Uridina trifosfat

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Uridina trifosfat
Formula rangka UTP
Model bola dan batang anion molekul UTP
Nama
Nama IUPAC
Uridina 5′-(tetrahidrogen trifosfat)
Nama IUPAC sistematik
O1-{[(2R,3S,4R,5R)-5-(2,4-Diokso-3,4-dihidropirimidin-1(2H)-il)-3,4-dihidroksioksolan-2-il]metil} tetrahidrogen trifosfat
Pengecam
ChEMBL
ECHA InfoCard 100.000.508
MeSH Uridine+triphosphate
UNII
Sifat
C9H15N2O15P3
Jisim molar 484.141
Kecuali jika dinyatakan sebaliknya, data diberikan untuk bahan-bahan dalam keadaan piawainya (pada 25 °C [77 °F], 100 kPa).
 ☑Y pengesahan (apa yang perlu☑Y/N?)
Rujukan kotak info

Uridina-5′-trifosfat (UTP) ialah sebuah pirimidina trifosfat nukleosida yang terdiri daripada bes organik urasil yang diikat dengan karbon 1′ gula ribosa, dan diesterkan dengan tri-asid fosforik di kedudukan 5′. Peranan utamanya adalah sebagai substrat sintesis RNA semasa transkripsi. UTP ialah molekul pendahulu bagi penghasilan sitidina trifosfat (CTP) melalui CTP sintetase.[1] UTP boleh dihasilkan daripada jenis difosfat (UDP) oleh nukleosida difosfat kinase melalui penambahan fosfat oleh adenosina trifosfat (ATP).[2][3] Dalam hal ini, UDP + ATP ⇌ UTP + ADP;[4] kedua-dua UTP dan ATP adalah setara daripada aspek tenaga.[4]

Homolog dalam DNA ialah timidina trifosfat (TTP atau dTTP). UTP juga memiliki bentuk deoksiribosa (dUTP).

Fungsi[sunting | sunting sumber]

Metabolisme[sunting | sunting sumber]

UTP mempunyai peranan sebagai sumber tenaga atau pengaktif substrat dalam tindak balas metabolisme seperti ATP, tetapi bersifat lebih spesifik. Apabila UTP mengaktifkan substrat (seperti glukosa 1-fosfat), UDP-glukosa terbentuk, dan fosfat bukan organik dibebaskan.[5] UDP-glukosa memasuki sintesis glikogen. UTP digunakan dalam metabolisme galaktosa, di mana bentuk UDP-galaktosa yang diaktifkan ditukarkan kepada UDP-glukosa. UDP-glukuronat digunakan untuk menggabungkan bilirubin kepada bilirubin diglukuronida yang lebih larut dalam air. UTP juga digunakan untuk mengaktifkan gula amino seperti glukosamina 1-fosfat menjadi UDP-glukosamina, dan N-asetil-glukosamina 1-fosfat menjadi UDP-N-asetilglukosamina.[6]

Perantaraan reseptor[sunting | sunting sumber]

UTP juga mempunyai peranan dalam pengantaraan tindak balas dengan mengikat di luar sel kepada reseptor P2Y sel. UTP dan terbitannya masih disiasat bagi kegunaannya dalam perubatan manusia. Walau bagaimanapun, terdapat bukti daripada pelbagai sistem model yang mencadangkan bahawa ia mempunyai aplikasi dalam pertahanan patogen dan pembaikan kecederaan. Pada tikus, UTP didapati berinteraksi dengan reseptor P2Y4 untuk mengantara peningkatan pengeluaran antibodi.[7] Dalam sel Schwannoma, UTP mengikuat reseptor P2YP ketika kerosakan, membawa kepada aliran pengisyaratan hiliran yang menerbitkan pembaikian kecederaan.[8]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Meisenberg, Gerhard Meisenberg (2017). Principles of Medical Biochemistry. Philadelphia, PA, USA: Elsevier. m/s. 505. ISBN 978-0-323-29616-8.
  2. ^ Victor, Rodwell (2015). Haper's illustrated Biochemistry. USA: McGraw-Hill. m/s. 118. ISBN 978-0-07-182537-5.
  3. ^ Meisenberg, Gerhard Meisenberg (2017). Principles of MEDICAL BIOCHEMISTRY, 4th edition. Philadelphia, PA, USA: Elsevier. m/s. 59. ISBN 978-0-323-29616-8.
  4. ^ a b Voet, Donald (2011). Biochemistry, 4th edition. USA: JOHN WILEY & SONS, INC. m/s. 645. ISBN 978-0470-57095-1.
  5. ^ Rodwell, Victor (2015). Harper's illustrated Biochemistry. USA: McGraw-Hill. m/s. 176. ISBN 978-0-07-182537-5.
  6. ^ Rodwell, Victor (2015). Harper's illustrated biochemistry, 13th edition. USA: McGraw-Hill. m/s. 204. ISBN 978-0-07-182537-5.
  7. ^ Iwaki, Yoshimi; Sakai, Yusuke; Ochiai, Kenji; Umemura, Takashi; Sunden, Yuji (2014-03-01). "Enhancement of antibody production against rabies virus by uridine 5′-triphosphate in mice". Microbes and Infection. 16 (3): 196–202. doi:10.1016/j.micinf.2013.11.012. ISSN 1286-4579. PMID 24309427.
  8. ^ Lamarca, Aloa; Gella, Alejandro; Martiañez, Tania; Segura, Mònica; Figueiro-Silva, Joana; Grijota-Martinez, Carmen; Trullas, Ramón; Casals, Núria (2014-06-06). Zegers, Mirjam M. (penyunting). "Uridine 5′-Triphosphate Promotes In Vitro Schwannoma Cell Migration through Matrix Metalloproteinase-2 Activation". PLOS ONE (dalam bahasa Inggeris). 9 (6): e98998. doi:10.1371/journal.pone.0098998. ISSN 1932-6203. PMC 4048211. PMID 24905332.