

Anjing Rajapalayam cenderung lebih berotot dan bertulang lebih berat berbanding dengan kebanyakan anjing pemburu penglihatan, tetapi mengongsi dada dalam dan struktur tubuh asasi yang memancarkan kelajuan dan kebolehan fizikal. Struktur mukanya jauh berbeza daripada struktur muka anjing pemburu karavan< dengan kepala sedikit lebih besar dan rahang lebih berkuasa. Ia mempunyai ekor sedikit melingkar.[1]

Sebagai anjing sangat kacak dan anggun, anjing Rajapalayam mempunyai lenggok gantungan ganda, yang serupa dengan ligasan kuda belima. Warna rujinya ialah putih susu, walaupun tanda-tanda perang pudar adalah agak lazim dan hidung merah jambu adalah piawai.

Warna mata dapat berkisar daripada keemasan kepada perang dan hijau. Anak anjing yang lahir dengan mata keputih-putihan atau biru biasanya pekak dan tidak patut dibiakbakakan. Lapis bulunya adalah tunggal, pendek, dan halus; anjing ini tidak hidup dengan baik dalam iklim sangat sejuk, tetapi cemerlang dalam cuaca panas India Selatan atau kawasan tropika.

Walaupun banyak anjing Rajapalayam menghidap kurap anjing, ini jarang serius, kerana kurap anjing sebenarnya disebabkan oleh tungau, maka pada asasnya ini ialah perkara pencegahan tungau dan bukan pula isu baka. Selain itu, baka ini adalah tegap dan tidak memerlukan penjagaan banyak.

Anjing Rajapalayam mempunyai hidung merah jambu, telinga butang, ekor cambuk, dan mata keemasan. Ia mempunyai lenggok yang serupa dengan lenggok kuda dan juga digunakan semasa Perang Karnatik dan Perang Poligar menentang angkatan berkuda British. Ia bukan pelari pantas, tetapi tidak kenal lelah dan mantap sepanjang jarak jauh. Terdapat laporan bahawa Tentera Darat India di Kashmir mempunyainya sebagai anjing pengawal.[6]

Masa hadapan baka

[sunting | sunting sumber]

Anjing Rajapalayam tulen dahulunya hanya terdapat di kawasan terpencil di sekitar Tamil Nadu selatan. Sebuah unit pembiakbakaan anjing diasaskan di Saidapet, Chennai, semasa tahun 1980–1981. Unit ini terutamanya menternak baka asli seperti anjing Rajapalayam, anjing Kombai, kanni, dan anjing Chippiparai.[7] Untuk mewujudkan kesedaran dan menggalakkan pencinta anjing agar menternak baka asli, Jabatan Penternakan Haiwan Pemerintah Tamil Nadu mengambil bahagian dalam pertunjukan anjing. Badan tempatan telah mengasaskan sebuah koperasi dan keluarga berminat menerima anjing betina dan kepakaran yang diperlukan untuk pembiakbakaan berskala besar. Jabatan Pos India telah mengeluarkan setem pos dengan baka anjing Rajapalayam,[8] serta anjing pemburu Mudhol, anjing pemburu Rampur, dan anjing gembala Himalaya. Kennel Club of India telah mengambil bahagian dalam pembelaan anjing Rajapalayam. Dengan kerjasama kelab, "Projek Selamatkan Anjing Rajapalayam" telah dilancarkan. Inisiatif ini telah berjaya membawa baka ini kembali dari ambang kepupusan.

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]
  1. ↑ Jawi: ‏انجيڠ راجاڤالايم‎‎; Tamil: இராஜபாளையம் நாய், rumi: Irājapāḷaiyam nāy; bahasa Inggeris: Rajapalayam dog
  1. 1 2 3 4 5 6 Deshpande, Abhijeet Madhukar (2 Ogos 2020). Indian Dogs Pedigree Chart: The List of Indian Pedigree Dogs [Carta Pedigri Anjing India: Senarai Anjing Pedigri India] (dalam bahasa Inggeris). Abhijeet Madhukar Deshpande. m/s. 4.
  2. ↑ Raja, Kanuparthy Naga; Singh, Pramod Kumar; Mishra, Anil Kumar; Ganguly, Indrajit; Devendran, Palaniappan; Kathirvel, S. (17 April 2017). "Phenotypic characterization of Rajapalayam dog of Southern India" [Pencirian fenotip anjing Rajapalayam dari India Selatan]. Indian Journal of Animal Sciences (dalam bahasa Inggeris). 87 (4). Majlis Penyelidikan Pertanian India: 447–451. doi:10.56093/ijans.v87i4.69526. ISSN 2394-3327. S2CID 54763176.
  3. ↑ Raja, Kanuparthy Naga; Saravanan, Ramasamy; Devendran, Palaniappan; Singh, Pramod Kumar; Mishra, Anil Kumar; Ganguly, Indrajit (6 September 2017). "Cytogenetic Profile of Rajapalayam Dog Breed of Southern India" [Profil Sitogenetik Baka Anjing Rajapalayam dari India Selatan]. Indian Journal of Animal Research (dalam bahasa Inggeris). 52 (9). Pusat Komunikasi Penyelidikan Pertanian: 1243–1247. doi:10.18805/ijar.v0iOF.9132 (tidak aktif 26 April 2025). ISSN 0976-0555. S2CID 55592140.{{cite journal}}: CS1 maint: DOI inactive as of April 2025 (link)
  4. ↑ Rajeshwari, Yajaman Bajjappa; Satyanarayan, K.; Prasanna, S. B. (9 Jun 2009). Handbook on Care and Management of Laboratory and Pet Animals [Buku Panduan tentang Penjagaan dan Pengurusan Haiwan Makmal dan Haiwan Peliharaan] (dalam bahasa Inggeris). New Delhi, India: New India Publishing Agency. m/s. 13. ISBN 9788189422981. OCLC 294942433.
  5. 1 2 3 4 "Royal Rajapalayam" [Anjing Rajapalayam Diraja] (dalam bahasa Inggeris). The Times of India. 6 Oktober 2019. Dicapai pada 26 April 2025.
  6. ↑ Joshi, Abhishek (17 Julai 2020). "10 amazing Indian dog breeds you should know!" [10 baka anjing India hebat yang patut anda ketahui!] (dalam bahasa Inggeris). Dog with Blog. Dicapai pada 22 November 2025.
  7. ↑ "Every hound has his day?" [Setiap anjing ada harinya?] (dalam bahasa Inggeris). The Hindu. 12 Februari 2007. Diarkibkan daripada yang asal pada 4 Mac 2009. Dicapai pada 22 November 2025.
  8. ↑ "INDIA - CIRCA 2005: stamp printed by India, shows dog Rajapalayam, circa 2005" [INDIA - SEKITAR 2005: setem dicetak oleh India, menunjukkan anjing Rajapalayam, sekitar 2005] (dalam bahasa Inggeris). 123RF. Dicapai pada 26 April 2025.