Muhammad Ismi Mat Taib

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
YB Ustaz

Muhammad Ismi Mat Taib

AP
Anggota Parlimen Malaysia
untuk Parit, Perak
Memegang jawatan
19 Disember 2022
Didahului olehMohd Nizar Zakaria
Pengerusi Lembaga Pengarah
LGM Properties Corporation
Dalam jawatan
14 Mei 2020 – 11 November 2021
Didahului olehYeaw Kok Kwey
Digantikan olehHaniza Mohamed Talha
Butiran peribadi
Lahir (1974-05-24) 24 Mei 1974 (umur 49)
Kampung Selboh, Parit, Perak, Malaysia
Parti politik Parti Islam Se-Malaysia
Sekutu gabungan
politik lain
Perikatan Nasional
Alma materSarjana di Universiti Malaya
Sarjana muda di Universiti Jordan

Ustaz Muhammad Ismi Mat Taib adalah ahli politik Malaysia dari Parti Islam Se-Malaysia. Di peringkat parti, beliau merupakan Yang Dipertua PAS Kawasan Parit dan Ahli Jawatankuasa Kerja Dewan Ulamak PAS Pusat. Beliau juga dilantik sebagai Pegawai Khas kepada Presiden PAS, Haji Abdul Hadi Awang sejak 2017[1][2]. Beliau dilantik menjadi Pengerusi Lembaga Pengarah LGM Properties Corporation pada 14 Mei 2020[3].

Latar belakang[sunting | sunting sumber]

Muhammad Ismi dilahirkan pada 24 Mei 1974 di Kampung Selboh, Parit, Perak. Beliau memperoleh ijazah sarjana dalam Usuluddin Al-Quran & Al-Hadith dari Universiti Malaya dan ijazah sarjana muda Bahasa Arab dari Universiti Jordan.

Pencalonan senator[sunting | sunting sumber]

Muhammad Ismi pernah menjadi calon Ahli Dewan Negara mewakili Dewan Negeri Perak pada 2018. Walau bagaimanapun, beliau tewas kepada calon parti pemerintah dalam pengundian oleh ahli dewan negeri[4].

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Senarai penuh AJK PAS Pusat, PJ & portfolio". Harakahdaily. Mei 6, 2017. Dicapai pada 27 November 2021.
  2. ^ "PRK Slim ukur keupayaan setiap pihak". Harakahdaily. Ogos 25, 2020. Dicapai pada 27 November 2021.
  3. ^ "Laporan Tahunan LGM Properties Corpoation 2020". Dicapai pada 27 November 2021.
  4. ^ Shamsul Kamal Amarudin dan Zahratulhayat Mat Arif (Ogos 13, 2018). "DUN Perak pilih senator". HMetro. Dicapai pada 20 Disember 2021.