Senarai stesen radio Malaysia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Berikut ialah senarai stesen radio di Malaysia. Malaysia mempunyai lebih daripada 50 stesen radio, tidak kira ia dimiliki oleh kerajaan ataupun swasta. Untuk stesen radio kerajaan, ia berada di bawah Radio Televisyen Malaysia. Frekuensi berbeza mengikut kawasan dan ada juga stesen radio swasta yang tidak bersiaran ke seluruh negara (contohnya 988 dan Red FM tidak bersiaran di Sabah dan Sarawak). Di Johor, pendengar juga boleh mendengar siaran radio dari Singapura dan Indonesia.

Radio Televisyen Malaysia (RTM)[sunting | sunting sumber]

Stesen radio swasta[sunting | sunting sumber]

  • Astro Radio
    • ERA (bahasa Melayu) (Tagline - Muzik Hit Terbaik)
    • SINAR (bahasa Melayu) (Tagline - Muzik Retro Terbaik)
    • Melody FM (bahasa Mandarin) (Tagline - Listen to your heart, a new experience)
    • MY FM (bahasa Mandarin) (Tagline - MY FM MY MUSIC)
    • hitz.fm (bahasa Inggeris) (Tagline - Playing You All The Hits)
    • MIX fm (bahasa Inggeris) (Tagline - Malaysia's Best Music)
    • LiteFM (dahulu Light & Easy) (bahasa Inggeris) (Tagline - Classic Hits All Day)
    • THR Raaga (bahasa Tamil) - seluruh Semenanjung Malaysia (termasuk Pahang Barat) kecuali Pantai Timur (Tagline - Ahaa...Sirantha Isai)
    • THR Gegar (bahasa Melayu) - Pantai Timur Semenanjung Malaysia (Kelantan, Terengganu, Pahang) (Tagline - Permata Pantai Timur)
    • Radio Kenyalang (bahasa Sarawak)
    • Radio Bayu (bahasa Sabah)
  • Star Radio Group
    • Suria FM (bahasa Melayu) (Tagline - 'Menceriakan Duniamu')
    • Red FM (bahasa Inggeris) (Tagline - 'Living It')
    • 988 FM (bahasa Mandarin) (Tagline - 'Sound of colourful friends')
    • Capital FM (bahasa Melayu & Inggeris)
  • Copyright Laureate Sdn. Bhd.
  • Radio Lagenda - Saluran Radio Internet persendirian berkonsep. Menyiarkan lagu retro melayu/inggeris, lagu terkini melayu/inggeris, lagu klasik melayu/inggeris, lagu dialek, lagu terbaik arab/korea/hindi, lagu terbaik techno & lagu instrumental. Bersiaran 100% autorun mengikut Jadual Siaran yang telah ditetapkan.)


Stesen radio yang ditutup[sunting | sunting sumber]

  • BBC World Service (Siaran Melayu) - Disiarkan selama 50 tahun sehingga 31 Mac 1991. Digantikan dengan siaran Inggeris dan dapat didengar di seluruh negara.
  • TalkRadio - Frekuensi diambil alih oleh MY FM.
  • Classic Rock - Frekuensi diambil alih oleh ERA FM, tetapi masih disiarkan melalui Astro dan internet.
  • RfM - Pada awalnya disiarkan melalui frekuensi 98.8 MHz, kemudian 91.5 MHz, dan akhir sekali 104.9 MHz. Diambil alih oleh The Star pada tahun 2003, dan frekuensi radio asal telah diambil alih masing-masing oleh 988 dan Ikim FM.
  • Time Highway Radio - Setelah bertukar tangan kepada AMP Radio Networks (sekarang Astro Radio), Astro tidak lagi menggunakan singkatan THR. Tambahan pula, THR masih mengekalkan dua segmen iaitu THR Raaga dan THR Gegar untuk pendengar di Pantai Timur.
  • WOW FM - Disiarkan di antara tahun 2000 hingga 2004 di gelombang 97.6 MHz, dan kemudiannya digantikan oleh WA FM, tetapi tempoh operasi stesen radio ini tidak panjang. Oleh kerana masalah kewangan yang dihadapi oleh NTV7, semua aset NTV7 termasuk WOW FM dan WA FM diambil alih oleh Media Prima Berhad, dan frekuensi diambil alih oleh radio Hot FM.
  • Info FM - Bersiaran menerusi frekuensi 91.5 MHz selama tiga jam. Ditamatkan pada 31 Disember 2006 kerana radio Asyik FM mula bersiaran lebih awal iaitu pada jam 8 pagi.
  • Wanita FM - Bersiaran pada tahun 2006 hingga 2008. Frekuensi diambil alih oleh stesen radio Cina, One FM. Stesen radio ini bersiaran di Lembah Klang sahaja.
  • Muzik FM - Stesen radio pertama Malaysia untuk bersiaran dalam bentuk Stereo, dan pernah menggunakan nama seperti Radio 2, Radio Malaysian Saluran Muzik dan Radio Muzik sebelum bertukar nama kepada Muzik FM. Mula bersiaran pada tahun 1975 dan digantikan oleh Nasional FM pada tahun 2012. Kini bersiaran di internet sahaja, tetapi menggunakan nama Galaksi Muzik RTM.
  • XFM - Mula bersiaran pada 28 September 2004 dan ditamatkan pada 8 Julai 2012. Masih boleh didengar melalui Internet, siaran di Astro dan melalui gelombang FM digantikan oleh radio Cina, Melody FM.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]