Wikipedia:Hari ulang tahun pilihan/April
Templat:AprilCalendar2012Source
1 April: Hari April Fool; Tahun Baru Assyria; Hari Kebangsaan di Iran; Ahad Palma (Kristian, 2012).
- 1572 – Pemberontakan Belanda: Gabenor dan Jeneral Sepanyol Fernando Álvarez de Toledo ditewaskan di Brielle oleh Geuzen.
- 1826 – Enjin pembakaran dalam dipatenkan oleh Samuel Morey.
- 1918 – Angkatan Tentera British menubuhkan Tentera Udara Diraja British.
- 1976 – Apple Computer ditubuhkan untuk menjual Apple I (gambar), komputer peribadi awal yang dijual sebagai kit.
- 2004 – Google melancarkan Gmail, memberikan pengguna 1000 megabait storan untuk e-mel, secara mendadak meningkatkan piawaian untuk storan e-mel percuma.
Hari-hari sebelum: 31 Mac – 30 Mac – 29 Mac
Arkib – Melalui emel – Lagi...
lihat - perbualan - sunting - sejarah
2 April: Hari Malvinas di Argentina
- 1792 – Melalui Akta Duit Syiling, Kilang Syiling Amerika Syarikat ditubuhkan dan mata wang A.S. diperpuluhkan.
- 1801 – Perang Campuran Kedua: Angkatan British pimpinan Laksamana Madya Horatio Nelson (gambar) menewaskan armada Denmark–Norway dalam Pertempuran Copenhagen.
- 1956 – Drama As the World Turns mula ditayangkan di televisyen Amerika Syarikat sebagai drama bersiri setengah jam pertama.
- 1982 – Pasukan khas Argentina menyerang Kepulauan Falkland, memulakan Perang Falkland.
- 1984 – Di atas Soyuz T-11, Rakesh Sharma menjadi orang India pertama ke angkasa lepas.
Hari-hari sebelum: 1 April – 31 Mac – 30 Mac
Arkib – Melalui emel – Lagi...
lihat - perbualan - sunting - sejarah
- 1922 – Joseph Stalin menjadi Setiausaha Agung pertama Parti Komunis Kesatuan Soviet.
- 1948 – Rancangan Marshall (gambar poster), satu rancangan pemulihan ekonomi Eropah selepas Perang Dunia Kedua, diluluskan oleh Kongres Amerika Syarikat.
- 1971 – Siri televisyen tokusatsu Jepun Kamen Rider mula ditayangkan, menandakan permulaan francais Kamen Rider.
- 1973 – Di jalanan Bandar Raya New York, penyelidik Motorola Martin Cooper membuat panggilan awam pertama menggunakan telefon bimbit.
- 1981 – Osborne 1, komputer mudah alih yang pertama berjaya, dipamerkan di West Coast Computer Faire di San Francisco.
Hari-hari sebelum: 2 April – 1 April – 31 Mei
Arkib – Melalui emel – Lagi...
lihat - perbualan - sunting - sejarah
4 April: Hari Kanak-Kanak di Taiwan dan Hong Kong; Perayaan Qingming dalam Kalendar Cina & Hansik di Korea Selatan (2012).
- 1660 – Charles II dari England mengeluarkan Perisytiharan Breda, memerikan syaratnya untuk Pengembalian takhta England.
- 1841 – William Henry Harrison menjadi Presiden A.S. pertama meninggal dalam jawatan, 32 hari selepas penggalnya bermula, mencetuskan krisis perlembagaan sementara.
- 1949 – 12 negara memeterai Perjanjian Atlantik Utara dan menubuhkan Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO).
- 1968 – Martin Luther King, Jr. (gambar) dibunuh di beranda Motel Lorraine di Memphis, Tennessee, A.S.
- 1979 – Perdana Menteri Pakistan Zulfikar Ali Bhutto yang digulingkan dihukum mati.
Hari-hari sebelum: 3 April – 2 April – 1 April
Arkib – Melalui emel – Lagi...
lihat - perbualan - sunting - sejarah
5 April: Khamis Suci (Kristian, 2012).
- 1614 – Orang asli Amerika Pocahontas berkahwin dengan penjajah Inggeris John Rolfe di Virginia.
- 1879 – Chile mengisytiharkan perang terhadap Bolivia dan Peru, memulakan Perang di Pasifik (gambar).
- 1976 – Peristiwa Tiananmen, yang membantah penindasan oleh rejim China, terjadi di Dataran Tiananmen di Beijing.
- 1992 – Perang Bosnia: Askar Serb menembak sekumpulan pembantah perang di Sarajevo dan membunuh dua orang, menandakan permulaan Pengepungan Sarajevo.
- 1998 – Jambatan Akashi-Kaikyō di Jepun dibuka kepada lalu lintas, menjadi jambatan gantung terpanjang di dunia dengan rentang utama sepanjang 1,991 m.
Hari-hari sebelum: 4 April – 3 April – 2 April
Arkib – Melalui emel – Lagi...
lihat - perbualan - sunting - sejarah
6 April: Hari Tartan; Good Friday (Kristian, 2012); Passover bermula ketika matahari terbenam (Yahudi, 2012).
- 1782 – Rama I mewarisi Raja Taksin dari Siam, mengasaskan Dinasti Chakri.
- 1896 – Sukan Olimpik moden yang pertama dibuka di Athens.
- 1941 – Perang Dunia Kedua: Kuasa Paksi memulakan Operasi Marita dan Arahan n. 25, menyerang Greece dan Yugoslavia.
- 1994 – Kapal terbang yang membawa Presiden Rwanda Juvénal Habyarimana dan Presiden Burundi Cyprien Ntaryamira ditembak jatuh, menandakan permulaan pembunuhan kaum di Rwanda.
- 2009 – Gempa bumi 6.3 Mw melanda kawasan Abruzzo di tengah Itali (gambar), mengorbankan 308 orang dan mencederakan lebih 1,500 lagi.
Hari-hari sebelum: 5 April – 4 April – 3 April
Arkib – Melalui emel – Lagi...
lihat - perbualan - sunting - sejarah
7 April: Hari Kesihatan Sedunia; Sabtu Suci (Kristian, 2012).
- 529 – Maharaja Byzantine Justinian I menerbitkan draf pertama Corpus Juris Civilis, percubaan pertama untuk mengkanunkan undang-undang Rom.
- 1348 – Raja Karel I dari Bohemia menerbitkan Krisobul (Titah-Perintah Emas) untuk mengasaskan Universiti Charles di Prague, universiti pertama di Eropah Tengah.
- 1805 – Ludwig van Beethoven mempersembahkan Simfoni Ketiganya, di Theater an der Wien di Vienna.
- 1945 – Perang Dunia Kedua: Kapal tempur terbesar di dunia, Yamato milik Jepun ditenggelamkan (gambar) 200 batu di utara Okinawa semasa Operasi Ten-Go.
- 1948 – Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mendirikan Pertubuhan Kesihatan Sedunia.
Hari-hari sebelum: 6 April – 5 April – 4 April
Arkib – Melalui emel – Lagi...
lihat - perbualan - sunting - sejarah
8 April: Hanamatsuri di Jepun; Hari Easter (Kristian Barat, 2012).
- 217 – Maharaja Rom Caracalla dibunuh di tepi jalan berhampiran Harran.
- 1341 – Petrarch mendapat gelaran Penyair Diraja dalam satu upacara di Rom, Itali.
- 1904 – Dataran Longacre di Midtown Manhattan, Bandar Raya New York dinamakan semula sebagai Dataran Times (gambar).
- 1929 – Gerakan kemerdekaan India: Revolusioner Bhagat Singh dengan bantuan Batukeshwar Dutt mengebom Dewan Undangan Pusat di Delhi.
- 2008 – Soyuz TMA-12 dilancarkan, membawa Yi So-yeon sebagai orang Korea pertama dan wanita Asia kedua ke angkasa lepas.
Hari-hari sebelum: 7 April – 6 April – 5 April
Arkib – Melalui emel – Lagi...
lihat - perbualan - sunting - sejarah
9 April: Hari Keberanian di Filipina
- 1865 – Di Virginia, angkatan Gabungan di bawah Robert E. Lee menyerah kalah kepada komander Kesatuan Ulysses S. Grant, menamatkan Perang Saudara Amerika.
- 1940 – Perang Dunia Kedua: Jerman memulakan Operasi Weserübung, menyerang Denmark dan Norway.
- 1942 – Angkatan Jepun menewaskan Pihak Berikat dalam Pertempuran Bataan di Semenanjung Bataan, Filipina.
- 1959 – NASA mengumumkan pemilihan Mercury Tujuh (gambar), tujuh angkasawan pertama dalam Projek Mercury.
- 1989 – Tunjuk perasaan anti-Soviet di Tbilisi, Georgia dipatahkan oleh tentera Soviet, mengakibatkan 20 kematian dan ratusan lagi cedera.
Hari-hari sebelum: 8 April – 7 April – 6 April
Arkib – Melalui emel – Lagi...
lihat - perbualan - sunting - sejarah
- 1815 – Gunung Tambora di Indonesia memulakan letusan gunung berapi yang paling kuat dalam catatan sejarah.
- 1919 – Ketua Revolusi Mexico Emiliano Zapata ditembak mati berhampiran dengan Ciudad Ayala, Morelos.
- 1941 – Perang Dunia Kedua: Negara Merdeka Croatia ditubuhkan, dengan pemimpin Ustaše Ante Pavelic sebagai ketua kerajaan boneka Kuasa Paksi.
- 1959 – Bakal Maharaja Jepun, Putera Mahkota Akihito berkahwin dengan Michiko (gambar), orang biasa pertama berkahwin dengan kerabat diraja Jepun.
- 2010 – Pesawat yang membawa Presiden Poland Lech Kaczyński terhempas ketika cuba mendarat berhampiran Smolensk, Rusia, mengorbankan semua di dalamnya.
Hari-hari sebelum: 9 April – 8 April – 7 April
Arkib – Melalui emel – Lagi...
lihat - perbualan - sunting - sejarah
11 April: Hari Juan Santamaría di Costa Rica
- 1241 – Serangan Mongol ke atas Eropah: Orang Mongol yang diketuai Batu Khan dan Subutai menghancurkan tentera Raja Bela IV dari Hungary dalam Pertempuran Mohi.
- 1921 – Amir Abdullah mengasaskan kerajaan berpusat pertama di negeri naungan Britiash Transjordan.
- 1951 – Perang Korea: Jeneral Douglas MacArthur dipecat daripada kuasa pemerintahan keseluruhan di Korea.
- 1965 – Hampir 50 puting beliung melanda enam buah negeri di Barat Tengah Amerika Syarikat semasa letusan puting beliung Ahad Palma (gambar).
- 2002 – Presiden Hugo Chávez dipaksa meletakkan jawatan semasa percubaan rampasan kuasa tentera di Venezuela.
Hari-hari sebelum: 10 April – 9 April – 8 April
Arkib – Melalui emel – Lagi...
lihat - perbualan - sunting - sejarah
12 April: Hari Angkasawan di Rusia; Malam Yuri.
- 467 – Anthemius diisytiharkan sebagai Maharaja Empayar Rom Barat.
- 1606 – Satu dekri diraja mewujudkan Union Jack untuk melambangkan Penyatuan Takhta, menggabungkan Bendera England dan Scotland.
- 1961 – Di atas Vostok 1, angkasawan Soviet Yuri Gagarin menjadi orang pertama memasuki angkasa lepas.
- 1980 – Terry Fox mencelup kaki tiruannya ke dalam Lautan Atlantik dan memulakan "Maraton Harapan" menuju Lautan Pasifik untuk mengumpulkan dana di seluruh Kanada bagi penyelidikan barah.
- 1981 – Bolak-balik angkasa lepas Columbia dilancarkan dari Pusat Angkasa Kennedy untuk penerbangan sulungnya (gambar).
Hari-hari sebelum: 11 April – 10 April – 9 April
Arkib – Melalui emel – Lagi...
lihat - perbualan - sunting - sejarah
13 April: Hari Tahun Baru Thai; Vaisakhi (Sikhisme); Perayaan Mazu (kalendar Cina, 2012).
- 1598 – Raja Henry IV dari Perancis (gambar) mengeluarkan Edik Nantes, memberikan kebebasan beragama kepada orang Huguenot.
- 1943 – Perang Dunia Kedua: Jerman mengumumkan penemuan kubur ramai tawanan perang Poland yang dibunuh tentera Soviet dalam pembunuhan Hutan Katyn.
- 1956 – Angkatan Tentera Kebangsaan Vietnam menawan Ba Cut, komander tentera taifah Hoa Hao .
- 1984 – Angkatan Tentera India melancarkan serangan terlebih dahulu ke kawasan Glasier Siachen di Kashmir, mencetuskan konflik bersenjata dengan Pakistan.
- 1997 – Tiger Woods menjadi pemain golf termuda (21 tahun) memenangi Kejohanan Masters.
Hari-hari sebelum: 12 April – 11 April – 10 April
Arkib – Melalui emel – Lagi...
lihat - perbualan - sunting - sejarah
14 April: Pohela Baishakh di Bengal; Hari Abjad N'Ko di Afrika Barat; Tahun Baharu Tamil.
- 1471 – Perang Bunga Ros: Kerabat York di bawah Edward IV menewaskan kerabat Lancaster berhampiran Barnet.
- 1865 – John Wilkes Booth (gambar) menembak Presiden A.S. Abraham Lincoln dengan sepucuk pistol Deringer di Teater Ford, Washington, D.C.
- 1931 – Selepas Raja Alfonso XIII meninggalkan Sepanyol, Republik Sepanyol Kedua diisytiharkan oleh sebuah kerajaan sementara pimpinan Niceto Alcalá-Zamora.
- 1970 – Sebuah tangki oksigen di atas kapal angkasa lepas NASA Apollo 13 meletup.
- 2010 – Lebih 2,600 orang terbunuh dalam gempa bumi 6.9 Mw di Yushu, Qinghai, China.
Hari-hari sebelum: 13 April – 12 April – 11 April
Arkib – Melalui emel – Lagi...
lihat - perbualan - sunting - sejarah
15 April: Hari Cukai di Amerika Syarikat; Hari Lahir Pemimpin Agung di Korea Utara; Pascha (Kristian Timur, 2012).
- 1755 – Kamus A Dictionary of the English Language oleh Samuel Johnson diterbitkan buat pertama kali.
- 1912 – Kapal penumpang RMS Titanic tenggelam (gambar), 2 jam 40 minit selepas berlanggar dengan aisberg.
- 1947 – Jackie Robinson, orang Amerika Afrika yang pertama memecahkan sempadan perkauman dalam besbol, bermain kali pertama dalam Major League Baseball.
- 1952 – Pesawat pengebom strategik jarak jauh berkuasa jet A.S. B-52 Stratofortress menjalankan penerbangan sulungnya.
- 1989 – Di Sheffield, 96 orang maut dalam Tragedi Hillsborough, salah satu tragedi terdahsyat dalam sejarah bola sepak British dan Eropah.
Hari-hari sebelum: 14 April – 13 April – 12 April
Arkib – Melalui emel – Lagi...
lihat - perbualan - sunting - sejarah
- 1746 – Angkatan Kerabat Hanover menewaskan Jacobite dalam Pertempuran Culloden di Scotland, persemukaan terakhir Kebangkitan Jacobite.
- 1853 – Perkhidmatan Kereta Api India (gambar) melancarkan perkhidmatan kereta api penumpang yang pertama.
- 1917 – Vladimir Lenin kembali ke Petrograd dari Switzerland, dan menyertai gerakan Bolshevik di Rusia.
- 1943 – Ahli kimia Albert Hofmann menemui kesan psikedelik dadah semisintetik LSD.
- 2007 – Dalam antara kejadian penembakan terdahsyat di A.S., seorang lelaki membunuh 32 orang dan mencederakan 25 lagi di Institut Politeknik dan Universiti Negeri Virginia di Blacksburg, Virginia.
Hari-hari sebelum: 15 April – 14 April – 13 April
Arkib – Melalui emel – Lagi...
lihat - perbualan - sunting - sejarah
17 April: Hari Pengungsian di Syria (1946)
- 1895 – Empayar Jepun dan Empayar Qing China memeterai Perjanjian Shimonoseki, satu perjanjian tak setaraf yang menamatkan Perang China-Jepun Pertama.
- 1942 – Perang Dunia Kedua: Jeneral Perancis Henri Giraud (gambar) melarikan daripada dari tawanan Jerman di Kubu Königstein.
- 1961 – Orang buangan Cuba yang dibelakangi CIA mendarat di Teluk Babi dan menyerang Cuba.
- 1975 – Khmer Rouge menawan Phnom Penh, menamatkan Perang Saudara Kemboja dan menubuhkan Kampuchea Demokratik.
- 1986 – Belanda dan Kepulauan Scilly mengisytiharkan perdamaian, menamatkan Perang Tiga Ratus Tiga Puluh Lima Tahun.
Hari-hari sebelum: 16 April – 15 April – 14 April
Arkib – Melalui emel – Lagi...
lihat - perbualan - sunting - sejarah
18 April: Hari Kemerdekaan di Zimbabwe (1980)
- 1025 – Bolesław I Chrobry dimahkotakan di Gniezno dan menjadi Raja Poland yang pertama.
- 1506 – Pembinaan Basilika St. Peter yang terkini di Kota Vatican bermula.
- 1906 – Satu gempa bumi besar serta kebakaran yang menyusul memusnahkan San Francisco, California, A.S. (gambar).
- 1980 – Rhodesia menjadi Republik Zimbabwe, dengan Canaan Banana sebagai Presiden dan Robert Mugabe sebagai Perdana Menteri pertama.
- 1996 – Pasukan Pertahanan Israel membedil Qana, Lubnan, dengan meriam semasa Operasi Anggur Kemurkaan, membunuh lebih 100 orang awam di kawasan PBB.
Hari-hari sebelum: 17 April – 16 April – 15 April
Arkib – Melalui emel – Lagi...
lihat - perbualan - sunting - sejarah
19 April: Perayaan Santo Alphege (Kristian Barat)
- 1713 – Maharaja Charles VI mengeluarkan Persetujuan Pragmatik untuk memastikan salah seorang puterinya boleh mewarisi empayar Habsburg.
- 1775 – Perang Revolusi Amerika bermula dengan Pertempuran Lexington dan Concord (gambar) di koloni British Massachusetts.
- 1839 – Pemeteraian Perjanjian London mengakui secara rasmi kemerdekaan Belgium daripada Kemaharajaan Bersatu Belanda.
- 1971 – Pangkalan angkasa lepas yang pertama, Salyut 1 dilancarkan dari Kosmodrom Baikonur, RSS Kazakh, USSR.
- 1984 – "Advance Australia Fair" secara rasmi menggantikan "God Save the Queen" sebagai lagu kebangsaan Australia.
Hari-hari sebelum: 18 April – 17 April – 16 April
Arkib – Melalui emel – Lagi...
lihat - perbualan - sunting - sejarah
20 April: Ridván bermula ketika matahari terbenam (Kepercayaan Bahá'í)
- 1653 – Oliver Cromwell membubarkan Parlimen Rump Komanwel England secara paksa.
- 1862 – Ahli kimia Louis Pasteur (gambar) dan ahli fisiologi Claude Bernard menyempurnakan ujian pempasteuran yang pertama.
- 1884 – Paus Leo XIII menerbitkan siaran Humanum Genus, mengecam antara lain Freemason dan doktrin kedaulatan rakyat dan pemisahan di antara agama dan negara.
- 1972 – Apollo 16 berjaya mendarat di Bulan.
- 2008 – Fernando Lugo menjadi calon pertama bukan daripada Parti Colorado terpilih sebagai Presiden Paraguay untuk tempoh 61 tahun.
Hari-hari sebelum: 19 April – 18 April – 17 April
Arkib – Melalui emel – Lagi...
lihat - perbualan - sunting - sejarah
21 April: Hari Tiradentes di Brazil; Hari Grounation dalam gerakan Rastafari.
- 753 SM – Romulus dan Remus mengasaskan Rom, menurut penghitungan cendekiawan Rom Varro Reatinus.
- 1836 – Angkatan Texas yang diketuai Sam Houston menewaskan Jeneral Antonio López de Santa Anna dan askar-askar Mexico, pertempuran muktamad dalam Revolusi Texas.
- 1960 – Brasília (gambar Kongres), sebuah bandar raya terancang yang berdasarkan prinsip Le Corbusier, dibuka secara rasmi sebagai ibu negara Brazil, menggantikan Rio de Janeiro.
- 1970 – Atas sebab pertikaian kuota pengeluaran gandum, Prinsipaliti Sungai Hutt mengisytiharkan "pemisahannya" dari Australia Barat.
- 1975 – Dengan Vietnam Utara semakin berkuasa, Nguyen Van Thieu meletak jawatan sebagai Presiden Vietnam Selatan.
Hari-hari sebelum: 20 April – 19 April – 18 April
Arkib – Melalui emel – Lagi...
lihat - perbualan - sunting - sejarah
- 1500 – Penjelajah Portugal Pedro Álvares Cabral (gambar) dan anak-anak kapalnya menjadi orang Eropah pertama yang menemui Brazil.
- 1864 – Kongres Amerika Syarikat memberikan kebenaran untuk mencetak syiling dua sen, syiling A.S. pertama dengan frasa In God We Trust.
- 1915 – Jerman melepaskan gas klorin sebagai senjata kimia dalam Pertempuran Kedua Ypres, membunuh lebih 5 ribu askar.
- 1930 – Perjanjian Tentera Laut London yang mengawal perang kapal selam dan menghadkan pembinaan kapal ditandatangani A.S., Itali, Jepun, Perancis dan UK.
- 1993 – Versi pertama Mosaic dikeluarkan, menjadi pelayar Jaringan Sejagat dan pelanggan Gopher pertama yang popular.
Hari-hari sebelum: 21 April – 20 April – 19 April
Arkib – Melalui emel – Lagi...
lihat - perbualan - sunting - sejarah
23 April: Hari Buku dan Hak Cipta Dunia; Hari St George di pelbagai negara; Hari Kanak-Kanak di Turki.
- 1014 – Angkatan bersenjata Ireland yang diketuai Brian Boru (gambar) bertempur dengan Viking dalam Pertempuran Clontarf.
- 1661 – Charles II dimahkotakan sebagai Raja England, Ireland dan Scotland di Westminster Abbey.
- 1827 – Ahli matematik dan fizik William Rowan Hamilton menyampaikan Teori Sistem-Sistem Sinarannya, yang membantu membuktikan teori gelombang cahaya.
- 1923 – Gdynia dirasmikan sebagai bandar pelabuhan Poland di Teluk Gdańsk, di barat daya Laut Baltik.
- 1968 – Para pelajar Universiti Columbia di Bandar Raya New York yang membantah Perang Vietnam mengambil alih bangunan pentadbiran, memaksa universiti itu ditutup.
Hari-hari sebelum: 22 April – 21 April – 20 April
Arkib – Melalui emel – Lagi...
lihat - perbualan - sunting - sejarah
24 April: Hari Republik di Gambia (1970); Hari Peringatan Genosid di Armenia.
- 1800 – Perpustakaan kebangsaan de facto Amerika Syarikat, Perpustakaan Kongres diasaskan sebagai perpustakaan penyelidikan untuk Kongres A.S.
- 1877 – Gagal menyelesaikan isu Balkan, Rusia mengisytiharkan perang terhadap Empayar Uthmaniyyah, memulakan Perang Rusia-Turki.
- 1915 – Genosid Armenia bermula dengan penahanan dan pengusiran ratusan orang penting Armenia di Constantinople.
- 1967 – Kapal angkasa lepas Soyuz 1 terhempas di Siberia semasa kembali ke Bumi, membunuh angkasawan Vladimir Mikhaylovich Komarov.
- 1990 – Teleskop Angkasa Hubble (gambar) dilancarkan oleh Bolak-Balik Angkasa Lepas Discovery dalam misi STS-31.
Hari-hari sebelum: 23 April – 22 April – 21 April
Arkib – Melalui emel – Lagi...
lihat - perbualan - sunting - sejarah
25 April: Hari ANZAC di Australia dan New Zealand; Hari Pembebasan di Itali; Hari Bendera di Kepulauan Faroe.
- 1719 – Novel Robinson Crusoe oleh Daniel Defoe diterbitkan buat pertama kali.
- 1792 – Claude Joseph Rouget de Lisle menggubah La Marseillaise yang kini merupakan lagu kebangsaan Perancis.
- 1898 – Perang Amerika-Sepanyol: Amerika Syarikat secara retroaktif mengisytiharkan perang terhadap Sepanyol, menyatakan keadaan perang telah pun wujud beberapa hari.
- 1986 – Mswati III dimahkotakan sebagai Raja Swaziland, mewarisi ayahandanya Sobhuza II.
- 2005 – Sebuah kereta api komuter terkeluar daripada landasannya (gambar) di Amagasaki, Hyōgo, Jepun dan menghentam sebuah pangsapuri, mengorbankan 107 orang.
Hari-hari sebelum: 24 April – 23 April – 22 April
Arkib – Melalui emel – Lagi...
lihat - perbualan - sunting - sejarah
26 April: Yom Ha'atzmaut di Israel (2012)
- 1478 – Dalam usaha menguasai Republik Florentine, Keluarga Pazzi menyerang Lorenzo de' Medici dan adiknya Giuliano di Katedral Florence.
- 1865 – Askar Tentera Darat A.S. mengepung dan menembak mati John Wilkes Booth, pembunuh Presiden Abraham Lincoln.
- 1956 – Kapal kontena pertama di dunia, SS Ideal X, berlayar dari Pelabuhan Newark New Jersey.
- 1964 – Tanganyika dan Zanzibar bergabung untuk membentuk Tanzania.
- 1986 – Bencana Chernobyl: Sebuah reaktor nuklear (gambar) di Loji Kuasa Nuklear Chernobyl, Ukraine mengalami letupan stim, mengakibatkan kebakaran serta leburan nuklear.
Hari-hari sebelum: 25 April – 24 April – 23 April
Arkib – Melalui emel – Lagi...
lihat - perbualan - sunting - sejarah
27 April: Hari Kemerdekaan di Togo (1960) dan Sierra Leone (1961); Hari Pembebasan di Afrika Selatan.
- 1521 – Orang asli Filipino yang diketuai Lapu-Lapu menewaskan askar Sepanyol dan membunuh penjelajah Portugis Ferdinand Magellan.
- 1865 – Satu letupan memusnahkan bot api Sultana (gambar) di Sungai Mississippi, membunuh 1,700 orang penumpang.
- 1967 – Pameran Dunia Ekspo 67 dibuka di Montreal, Quebec, Kanada, dengan lebih 50 juta pelawat dan 62 negara turut serta.
- 1994 – Aparteid: Kongres Kebangsaan Afrika mencapai kemenangan besar dalam pilihan raya tak berasaskan ras pertama dalam sejarah Afrika Selatan.
- 2005 – Pesawat penumpang terbesar di dunia, Airbus A380 menjalankan penerbangan sulungnya dari Toulouse, Perancis.
Hari-hari sebelum: 26 April – 25 April – 24 April
Arkib – Melalui emel – Lagi...
lihat - perbualan - sunting - sejarah
28 April: Hari Peringatan Pekerja Antarabangsa; Hari Pahlawan di Barbados.
- 1192 – Perang Salib Ketiga: Conrad dari Montferrat yang dilantik sebagai Raja Jerusalem ditikam mati oleh anggota Hashshashin.
- 1789 – Fletcher Christian mengetuai dahagi di atas kapal British HMAV Bounty menentang Komander William Bligh (gambar).
- 1952 – Perjanjian San Francisco mula berkuatkuasa, mengakhiri pendudukan Jepun oleh Pihak Berikat.
- 1969 – Presiden Republik Kelima Perancis pertama Charles de Gaulle meletakkan jawatan.
- 2001 – Dennis Tito menjadi pelancong angkasa lepas berbayar yang pertama, menaiki kapal angkasa lepas Soyuz TM-32 ke Stesen Angkasa Antarabangsa.
Hari-hari sebelum: 27 April – 26 April – 25 April
Arkib – Melalui emel – Lagi...
lihat - perbualan - sunting - sejarah
29 April: Hari Shōwa di Jepun; Hari Tarian Antarabangsa.
- 1770 – James Cook dan HM Bark Endeavour menjadi kapal Eropah pertama mendarat di Australia.
- 1882 – Di Berlin, Ernst Werner von Siemens (gambar) menunjukkan Elektromote, bas sorong yang pertama di dunia.
- 1946 – Tribunal Ketenteraan Antarabangsa untuk Timur Jauh bersidang dan mendakwa Hideki Tojo dan 27 lagi pemimpin Jepun dengan jenayah perang.
- 1970 – Perang Vietnam: Amerika Syarikat dan Vietnam Selatan menceroboh Kemboja untuk memburu Viet Cong.
- 2011 – 300 juta orang di seluruh dunia menonton perkahwinan Putera William, Duke Cambridge dan Catherine Middleton di Westminster Abbey, London.
Hari-hari sebelum: 28 April – 27 April – 26 April
Arkib – Melalui emel – Lagi...
lihat - perbualan - sunting - sejarah
30 April: Hari Ratu di Belanda; Malam Walpurgis di beberapa negara Eropah; Hari Kemenangan di Vietnam.
- 711 – Askar-askar Umayyah yang diketuai Tariq ibn Ziyad mendarat di Gibraltar dan memulakan serangan terhadap Semenanjung Iberia.
- 1789 – Di Bandar Raya New York, George Washington (gambar) mengangkat sumpah sebagai Presiden Amerika Syarikat yang pertama.
- 1948 – 21 negara menurunkan tandatangan di Bogotá, Colombia, mengasaskan Pertubuhan Negara-Negara Amerika.
- 1975 – Vietnam Utara menawan Saigon, menamatkan Perang Vietnam dengan penyerahan tanpa syarat Vietnam Selatan.
- 1993 – CERN mengumumkan yang Jaringan Sejagat akan diberikan percuma kepada semua orang.
Hari-hari sebelum: 29 April – 28 April – 27 April
Arkib – Melalui emel – Lagi...
lihat - perbualan - sunting - sejarah