Laman Utama/ujian
سلامت داتڠ کويکيڤيديا
Versi Bahasa Melayu telah dimulakan pada 26 Oktober 2002 . Kini, kami mempunyai 372,709 buah rencana.
Senarai portal · Biografi · Falsafah · Geografi · Sejarah · Matematik · Sains · Sastera · Teknologi · Undang-undang |
Rencana pilihan
Takungan Abberton ialah takungan simpanan air tawar yang dipam di timur England berhampiran pantai Essex, dengan keluasan 700 hektar (1,700 ekar). Kebanyakan airnya dipam masuk dari sungai Stour. Dibina antara tahun 1935 dan 1939, takungan ini dimiliki dan diuruskan oleh Essex and Suffolk Water dan terletak 6 km (3.7 bt) dari barat daya Colchester. Semasa Perang Dunia II, Takungan Abberton dipasang dengan periuk api laut untuk menghalang pencerobohan kapal terbang laut, dan ia digunakan oleh Skuadron No. 617 Tentera Udara Diraja British ("The Dam Busters") untuk latihan bagi pengeboman empangan-empangan Jerman di Ruhr. Satu projek bagi meningkatkan kapasiti Takungan Abberton kepada 41,000 megaliter (9.0×109 imp gal) telah disiapkan pada tahun 2013, bersama-sama dengan sambungan baharu untuk memindahkan air dari sungai Ouse di Norfolk ke Stour. Takungan air ini penting untuk pembiakan burung dendang air, langkau sejuk serta penyalinan bulu bagi unggas air dan burung hijrah. Takungan ini juga merupakan tanah bencah yang penting di peringkat antarabangsa yang ditetapkan sebagai tapak Ramsar, Tapak Kepentingan Saintifik Khas dan Kawasan Perlindungan Khas serta disenaraikan dalam karya A Nature Conservation Review. Sebahagian kecil tapak ini diuruskan oleh Amanah Hidupan Liar Essex. (Rencana penuh...)
Berita terkini
- 10 orang anggota tentera maut dalam perlanggaran udara melibatkan dua buah helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia di Lumut.
- Iran melancarkan serangan udara ke Israel sususlan serangan Israel terhadap konsulat Iran di Damsyik.
- Satu gempa bumi bermagnitud 7.4 menggegarkan bandar Hualien di Taiwan.
- Perdana Menteri Palestin yang baru dilantik Mohammad Mustafa mengumumkan senarai 22 menteri kabinet baharunya.
- Jambatan Francis Scott Key (gambar) di Baltimore, Amerika Syarikat runtuh selepas sebuah kapal kontena terlanggar salah satu tiang sokongannya.
Tahukah anda...
- "... bahawa dalam objek simetri, sebahagian objek tersebut kelihatan seperti bayangan bahagian yang lain?"
- ... bahawa seni tekat yang popular di Perak dan Negeri Sembilan boleh dikesan bermula pada zaman Kesultanan Melayu Melaka iaitu pada kurun ke-15?
- ... bahawa antipode Kaabah berada di tengah Lautan Pasifik yang mengakibatkan arah kiblat boleh dihala kemana-mana sahaja kerana jarak setiap arah adalah sama diantara Kaabah dan titik antipode tersebut jika anda berada di atas kapal.
- ... bahawa cukai bata yang diperkenalkan oleh Raja George III pada tahun 1784, digunakan untuk pembiayaan ketenteraan dalam Perang Revolusi Amerika?
Hari ini dalam sejarah
- 1192 – Perang Salib Ketiga: Conrad dari Montferrat yang baharu dilantik sebagai Raja Jerusalem ditikam mati oleh anggota Hashshashin.
- 1789 – Fletcher Christian mengetuai dahagi di atas kapal British HMAV Bounty menentang komander William Bligh (gambar).
- 1952 – Perjanjian San Francisco mula berkuatkuasa, mengakhiri pendudukan Jepun oleh Pihak Berikat.
- 1969 – Presiden Republik Kelima Perancis pertama Charles de Gaulle meletakkan jawatan.
- 2001 – Dennis Tito menjadi pelancong angkasa lepas berbayar yang pertama, menaiki Soyuz TM-32 ke Stesen Angkasa Antarabangsa.
Gambar pilihan
Orang ramai berbaris di Champs-Élysées semasa Bahagian Perisai Ke-2 Perancis melancarkan perarakan dari Arc de Triomphe ke Place de la Concorde pada 26 Ogos 1944, berikutan pembebasan Paris. Diperintah oleh Jerman Nazi sejak menandatangani Gencatan Senjata Compiègne Ke-2 pada tahun 1940, Paris telah dibebaskan semasa perjuangan selama seminggu yang bertelagah dengan Pasukan Dalaman Perancis, Bahagian Perisai Ke-2 Perancis, dan Tentera Darat Tengah Amerika Syarikat menentang Jerman Bahagian Keselamatan Ke-325. Pertempuran berakhir dengan Jeneral Jerman Dietrich von Choltitz menyerah kalah kepada pasukan Perancis. Lebih daripada 1,700 tentera Perancis dan 3,200 tentera Jerman terbunuh dalam pertempuran itu. Gambar: Jack Downey
Gambar pilihan sebelum ini:
|
Gotong-royong
- Cabaran gotong-royong
- Hasil gotong-royong terbaru
- Segera Cipta
- Rencana-rencana di Portal:Hal semasa (en; fr)
- Rencana mingguan di Penterjemahan minggu ini
- Khas:Laman dikehendaki (WikiProjek Malaysia • WikiProjek Perubatan • 10,000 rencana perlu)
- Segera Selenggara
- Rencana-rencana di dalam kategori Kategori:Projek BukanTeamBiasa
- Perangkaan WBM
Kedalaman | Rencana | Laman | Suntingan | Pengguna | Pentadbir | Fail |
---|---|---|---|---|---|---|
20.6 | 372,709 | 1,082,885 | 6,166,997 | 334,603 (620 aktif) | 15 | 18,425 |
- Perbaiki kandungan
Tahukah anda...
Hari ini dalam sejarah 28 April: Hari Peringatan Pekerja Antarabangsa; Hari Pahlawan di Barbados.
|
Gambar pilihan
|
|