Mariam Alisa

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Mariam Alisa
Genre
Ditulis oleh
  • Shahrulezad Mohameddin
  • Nurazilah Arif
Pengarah
Dibintangi oleh
Ben Amir
Elvina Teylv
Lagu pembukaan"Dalam Keraguan" oleh Nadia Aqilah
Lagu penutup"Dalam Keraguan" oleh Nadia Aqilah
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Bilangan episod13
Penerbitan
Penerbit eksekutifHisham A. Rahim
Penerbit
  • Shahrulezad Mohameddin
  • Fazli Baharom
PenyuntingKamal Hussein Husni
Tempoh siaran41–42 minit
Syarikat penerbitan
Radius One
Penyiaran
Saluran asalTV3
Format gambar1080i (HDTV)
Format audioDolby Digital Plus
Siaran asal26 Ogos 2016 – 23 September 2016
Kronologi
MengikutiKetupat Palas Mr. Handsome
Diikuti olehSweetie Nanie

Mariam Alisa merupakan siri drama televisyen melodrama Malaysia 2016 arahan Shahrulezad Mohameddin, dibintangi oleh Elvina Mohamad (dikreditkan sebagai Elvina Teylv) sebagai watak tajuk bersama Ben Amir sebagai heronya.[1] Drama ini memulakan tayangan perdana di Slot Lestary TV3 dari 26 Ogos 2016 hingga 23 September 2016 menggantikan Ketupat Palas Mr. Handsome.

Siri ini boleh didapati melalui penstriman dalam talian di saluran YouTube rasmi TV3.[2]

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Mengisahkan seorang gadis kampung yang cantik bernama Mariam Alisa. Mariam hanya tinggal berdua bersama ayahnya yang sudah uzur dan lumpuh. Walaupun Mariam merupakan satu-satunya anaknya, dia tetap berasa tidak selesa apabila Mariam perlu merawatnya dan menjaga kebajikannya. Oleh kerana itu, ayahnya menyuruh Mariam untuk bernikah dengan Ustaz Haiqal kerana Ustaz Haiqal sering bertandang ke rumah dan membantu Mariam. Namun sebaik mana hati Ustaz Haiqal ini, hati Mariam tidak lagi terbuka untuk mana-mana lelaki.

Demi menyara ayahnya, Mariam menjual nasi lemak di sebuah gerai di kampung. Hari-hari Mariam berlalu hampir serupa di gerai itu, sehingga Farhan seorang pemuda datang membeli nasi lemak Mariam. Pada saat itu, Farhan terpegun melihat kecantikan Mariam sehingga dunia ini bagaikan tiada bunyi lain selain deruan bayu berbisik ditelinganya.

Semenjak hari itu, Farhan sering ke gerai nasi lemak tetapi untuk bertemu dengan gadis manis itu. Mariam pula semakin berlembut hati dengan Farhan walaupun Farhan itu seorang pekak dan kelihatan seperti bukan orang berada. Hal ini kerana, Mariam sudah serik dipermainkan oleh lelaki berada. Namun Mariam tidak tahu bahawa Farhan cuma berpura-pura pekak sebagai alasan terpaku tatkala melihat kecantikan Mariam. Sampai bilakah Farhan perlu berahsia dengan Mariam?

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Pelakon utama[sunting | sunting sumber]

Pelakon pembantu[sunting | sunting sumber]

Runut bunyi[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Drama Mariam Alisa (TV3) My Infotaip (25 Ogos 2016). Dicapai pada 26 Ogos 2016.
  2. ^ Mariam Alisa (2016): Episod Penuh. YouTube. TV3. Dicapai pada 20 Mei 2018.