Syanie
Syanie | |
---|---|
Kelahiran | Syaniza binti Hisham 7 Mei 1974 |
Pekerjaan | Pelakon, pelawak |
Tahun aktif | 1991–kini |
Pasangan | Mohd Attimidi Abdul (k. 1996; c. 2002) Nadi Putera (k. 2014; c. 2016) Zahril Hafiz (k. 2021) |
Syaniza "Syanie" Hisham (lahir 7 Mei 1974) merupakan seorang pelakon dan pelawak wanita Malaysia, terkenal dengan karyanya yang berbentuk komedi. Beliau merupakan anak kepada penerbit televisyen terkenal, Ruhanie Abd Rahman.[1]
Kerjaya[sunting | sunting sumber]
Syanie telah memulakan kerjaya lakonan ketika berusia 17 tahun dan sering muncul dalam mana-mana drama dan telefilem tempatan. Antara filem-filem lakonan beliau ialah Senario The Movie (1999), MX3 (2003), Buli Balik (2006) dan Kembar Siang (2011). Drama dan telefilem yang dibintanginya termasuk Bedah Tong Gas dan Cinta Irama Klasik.[2]
Beliau bersama Dina Nadzir pernah mengambil bahagian dalam rancangan The Biggest Loser Asia pada 24 November 2009.[3]
Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]
Syanie berkahwin sebanyak tiga kali dan tidak dikurniakan cahayamata. Beliau berkahwin dengan Mohd Attimidi Abdul dari 1996 dan bercerai pada 2002. Beliau kemudiannya berkahwin dengan Nadi Putera pada 2014[4] dan memfailkan perceraian pada 2016.[5][6]
Syanie juga telah mengurangkan berat badan.[7] Di luar kerjaya lakonan, beliau juga menguruskan katering dan menganjurkan acara.[8][9]
Pada 29 April 2020, beliau menjalani pembedahan membuang rahim dan ovari yang mengambil masa hampir tujuh jam.[10][11]
Pada 20 Februari 2021, beliau mengambil keputusan untuk berumah tangga semula buat kali yang ketiga bersama Zahril Hafiz Mohammed Nor.[12]
Filemografi[sunting | sunting sumber]
Filem[sunting | sunting sumber]
Tahun | Tajuk | Watak | Catatan |
---|---|---|---|
1999 | Senario The Movie | Petum | Filem pertama |
2000 | Senario Lagi | Zati | |
2001 | Lagi-Lagi Senario | Eton | Penampilan khas |
2003 | Gila-Gila Pengantin | Puan Rohani Marican | |
Laila Isabella | Eton | ||
MX3 | Lolita | ||
2004 | Biar Betul | Rosmah | |
2005 | Salon | ||
2006 | Buli Balik | Farah | |
Persona Non Grata | |||
2008 | Cuci | ||
Apa Kata Hati | |||
2009 | The Wedding Game | ||
Setem | |||
2010 | Senario Asam Garam | ||
2011 | Kembar Siang | Mak Yam | |
Tolong Awek Aku Pontianak | |||
Papa I Love You | Tuan Rumah | ||
2012 | Baik Giler | ||
2016 | Lu Mafia Gua Gangster | Penampilan khas | |
2017 | Kerja Kahwin |
Drama[sunting | sunting sumber]
Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
1996 | Lontong | Gayah | TV3 | |
2010 | Gerak Khas (Musim 12) | Shima | TV2 | Episod: "Suspek" |
Dottie | Astro Ria | |||
2017 | Jangan Ikut Aku | Hantu Bigfoot | TV3 | |
Budak Usin | Imah |
Telefilem[sunting | sunting sumber]
Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV |
---|---|---|---|
2010 | Mee Janda | ||
2012 | Bedah Tong Gas | TV9 | |
Lemang Sebatang | |||
Cinta Irama Klasik | |||
2019 | Nana Dan Jam Atok | Kak Nani | TV3 |
Televisyen[sunting | sunting sumber]
Tahun | Tajuk | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|
2009 | The Biggest Loser Asia | Diva Universal | |
2013 | MasterChef Malaysia All Stars | Astro Ria | |
N/A | Itu Dia |
Rujukan[sunting | sunting sumber]
- ^ Wawann Mohd (20 Julai 2017). Syanie tidak kisah dikata ‘demand’ Sinar Harian. Dicapai pada 22 Mei 2018.
- ^ Zaidi Mohamad (30 Julai 2018). "Syanie pasrah hilang tawaran berlakon". BH Online. Dicapai pada 30 Julai 2018.
- ^ Syanie dan Dina sertai The Biggest Loser Asia, bermula 24 November Rotikaya (18 November 2009). Diperoleh pada 10 Mac 2011.
- ^ Pelakon komedi Syanie, sah bergelar suami isteri Harian Metro (28 Februari 2014). Dicapai pada 10 Mac 2014.
- ^ Khadijah Ibrahim (3 Mei 2016). Syanie dalam idah, cerai 23 Februari lalu Utusan Malaysia. Dicapai pada 22 Mei 2018.
- ^ Aida Rizmariza Kamaruddin (7 Julai 2017). "Syanie enggan mencari cinta lagi". Utusan Online. Dicapai pada 7 Julai 2017.
- ^ Haryati Karim (6 Jun 2009). 2 tahun untuk Syanie kurus Kosmo!. Dicapai pada 22 Mei 2018.
- ^ "Syanie cari rezeki luar bidang seni". Berita Harian Singapura. 1 Ogos 2018. Dicapai pada 1 Ogos 2018.
- ^ Syanie: Tak perlu ungkit apa yang berlaku Perak Today (1 Mei 2016). Dicapai pada 10 Mac 2017.
- ^ Najiy Jefri (8 Mei 2020). Syanie dah buang ovari, rahim Harian Metro. Dicapai pada 12 Mei 2020.
- ^ Zaidi Mohamad (8 Mei 2020). Tujuh jam bertarung nyawa Berita Harian. Dicapai pada 12 Mei 2020.
- ^ Zulqarnain Abu Hassan (19 Februari 2021). "Syanie pilih Zahiril". Utusan Malaysia. Dicapai pada 5 Mac 2021.