Saiful Nita

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Saiful Nita
Saiful Nita TV3.jpg
Poster acah
GenreDrama
Cinta
Ditulis olehSharifah Abu Salem
PengarahAmie Maziah
Dibintangi oleh
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Bilangan episod25
Penerbitan
Penerbit eksekutif
  • Puteri Julia Megat Junid
  • Megat Jufri Megat Junid
PenerbitZiela Jalil
Lokasi
SinematografiDin Pahang
Pemasangan kamera
Tetapan multi-kamera
Tempoh siaran24–25 minit
Syarikat penerbitan
Pena Creative Pictures
Syarikat pengedaran
Primeworks Studios
Penyiaran
Saluran asalTV3
Format gambar
Format audioDolby Digital
Siaran asal4 September 2012 – 25 Oktober 2012
Pautan luar
Laman sesawang

Saiful Nita ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2012 dibintangi oleh Aidil Aziz dan Kilafairy. Siri ini memulakan tayangan perdana di slot Samarinda TV3 dari 4 September 2012 hingga 25 Oktober 2012 menggantikan 7 Ramadan.[1][2]

Siri ini boleh didapati melalui penstriman dalam talian di saluran YouTube rasmi TV3.[3]

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Mengisahkan Saiful (Aidil Aiziz) disatukan oleh bapanya dengan anak perempuan Tan Sri Sulaiman, Nita (Kilafairy) yang mempunyai sikap suka memberontak dan berfoya-foya. Tujuan bapa Saiful, Datuk Mahmud menyatukan Saiful dan Nita kerana dia ingin mengambil kesempatan di atas kekayaan yang dimilik oleh keluarga Tan Sri Sulaiman. Setelah sebulan bertunang, Nita mula menuntut agar Saiful memutuskan pertunangan mereka. Bagaimanapun Saiful enggan memutuskan tali pertunangan mereka sehinggalah Saiful bertemu dengan seorang wanita yang baik hati bernama Netty.

Sementara itu, Nita yang sedang menjalinkan hubungan dengan Doktor Effendi, telah mendapat satu tamparan hebat apabila dia ditinggalkan oleh kekasihnya. Nita juga mengalami gangguan jiwa dan sering bertindak di luar kawalan. Sebagai ‘tunang’, Saiful bersimpati dengan nasib Nita dan sering berada di sisi Nita. Saiful sanggup melakukan apa sahaja untuk menggembirakan Nita.

Nita mula sedar bahawa Saiful merupakan seorang lelaki yang baik dan dia tidak seharusnya melepaskan lelaki sebaik itu. Nita mula menyukai Saiful. Akan tetapi di dalam hati Saiful kini sudah ada nama wanita lain iaitu Netty.

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Pelakon utama[sunting | sunting sumber]

Pelakon pembantu[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Budiey (3 September 2012). Sinopsis Drama Saiful Nita Sensasi Selebriti. Dicapai pada 31 Mei 2013.
  2. ^ Kisah tragis Saiful Nita Berita Harian (2 September 2012). Dicapai pada 31 Mei 2013.
  3. ^ Saiful Nita (2012): Episod Penuh. YouTube. TV3. Dicapai pada 16 Mei 2018.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]