Uridina difosfat

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Uridina difosfat
Formula rangka uridina difosfat
Model bola dan batang anion molekul UDP
Nama
Nama IUPAC
Uridina 5′-(trihidrogen difosfat)
Nama IUPAC sistematik
[(2R,3S,4R,5R)-5-(2,4-Diokso-3,4-dihidropirimidin-1(2H)-il)-3,4-dihidroksioksolan-2-il]metil trihidrogen difosfat
Pengecam
ChEMBL
ChemSpider
ECHA InfoCard 100.000.372
MeSH Uridine+diphosphate
UNII
  • InChI=1S/C9H12N2O6.2H3O4P/c12-3-4-6(14)7(15)8(17-4)11-2-1-5(13)10-9(11)16;2*1-5(2,3)4/h1-2,4,6-8,12,14-15H,3H2,(H,10,13,16);2*(H3,1,2,3,4)/t4-,6-,7-,8-;;/m1../s1 ☑Y
    Key: PMPFLUWUGZHTOK-WFIJOQBCSA-N ☑Y
Sifat
C9H14N2O12P2
Jisim molar 404.161
Kecuali jika dinyatakan sebaliknya, data diberikan untuk bahan-bahan dalam keadaan piawainya (pada 25 °C [77 °F], 100 kPa).
 ☑Y pengesahan (apa yang perlu☑Y/N?)
Rujukan kotak info

Uridina difosfat (UDP) ialah sebuah nukleotida difosfat. Ia merupakan ester asid pirofosforik dengan uridina. UDP terdiri daripada kumpulan berfungsi pirofosfat, ribosa selaku gula pentosa, dan urasil.

Fungsi biologi[sunting | sunting sumber]

UDP merupakan komponen utama dalam metabolisme karbohidrat, dan bertindak sebagai koenzim dalam pengglikosilan.

UDP ialah sebuah faktor penting dalam glikogenesis. Sebelum glukosa dapat disimpan sebagai glikogen dalam hati dan otot, enzim UDP-glukosa pirofosforilase membentuk unit gabungan UDP-glukosa dengan menggabungkan glukosa 1-fosfat dengan uridina trifosfat lalu membentuk ion pirofosfat sampingan. Kemudian, glikogen sintase menggabungkan UDP-glukosa menjadi rantaian glikogen. Molekul UDP diputuskan daripada gelang glukosa, dan dapat digunakan semula oleh pirofosforilase.[1][2]

UDP juga digunakan sebagai bahan pemula penghasilan deoksitimidina trifosfat (dTTP) yang diperlukan dalam penghasilan DNA. UDP mula-mula diturunkan menjadi deoksi-UDP (dUDP) oleh ribonukleotida reduktase. Selepas penyahfosforilan kepada bentuk monofosfat, dUMP, pemetilan oleh timidilat sintase membentuk deoksitimidina (dTMP) dengan N5,N10-metilena tetrahidrofolat selaku sumber metil, sebelum ditambah kumpulan fosfat menjadi dTTP.

Rujukan[sunting | sunting sumber]