Marzita Mansor

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
YB

Marzita Mansor

PMP (Perlis)
Anggota Dewan Undangan Negeri Perlis
untuk Sena
Memegang jawatan
19 Disember 2022
Didahului olehAsrul Nizan Abd Jalil
Butiran peribadi
Lahir (1971-11-29) 29 November 1971 (umur 52)
Parti politikParti Pribumi Bersatu Malaysia
Sekutu gabungan
politik lain
Perikatan Nasional
PasanganDato' Abdul Jamil Saad
Anak-anak6
PendidikanSekolah Menengah Derma, Kangar, Perlis
Alma materUniversiti Teknologi MARA (BSM)
PekerjaanAhli politik

YB Datin Marzita Mansor adalah merupakan ahli politik berbangsa Melayu dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia yang merupakan parti komponen dalam Perikatan Nasional. Beliau telah memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri Perlis untuk Sena pada Pilihan raya negeri Perlis 2022 lalu.

Di peringkat akar umbi, beliau merupakan Pengerusi Biro Kebajikan dan Ziarah Perikatan Nasional Perlis.[1]

Beliau juga merupakan bekas Ketua Puteri Umno Negeri Perlis

Kerjaya politik[sunting | sunting sumber]

Beliau pernah dilantik sebagai Setiausaha Akhbar Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Setiausah Sulit Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri. Selain daripada itu, beliau juga pernah dilantik sebagai Ahli Majlis Perbandaran Kangar, Perlis.

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Beliau telah berkahwin dengan bekas EXCO Perlis Dato' Abdul Jamil Saad pada tahun 2009 lalu dan telah dikurniakan dengan 6 orang anak.[2]

Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan Negeri Perlis, Abdul Jamil Saad, 47, yang menduda sejak hampir dua tahun lepas, melangsungkan perkahwinan dengan bekas Ketua Puteri Umno Negeri Perlis, Marzita Mansor di sini malam semalam.

Majlis akad nikah yang turut dihadiri Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Dr. Md. Isa Sabu dan Ahli Parlimen Kangar Datuk Seri Mohd Radzi Sheikh Ahmad, berlangsung di kediaman pengantin perempuan di Kampung Guru dekat sini.

Akad nikah dengan mas kahwin sebanyak RM5,500 dilakukan sendiri oleh bapa pengantin perempuan, Mansor Ibrahim dengan disaksikan imam Masjid Tun Abdul Razak, Repoh, Kassim Abu.

Abdul Jamil yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Sena, berkata beliau mengenali isterinya telah lama tetapi bibit cinta bermula selepas Marzita kematian suaminya Azhar Othman, yang juga Setiausaha Akhbar kepada Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pada 17 Julai tahun lepas.

Abdul Jamil yang mempunyai tiga anak pula kematian isteri, Saliza Shaari pada 21 Mei 2007 akibat kanser manakala Marzita yang mempunyai lima anak turut memelihara dua lagi anak allahyarham Azhar bersama isterinya yang terdahulu.

"Kami kini mempunyai sepuluh anak dan kami tidak mahu komen sama ada jumlah itu perlu ditambah," kata Jamil kepada pemberita selepas majlis akad nikah.

Beliau bersyukur kerana telah bertemu jodoh dan menyifatkan Marzita sebagai isteri serta ibu yang begitu sesuai dengan anak-anaknya.

Ditanya sama ada mereka juga akan berbulan madu, Abdul Jamil berkata, beliau dan isteri akan menunaikan Umrah selama 19 hari bermula 7 Februari ini dan ia merupakan "bulan madu" paling istimewa.

Sementara itu, Marzita yang pernah menjadi Setiausaha Sulit kepada Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri ketika Mohd Radzi menjadi menterinya, berkata kehadiran Abdul Jamil dalam hidupnya begitu bermakna kerana banyak persamaan antara mereka selain samasama bergiat dalam arena politik.

"Kesibukan dalam politik adalah sebahagian daripada kehidupan saya dan itu bukan penghalang bagi suami saya untuk teruskan kariernya dalam politik. Saya memahami kesibukan menjadi seorang yang berjawatan penting dalam kerajaan negeri dan saya akan teruskan karier saya, dan dia dengan karier dia," katanya.

Majlis pernikahan itu yang dihadiri 30 orang rombongan pengantin lelaki yang membawa lima dulang hantaran dan sebentuk cincin manakala pihak pengantin wanita pula membalas dengan tujuh dulang hantaran.

Rujukan[sunting | sunting sumber]