Samson & Delaila

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Samson & Delaila
Genre
Ditulis olehAzlina Pak Wan
PengarahRaja Ahmad Alauddin
Dibintangi oleh
Lagu pembukaanSofea Jane - Black
Lagu penutupSofea Jane - Black
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Bilangan episod25
Penerbitan
Penerbit eksekutifJalena Rejab
PenerbitAhmad Puah Onah
Tempoh siaran24–25 minit
Syarikat penerbitan
Grand Brilliance
Penyiaran
Saluran asalTV3
Siaran asal25 Januari 2011 – 29 Mac 2011

Samson & Delaila ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2011 arahan Raja Ahmad Alauddin, dibintangi oleh Adi Putra, Fasha Sandha, Ako Mustapha dan Irfan Roslan. Siri ini memulakan tayangan perdana di Slot Samarinda TV3 dari 25 Januari 2011 hingga 29 Mac 2011 menggantikan Ayoub.

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Mengisahkan perjalanan hidup penuh cabaran dan liku yang perlu ditempuhi oleh gadis yang memberontak bernama Delaila (Fasha Sandha). Kisahnya bermula ialah apabila Noreen, ibu Delaila berkahwin dengan Kamal, seorang kaki perempuan dan tidak mencintai Noreen, Noreen kemudian jatuh cinta dengan Jamil saudara angkat Kamal. Delaila hidup dalam rumahtangga yang penuh penderaan dan dari kecil lagi sering melihat ibunya didera oleh bapanya. Delaila dibesarkan oleh Zaleha, perempuan simpanan Kamal yang tinggal bersama dan Zaleha mempunyai anak luar nikah hasil hubungan sulit dengan Kamil. Delaila dibesarkan sebagai gadis yang berani dan suka membuli pelajar lain di sekolah dan agak liar, manakala Kamil anak luar nikah bapanya dibesarkan penuh manja dan kasih sayang oleh Zaleha. Noreen telah terbunuh dalam kemalangan jalanraya hasil rancangan dari Kamal, Delaila mengetahui tentang rahsia bapanya, dan dia menyimpan dendam terhadap Kamal. Apabila Delaila mencecah usia 15 tahun dia terlanjur dengan Amir dan dia melahirkan anak luar nikah di negara seberang, bapanya menghantarnya ke sana kerana ingin menutup rasa malu.

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Azhariah Kamin (22 Jun 2011). "Fasha's other side". The Star Online. Dicapai pada 15 Disember 2016.