Tengku Hassan Tengku Omar

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Yang Mulia Dato' Haji

Tengku Hassan Tengku Omar

DPMT, PJC, PJK, BLB (Terengganu)
Anggota Dewan Undangan Negeri Terengganu
untuk Ladang
Dalam jawatan
2008–2023
Didahului olehWan Hisham Wan Salleh
Digantikan olehZuraida Md Noor
Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Terengganu
Dalam jawatan
2018–2023
TimbalanMuhammad Khalil Abdul Hadi
Menteri BesarAhmad Samsuri Mokhtar
PortfolioPerdagangan, Perindustrian, Pembangunan Wilayah dan Kesejahteraan Pentadbiran
Kawasan pilihan rayaLadang
Butiran peribadi
Lahir (1951-01-01) 1 Januari 1951 (umur 73)
Kerteh, Kemaman, Terengganu
Parti politik Parti Islam Se-Malaysia
PasanganTo' Puan Hajah Aida Tengah
PekerjaanAhli Politik

Yang Mulia Dato' Haji Tengku Hassan Tengku Omar adalah ahli politik Malaysia berbangsa Melayu dari Parti Islam Se-Malaysia. Beliau merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ladang, Terengganu selama tiga penggal sejak 2008, bertanding di atas tiket PAS. Di peringkat parti, beliau merupakan Ahli Jawatankuasa Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu.[1]

Pendidikan[sunting | sunting sumber]

Beliau mendapat pendidikan tertinggi bidang ekonomi dari Universiti Malaya dan lulusan University of Nottingham, United Kingdom bidang pentadbiran daerah.

Tengku Hassan juga pernah bersekolah di Sekolah Menengah (SM) Sultan Sulaiman Kuala Terengganu dan SM Sultan Ismail Kemaman.

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Beliau dilahirkan pada 1 Januari 1951 di Kerteh Kemaman ini pernah bertugas sebagai Pegawai Kewangan Negeri Terengganu, Pengarah Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) Terengganu dan Pegawai daerah Besut. Atas perkhidmatan yang cemerlang, beliau turut pernah memegang jawatan sebagai Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan) Terengganu, Pesuruhanjaya Hal Ehwal Agama (JHEAT) Terengganu dan Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam & Adat Melayu (MAIDAM) Terengganu.

Tengku Hasan yang juga berpengalaman luas dalam bidang pentabiran daerah pernah menyandang jawatan seperti Ketua Penolong Pentadbir Tanah Hulu Terengganu dan Ketua Penolong Pegawai daerah Hulu Terengganu.

Bukan itu sahaja, beliau juga pernah dilantik Pengerusi A&W Malaysia, Singapura dan Thailand dan Pengerusi Terengganu Safety Training Centre (TSTC).

Dalam bidang usahawan, Tengku Hassan pernah menggalas tanggungjawab sebagai Pengarah Eksekutif Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU),

Pada peringkat negeri, beliau dilantik EXCO Perdagangan, Perindustrian, Pembangunan Wilayah dan Kesejahteraan Pentadbiran sejak 2018 manakala peringkat politik, merupakan Ahli Jawatankuasa Badan Perhubungan Pas Negeri Terengganu.

Anugerah dan pengiktirafan[sunting | sunting sumber]

  •  Terengganu
    • Darjah Dato' Paduka Mahkota Terengganu (D.P.M.T.) - Dato' - 1998

Rujukan[sunting | sunting sumber]