Pembangkang (Malaysia)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari


Malaysia

Rencana ini sebahagian daripada siri:
Politik dan kerajaan
Malaysia



Negara-negara lain · Atlas
 Portal Politik
papar  bincang  sunting

Pembangkang di Malaysia merupakan istilah yang digunakan untuk menggambarkan parti politik yang diwakili di dalam Parlimen Malaysia yang tidak membentuk kerajaan sama ada bersendirian ataupun gabungan. Rencana ini menggunakan istilah kerajaan seperti yang digunakan dalam sistem berparlimen, contoh maksudnya lebih menjurus kepada pentadbiran atau kabinet berbanding negeri.

Secara teori, mengikut sistem Demokrasi Westminster yang mana ia diikuti oleh sistem Malaysia, Pembangkang dilihat sebagai kerajaan alternatif dan bersedia untuk memasuki pejabat bagi menggantikan kerajaan sebelumnya selepas bertarung dalam pilihan raya umum. Ia didominasi oleh Barisan Nasional (dan parti sebelumnya, Parti Perikatan) di dalam parlimen sejak kemerdekaan, pandangan ini diketepikan dan tidak diendahkan oleh pengundi Malaysia yang mana selepas pilihan raya umum 2008 menyebabkan Anwar Ibrahim mengeluarkan kenyataan bahawa Pembangkang sebagai "kerajaan dalam penantian".

Mengikut tradisi, Ketua Pembangkang dipilih berdasarkan parti yang diwakilinya yang membentuk jumlah kerusi terbesar di Dewan Rakyat, dan ia tidak membentuk kerajaan.

Ketua Pembangkang terkini ialah Dato' Seri Anwar Ibrahim dari Parti Keadilan Rakyat (PKR). Ia bersama dengan Parti Islam Se-Malaysia (PAS) dan Parti Tindakan Demokratik (DAP) untuk membentuk Pakatan Rakyat.

Ketua Pembangkang dilihat sebagai Perdana Menteri dalam penantian.

Yang terbaru, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan bakal bertanding dalam pilihanraya kecil di Permatang Pauh pada 26 Ogos 2008. Ini disebabkan isteri beliau, Datin Seri Wan Azizah telah melepaskan jawatan beliau sebagai ahli Parlimen Permatang Pauh dan secara otomatik sebagai Ketua Pembangkang.Beliau bertanding mewakili Parti KeADILan Rakyat, salah satu parti komponen Pakatan Rakyat.

Presiden Parti KeADILan Rakyat tersebut berhasrat untuk membantu suaminya berkempen secara habis-habisan bagi membolehkan kerusi Permatang Pauh kekal dipegang oleh Pakatan Rakyat

Jawatan Ketua Pembangkang akan diberikan kepada Anwar jika menang dalam pilihanraya. Kemudian, setelah memasuki Parlimen sebagai Ketua Pembangkang kelak, dijangka seramai 30 orang Ahli Parlimen Barisan Nasional bakal menyertai Pakatan Rakyat dan seterusnya menubuhkan kerajaan Malaysia yang baru. Selepas itu, jawatan Ketua Pembangkang akan diserahkan kepada Perdana Menteri Malaysia pada waktu itu, Datuk Seri Abdullah Badawi (sekarang Tun).


[sunting] Senarai Ketua Pembangkang

Senarai Ketua Pembangkang meliputi[1]:

[sunting] Lihat juga

[sunting] Rujukan

  1. "PKR president poised to make history as first woman Opposition Leader", The Star, 20 Mac 2008. Dicapai pada 21-03-2008. 
Alatan peribadi
Ruang nama

Kelainan
Tindakan
Pandu arah
Perhubungan
Cetak/eksport
Alatan
Bahasa lain