Suria Kasandra

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Suria Kasandra
Genre
Ditulis olehZarihah Hassan
PengarahAdam Hamid
Dibintangi oleh
Lagu pembukaan"Tak Mungkin Kerna Sayang" oleh Alyah
Lagu penutup"Tak Mungkin Kerna Sayang" oleh Alyah
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Bilangan episod20
Penerbitan
PenerbitDavid Teo
Tempoh siaran23 minit
Syarikat penerbitan
MIG Production
Penyiaran
Saluran asalTV3
Format gambar480i (SDTV)
Format audioDolby Digital
Siaran asal30 April 2009 – 25 Jun 2009

Suria Kasandra ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2009 arahan Adam Hamid dibintangi oleh Intan Ladyana sebagai watak tajuk. Drama ini memulakan tayangan perdana di Slot Samarinda TV3 dari 30 April 2009 hingga 25 Jun 2009 menggantikan Yusuff.[1][2]

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Suria Kasandra tinggal bersama ibunya, Jamilah setelah kematiannya bapanya, Rejab. Setelah kematian suaminya, Jamilah menguruskan perniagaan, Suria Holding Sdn Bhd yang mempunyai kepentingan dan pelaburan besar dalam bidang pelancongan dan perhotelan. Suria masih lagi menuntut di institut pengajian tinggi ketika itu sering merasa kasihan melihat ibunya bertungkus lumut menguruskan syarikat.

Suatu hari, Suria dan ibunya pergi ke Pulau Pangkor untuk melawat pusara dan keluarga arwah Rejab. Ketika di sana, Suria mengalami kecedaraan kecil dan sewaktu itu dia bertemu dengan Jehan yang bekerja sebagai nelayan. Sejak dari peristiwa tersebut, Suria sering bertemu dengan Jehan secara sembunyi kerana bimbang hubungan mereka dihidu oleh Jamilah yang memandang rendah kepada Jehan kerana statusnya sebagai anak nelayan. Namun, perhubungan mereka diketahui oleh Jamilah dan dia membuat tindakan untuk menjodohkan Suria dengan orang kepercayaannya, Saiful.

Memberontak dengan pilihan Jamilah, Suria mengambil keputusan untuk melarikan diri dari rumah. Jamilah yang bimbang akan kehilangan anaknya itu terpaksa memberikan persetujuan namun dia tetap berhasrat untuk memisahkan mereka. Pelbagai konflik yang dialami sehingga Suria terpaksa berhati-hati dengan setiap langkahnya. Suatu hari, Saiful datang bersama Malik ke rumah Suria dan memintanya pulang ke rumah atas alasan ibunya sedang sakit. Pergaduhan telah tercetus dan mengakibatkan Malik terbunuh. Suria yang ketika itu sedang mengandung terpaksa menerima hakikat yang perih terpaksa berpisah dengan suaminya yang dijatuhi hukuman penjara 20 tahun.

Dapatkah Suria mengharungi kehidupannya yang baru sahaja bermula sebagai seorang isteri dan bakal ibu tanpa suami tersayang di sisi? Bagaimana pula nasib Jehan di penjara? Mungkinkah kebahagiaan yang dicari dapat dikecapi oleh pasangan ini akhirnya?

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Pelakon utama[sunting | sunting sumber]

Pelakon pembantu[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Budiey (23 April 2009). Drama Suria Kasandra lakonan Rem, Intan Ladyana, Jehan Miskin dan Erry Putra Sensasi Selebriti. Diperoleh pada 25 April 2013.
  2. ^ Suria Kasandra didik penonton berjiwa kental mStar Online (27 April 2009). Diperoleh pada 25 April 2013.