Legasi 43 Karat

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Legasi 43 Karat
Genre
PengarahFeroz Kader
Dibintangi oleh
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Bilangan episod25
Penerbitan
PenerbitDavid Teo
Tempoh siaran23 minit
Syarikat penerbitan
MIG Production
Penyiaran
Saluran asalTV3
Format gambar480i (SDTV)
Format audioDolby Digital
Siaran asal26 Ogos 2009 – 3 November 2009

Legasi 43 Karat ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2009 dibintangi oleh Shaheizy Sam, Ezany Nizariff, Rabecca Nur Al Islam, Rahim Jailani, Aznah Hamid dan Rosnah Johari. Drama ini memulakang tayangan perdana di Slot Samarinda TV3 dari 26 Ogos 2009 hingga 3 November 2009 menggantikan Kala Hati.[1][2]

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Mengisahkan tentang Datuk Haris, pewaris rangkaian berlian Legasi 43 Karat. Perniagaan itu dipelopori oleh arwah ayahnya dan kini rangkaian syarikat itu dikendalikan oleh anak lelaki tunggal Datuk Haris, Dani. Dani berkaliber, taat kepada ibu bapa dan saudara maranya. Malah, Dani amat disukai oleh makciknya, Puan Saadiah (adik perempuan Datuk Haris). Malah, Saadiah selalu mengagung-agungkan kehebatan Dani kepada anak lelakinya sendiri, Johan. Johan seorang yang kasar dan tidak berminat hendak menguruskan perniagaan di mana menurut wasiat dia perlu meneruskan legasi perniagaan tersebut.

Pelancaran majlis rangkaian butik berlian baru keluarga Dani yang disempurnakan dalam suasana gilang gemilang. Tetamu yang hadir tertarik dengan gaya, kekacakan dan hati budi Dani yang begitu merendah diri. Dalam sidang media yang seterusnya, Datuk Haris menyatakan hasratnya untuk meletak jawatan dan menyerahkan tampuk pengurusan kepada Dani.

Nek Zah muncul di situ dan tidak bersetuju dengan keputusan tersebut sehingga menyebabkan berlaku sedikit perselisihan di antara Datuk Haris dan Nek Zah. Dani menjadi orang tengah dan mendamaikan keadaan. Dani mempunyai kebiasaan untuk mencatatkan semua rancangan pentingnya di dalam sebuah diari rahsia.

Di rumah banglo mereka, Dani turut mengadakan sebuah kejutan majlis hari jadi untuk meraikan ulang tahun Puan Saadiah, sehingga ada tetamu yang salah sangka Dani sebagai anaknya. Sedangkan anak kandungnya, Johan, pula terlalu leka mencari koleksi cekera padat filem di kedai video. Ketika Johan menemui cekera padat kegemarannya, ia telah dibeli oleh Felisia terlebih dahulu. Berlaku salah faham yang melucukan sehingga akhirnya, Johan berjaya mencuri cekera padat itu daripada Felisia. Felisia mengejarnya, sehingga satu malapetaka telah berlaku.

Apakah malapetaka itu? Menerusi diari rahsia Dani pula, kita mula mengetahui niat sebenar Dani. Apakah niatnya sebenar Dani dan adakah sebenarnya kelakuannya dan keperibadiannya sebaik yang disangka?

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Budiey (2 September 2009). "Ezany, Shaheizy Sam dan Rebecca Nur Islam dalam Legasi 43 Karat". Sensasi Selebriti. Dicapai pada 26 April 2013.
  2. ^ "Terbaru di slot Samarinda TV3 'Legasi 43 Karat'". Harian Metro. 31 Ogos 2009. Dicapai pada 26 April 2013.