Kerana Anisa

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kerana Anisa
GenreDrama
Cinta
PengarahJamal Khan
Dibintangi oleh
Lagu pembukaan"Bagaimana" oleh Elji
Lagu penutup"Bagaimana" oleh Elji
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Bilangan episod15
Penerbitan
Penerbit eksekutif
  • Mohd Ismail Hassan Ali
  • Rahmathun Nisa Abd Wahab
PenerbitZainuddin Ismail
PenyuntingElson Tommas
Lokasi
Pemasangan kamera
Tetapan multi-kamera
Tempoh siaran39–40 minit
Syarikat penerbitan
Enuja Production
Penyiaran
Saluran asalTV3
Format gambar
Format audioDolby Digital
Siaran asal9 Januari 2017 – 8 Februari 2017
Kronologi
MengikutiLara Cinta Ameena
Diikuti olehMenanti Februari

Kerana Anisa ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2017 arahan Jamal Khan, dibintangi oleh Zara Zya, Fahrin Ahmad, dan Sura Sojangi. Drama ini memulakan tayangan perdana di Slot Samarinda TV3 9 Januari 2017 menggantikan Lara Cinta Ameena.[1][2]

Siri ini boleh didapati melalui penstriman dalam talian di saluran YouTube rasmi TV3.[3]

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Mengisahkan Anisa dan Syukri yang berkawan baik di kampung. Anisa mempunyai impian besar dalam hidup apabila bercita-cita menjadi peguam dan meminta Syukri menjadi 'guru' dan penguat semangatnya. Dagaimanapun, bapa Anisa, Long Yahya menentang persahabatan Syukri dan Anisa. Selepas Anisa tamat menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Syukri berangkat ke London untuk menyambung pengajian namun mereka meneruskan hubungan menerusi surat.

Satu hari, Anisa dikejutkan dengan rombongan peminangan daripada Zahid, anak orang kaya di kampungnya. Zahid terpikat dengan kejelitaan Anisa dan menggunakan kekayaan orang tuanya untuk beli hati walid. Anisa menentang kerana mahu meneruskan pelajaran, ditambah pula dia lulus SPM dengan cemerlang sekali. Namun, Anisa tetap dipaksa untuk berkahwin. Selepas berkahwin, Zahid bertindak kejam terhadap zahir dan batin Anisa. Sudahlah berkahwin tanpa rasa cinta, Anisa turut didera oleh Zahid sehinggakan Anisa tidak dibenarkan untuk bertemu keluarganya apatah lagi untuk menelefon mereka.

Kerana tidak mahu mengandungkan zuriat Zahid, Anisa dalam diam mengambil pil perancang. Setelah mengetahui perbuatan Anisa, dia sekali lagi dipukul dengan kejam. Anisa bernasib baik diselamatkan oleh Ariff (Syaffiq Sahli) yang kebetulan ingin melihat keadaan adiknya itu. Anisa nekad, dia tidak mahu lagi hidup dalam penderitaan. Anisa memaksa Zahid untuk menceraikannya, Zahid yang merasa tercabar akhirnya telah menceraikan Anisa.

Kerana marah, ayahnya, Long Yahya (Aman Graseka) telah menghalau Anisa. Anisa kemudiannya membawa diri untuk memulakan hidup baru di Kuala Lumpur. Anisa kembali mengejar cita-citanya Laili (Uqasha Senrose) untuk menjadi seorang peguam dengan bekerja sambil belajar untuk menampung pembelajaraanya. Beberapa tahun kemudian, Syukri (Mustaqim Bahadon), bekas teman lelaki Anisa pulang ke tanah air dan kembali mencari Anisa.

Syukri ingin memohon maaf kepada Anisa kerana mendiamkan diri, dia menyangka Anisa bahagia bersama Zahid. Rasa cintanya kepada Anisa tidak pernah padam, dan dia mahu Anisa kembali menjadi kekasih hatinya. Dapatkah Anisa melupakan peristiwa silam dizalimi lelaki bergelar suami dan menerima Syukri kembali?

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Pelakon utama[sunting | sunting sumber]

Pelakon pembantu[sunting | sunting sumber]

Pelakon sampingan[sunting | sunting sumber]

  • Ieka Zulkifli sebagai Rasyidah
  • Natasha Ismail sebagai Zaman
  • Norazilah Zakaria sebagai Intan
  • Mahsuri Jesuli sebagai Din
  • Taufik Hidayat Khan sebagai Ali
  • Shamsuri Shahrom sebagai Ayah Zahid
  • Mell Yahya sebagai Ibu Zahid
  • Nor Intan Suria sebagai Lydia
  • Nor Amisah Abdullah sebagai ekstra

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Najiy Jefri (7 Januari 2017). Kerana Anisa sarat konflik Harian Metro. Dicapai pada 2 Jun 2017.
  2. ^ Budiey (19 Januari 2017). Dua Drama Terbaharu Kerana Anisa & Jejak Karmila di slot Samarinda & Zehra Sensasi Selebriti. Dicapai pada 2 Jun 2020.
  3. ^ Kerana Anisa (2017): Episod Penuh. YouTube. TV3. Dicapai pada 20 Mei 2018.
  4. ^ Najiy Jefri (24 Januari 2017). Buat sehabis baik Harian Metro. Dicapai pada 2 Jun 2017.
  5. ^ Najiy Jefri (11 Januari 2017). Sura nyaris putus asa Diarkibkan 2018-07-28 di Wayback Machine Harian Metro. Dicapai pada 2 Jun 2017.
: Samarinda, Isnin - Rabu 10:00 malam
Sebelumnya Kerana Anisa Berikutnya
Lara Cinta Ameena Menanti Februari