Hubungan Malaysia - Jepun

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Hubungan Malaysia - Jepun sungguh erat terutama semasa dasar Pandang ke Timur era Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir bin Mohamad. Malaysia turut mengekalkan sistem beraja sebagaimana Jepun yang turut mengamalkannya dengan sistem raja berperlembagaan, bukan kuasa mutlak.

Jepun mempunyai kedutaan di Kuala Lumpur manakala Malaysia mempunyai kedutaan di Tokyo. Duta Besar Malaysia ke Jepun ialah Datuk Shaharuddin Md Som.

Bendera Jepun
Bendera Malaysia

Penjajahan Jepun 1941-1945[sunting | sunting sumber]

Rakyat Malaysia mendapat inspirasi untuk merdeka selepas melihat dan mengalami keupayaan Jepun menghentam kuasa Britain , Perancis, Belanda dan kuasa Eropah lain di Asia Tenggara.

Pemerintahan `Rajah Putih' di Sarawak (1841-1941) berakhir dengan kedatangan tentera Jepun pada malam sebelum Krismas pada 1941. Bangunan pentadbiran tentera Jepun telah dibina Kuching pada 1941. Bangunan Pavillion, Kuching dibina oleh Jepun pada 1909. Ia berfungsi sebagai ibu pejabat propaganda Jepun tetapi selepas Perang Dunia Kedua ia diduduki oleh Jabatan Pendidikan sehingga 1970-an, sebelum ia diambilalih oleh Jabatan Kehakiman.[1]

Perisik Jepun sungguh cekap sehingga tentera Jepun dengan mudah menawan negara China, Semenanjung Korea, Manchuria, pulau Hawaii, Malaysia, Indonesia dan lain-lain dalam tempoh dua tahun sahaja. Andainya Amerika Syarikat tidak bertindak menggugurkan bom atom, mungkin Malaysia dan Indonesia merdeka lebih awal. Perisik Jepun bekerjasama dengan Ibrahim Yaakob dan lain-lain pemimpin Kesatuan Melayu Muda bagi mencapai wawasan merdeka. Perisik Jepun ini terdapat di Semenyih, Bukit Besi dan lain-lain. Perisik Jepun membuka kedai basikal di Semenyih.

Namun rakyat Korea Selatan dan China menganggap Kuil Yasukuni sebagai simbol kekejaman tentera Jepun di Asia. Ahli Parti Komunis Malaya pimpinan Chin Peng cukup mengerti tentang keperitan pemerintahan tentera Jepun.

Dasar Pandang ke Timur[sunting | sunting sumber]

Tun Dr Mahathir Mohamad cukup kagum dengan kejayaan Jepun yang bangkit dari Perang Dunia Kedua. Jepun menjadi kuasa ekonomi yang setanding dengan Amerika, Britain dan Jerman. Saintis Jepun berjaya mengeluarkan kereta, robot dan 1001 alatan elektrik yang tidak sebanding dengan Barat. Dasar 'Buy British Last' era Margaret Thatcher turut merancakkan dasar Pandang ke Timur ini.

Pelabur Jepun[sunting | sunting sumber]

Antara 25 Destinasi FDI Paling Menarik pada 2007 ialah Malaysia di tangga ke-16 dan Jepun di tangga ke-15. Negara China , India , Singapura dan Vietnam masih mendahului Malaysia.

Pada 2008, Jepun merupakan rakan dagang dan destinasi eksport Malaysia ketiga terbesar. Jumlah dagangan Malaysia dengan Jepun bernilai RM136.7 bilion, meningkat 16.5 peratus berbanding 2007.Eksport ke Jepun mencecah RM71.6 bilion manakala import bernilai RM65.2 bilion.Sehingga Disember 2008, 2,260 projek bernilai RM49.6 bilion dilaksanakan di Malaysia terutama sektor pembuatan.

Jepun menjadi pelabur asing terbesar di Malaysia pada 2008 dengan kelulusan 63 projek bernilai RM5.6 bilion.

Malaysia mengharapkan pelabur Jepun dalam sektor elektrik dan elektronik, industri teknologi hijau automotif, peralatan pengangkutan dan komponen, petrokimia dan produk kimia, peralatan perubatan, produk makanan, teknologi hijau dan kereta hibrid. Malaysia tidak lagi dapat menawarkan kelebihan buruh murah sebagaimana 1980-an.

Antara syarikat Jepun di Malaysia ialah Toyota Motor Corporation, Sojitz Corporation dan Tokyo-Mitsubishi UFJ.

Proton dan kereta Jepun[sunting | sunting sumber]

Kilang kereta nasional Proton mendapat kerjasama daripada syarikat Mitsubishi dari Jepun. Proton ditubuhkan pada 7 Mei 1983. Kereta pertama, Proton Saga dilancarkan pada 1985. Kini kepakaran automotif Malaysia dalam Proton dan Perodua setanding dengan Ford, Honda, Volvo, Chevrolet, Fiat, Renaults, Audi, BMW, Mercedes Benz dan sebagainya.

Pereka tempatan mendapat latihan di Jepun, Itali dan United Kingdom. Perodua MyVi keluaran Perodua berdasarkan kereta Daihatsu dari Jepun.[2]

Kini Malaysia mempunyai Litar Antarabangsa Sepang untuk menguji kelajuan dan kelasakan kereta tempatan dan antarabangsa. Grand Prix Motosikal Malaysia turut disertai pelumba Jepun. Antaranya ialah Tomoyoshi Koyama, Junichi Umemoto, Yoshiharu Kusumoto dan Hideo Kubota.

Eksport Petroleum ke Jepun[sunting | sunting sumber]

Jepun, Jerman, Switzerland beralih kepada tenaga suria untuk menjana kuasa elektrik. Petronas banyak megeksport petroleum dan gas asli ke Jepun.

Paip sepanjang 320 kilometer (km) dari Yan, Kedah ke Bachok, Kelantan dapat menpercepatkan eksport minyak ke Jepun, China dan Korea. Merapoh Resources meneruskan projek loji penapisan petrolum bernilai RM35 bilion di Yan, Kedah [3].

Pelajar Malaysia ke Jepun[sunting | sunting sumber]

Era Maharaja Meiji, Jepun menghantar ratusan pelajar ke luar negara. Dasar serupa turut diikuti oleh Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia, seramai lebih kurang 3,000 pelajar Universiti Malaya (UM) belajar di Jepun dalam pelbagai bidang kritikal seperti kejuruteraan, perubatan dan pergigian sejak Dasar Pandang Ke Timur diperkenalkan negara pada tahun 1982.[4][5]-Canselor UM Toh Puan Hajah Dr Aishah Ong menyatakan tumpuan kerjasama dalam sektor ekonomi, perindustrian, latihan teknologi, akademik, penyelidikan dan pengurusan. Kerajaan Jepun telah menghadiahkan kompleks Ambang Asuhan Jepun (AAJ) di Pusat Asasi Sains, UM.kursus Rancangan Persediaan Khas Jepun (RPKJ) turut diadakan sebagai persediaan sebelum belajar di negara matahari terbit itu. Sebahagian pelajar mendapat tajaan daripada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).[6]

Program Kapal Belia Asia Tenggara (SSEAYP) kini berusia 36 tahun (sejak 1974). Semua negara Asia Tenggara (Asean) dan Jepun bertujuan melahirkan pemimpin pada masa depan. Pelajar menaiki kapal persiaran Fuji Maru. Sebelum ini kapal Nippon Maru digunakan.[7] Persatuan Bulan Sabit merah Hulu Langat juga pernah menjalin kerjasama dengan Persatuan Palang Merah Jepun pada 1996. Sharul Nizam , pelajar dari Sekolah Menengah Kebangsaan Engku Husain, Semenyih pernah berkunjung ke Osaka dan Tokyo selama 2 minggu.

Universiti Malaysia Jepun dibangunkan hasil kerjasama MARA, kerajaan Malaysia dan Jepun. Sesi pengajian bermula Julai 2009. Kampus Kolej Kemahiran Tinggi Mara di Beranang, Selangor sebagai pusat pengajian. Sistem pendidikannya adalah 100 peratus mengikut sistem teknologi Jepun. 15 orang profesor dari Jepun dilantik sebagai tenaga pengajar [8] .

Hubungan sosial[sunting | sunting sumber]

Pada 2008, Raja Munirah Raja Iskandar Shah (22) dihukum penjara 7 tahun di penjara Jepun kerana mengedar syabu seberat 690 gram. Mahasiswa komunikasi massa Universiti Teknologi Kreatif Limkokwing di Cyberjaya ini diberkas di Lapangan Terbang Tokyo pada 2006 [9].

Rakyat Jepun ditahan semasa larian obor sempena Sukan Olimpik Beijing 2008 di Dataran Merdeka pada 11 April 2008. Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Muhammad Sabtu Osman menyatakan keluarga Jepun itu ditahankan kerana membawa kain rentang bertulis "Free Tibet" [10].

Rujukan[sunting | sunting sumber]