Halimah Ali

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Dr Halimah Ali merupakan Adun Selat Klang, Selangor setelah menang dalam PRU 12 pada 8 Mac 2008. Beliau merupakan ahli politik PAS dan dilantik sebagai Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Modal Insan.

Keluarga[sunting | sunting sumber]

Suaminya Dr Ahmad Supian. Anaknya seramai 6 orang iaitu: Dr Muhammad Imran - 31 tahun. Dr Siti Khadejah - 29 tahun. Dr Zaid Abdullah - 27 tahun. Hafiz Abdur Rahman Al Hafiz (pelajar perubatan Mesir) - 24 tahun. Zubir Abdur Rahim Al Hafiz (pelajar perubatan Ireland)- 22 tahun. Syahidah Rozinah Liyana (pelajar perubatan Mesir)- 19 tahun.

Pendidikan[sunting | sunting sumber]

Selepas belajar di sekolah menengah, Halimah Ali ditawarkan belajar di Elizabeth Matriculation College, Hobart, Tasmania. Mendapat Bachelor Sains Perubatan dari Universiti Tasmania.Seterusnya Bachelor Pembebedahan dari universiti yang sama. Beliau menjadi pelajar terbaik bagi Diploma Tasawwur Islam.

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Sekembali ke Malaysia, Halimah Ali ditempatkan di Hospital Universiti, Petaling Jaya. Kemudian di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang. Beliau pernah ditugaskan di Klinik Kesihatan Ibu & Kanak-kanak Klang ,Klinik Kesihatan Ibu & Kanak-kanak, Shah Alam, Pejabat Kesihatan Lapangan Terbang Antarabangsa Subang, Pejabat Kesihatan Daerah Petaling dan Pegawai Kesihatan Sekolah Daerah Klang.

Setelah menimba banyak pengalaman di hospital dan klinik kerajaan , beliau membuka klinik sendiri di Kampung Delek, Klang dan kini mempunyai dua cawangan.

Aktiviti kemanusiaan[sunting | sunting sumber]

Sebagai seorang doktor yang simpati dengan rakyat, Dr Halimah Ali mendaftar diri untuk menjadi sukarelawan Misi Kemanusiaan Yayasan Amal Malaysia untuk :

  • Bencana TSUNAMI, MEULABOH, ACEH
  • Bencana gempa bumi Kashmir/Pakistan
  • Bencana gempa bumi Yogyakarta
  • Mangsa perang Lebanon
  • Rakyat miskin mangsa Rejim Pol Pot Kampuchea
  • Mangsa banjir TDDI Jaya, Kpg Kebun Bunga, Shah Alam dan Johor
  • Aktivis Kempen Jerebu
  • Aktivis Kempen kesedaran kanser
  • Co -Author Buku Pendidikan Jasmani & Kesihatan Jilid 1(SPBT)
  • Kolumnis majalah Ummi [1]

Beliau juga selalu dijemput memberi ceramah di jabatan dan agensi kerajaan , swasta, masjid dan surau. Menjadi motivator jemputan di IPT, sekolah-sekolah dan tadika. Pernah menjadi Doktor undangan untuk program kesihatan di RTM( radio dan televisyen). Beliau prihatin terhadap nasib malang nelayan Telok Gong.Begitu juga masalah penduduk Taman Sentosa Perdana.

NGO[sunting | sunting sumber]

Penglibatan politik[sunting | sunting sumber]

Kalah PRU 11[sunting | sunting sumber]

Dr Halimah Ali tewas kepada Norliza Ahmad di DUN Selat Kelang. Norliza mendapat 12593 undi. Sementara Dr Halimah mendapat 6508 undi. Majoriti yang diperolehi oleh Norliza ialah 6085 undi.

Menang PRU 12[sunting | sunting sumber]

Dalam pilihan raya 8 Mac 2008, Dr Halimah Ali menewaskan Norliza Ahmad dengan majoriti 1459 undi di DUN Selat Klang. Halimah mendapat 11437 undi sementara Norliza mendapat 9978 undi.

Tuduhan tangkap basah[sunting | sunting sumber]

Dr Halimah memfailkan saman sebanyak RM40 juta terhadap sebuah laman web pro-UMNO. Beliau difitnah ditangkap basah di sebuah hotel di Pelabuhan Kelang. Laman web My Kmu.net ditulis oleh Jamilisa menggunakan nama 'Brigade Commander Selangor' menulis fitnah bertajuk 'Kecoh, Adun Selat Klang kena tangkap' pada 25 Januari 2009.

Dr Halimah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Klang pada 27 Januari 2009. Pada hari tersebut , beliau berada di Bukit Kuching, Kuala Selangor dan bukan di hotel tersebut. Di Bukit Kuching, beliau bersama Dr Dzulkifly Ahmad dan Dr Mariah Mahmood menghadiri forum perdana .Pegawai Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menegaskan tiada serbuan dilakukan pada malam tersebut sebagaimana yang dilaporkan dalam laman web itu.[2]

Rujukan / Pautan[sunting | sunting sumber]