Sakaran Dandai

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Sakaran Bin Dandai)
Lompat ke: pandu arah, cari
Tun Datuk Seri Panglima
 Sakaran bin Dandai

Tempoh berjawat
17 Mac 1994 – 26 Disember 1994
Didahului oleh Joseph Pairin Kitingan
Digantikan oleh Mohd. Salleh Mohd. Said Keruak

Tempoh berjawat
1 Januari 1995 – 31 Disember 2002
Didahului oleh Mohamed Said Bin Keruak
Digantikan oleh Ahmadshah Abdullah

Ahli Parlimen
bagi kawasan Silam, Sabah

Tarikh lahir 15 April 1930
Tempat lahir Semporna, Borneo Utara
Parti politik BN - UMNO

Tun Datuk Seri Panglima Haji Sakaran bin Dandai [1] adalah seorang ahli politik Barisan Nasional - UMNO di Malaysia. Beliau pernah menjadi Ketua Menteri Sabah ke-8 selama setahun mulai 26 Disember 1994. Beliau menggantikan Joseph Pairin Kitingan apabila PBS tewas pada Mac 1994.

Beliau juga pernah menjadi Yang di-Pertua Negeri Sabah (1995-2002).

Keluarga[sunting | sunting sumber]

Sakaran Dandai dilahirkan pada 15 April 1930 di Kampung Air, daerah Semporna, Sabah, utara Borneo.Bapa beliau bernama Dandai Ajibuddin Jamaluddin, keturunan Bajau dan Bulungan .Nama sebenarnya Sakaran Dandai ialah Sakaran Hashim.


Sakaran Dandai mengikat tali perkahwinan dengan Toh Puah Hajah Siti Rukaiyah Panglima Abdullah. Mereka mempunyai sembilan anak, dua lelaki dan tujuh perempuan. Anaknya Nasir Sakaran turut menyertai politik UMNO di Sabah dan dilantik sebagai Menteri di Jabatan Ketua Menteri Sabah. Nasir menang bertanding di DUN N53 Senalang, Sabah.[2]

Pendidikan[sunting | sunting sumber]

Sakaran bersekolah di Sekolah Rendah Semporna (1937-1941). Semasa pernjajahan Jepun, beliau pernah melawat Jepun buat beberapa ketika. Apabila kembali ke Semporn, beliau sekolah di Sekolah kerajaan Sabah. Selain itu beliau belajar agama dari 1945-1948.


Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Dari 1949-1967, beliau di jabatan kerajaan negeri Sabah di Semporna dan Lahad Datu.

Politik[sunting | sunting sumber]

Sakaran menjadi Pengerusi UMNO Sabah yang baru ditubuhkan ketika itu. UMNO ditubuhkan selepas kerajaan negeri Sabah terlepas kepada PBS, pimpinan Pairin Kitingan. Dalam Pilihan raya Sabah 1994 Pairin berjaya ditewaskan dan Sakaran Dandai dilantik sebagai Ketua Menteri Sabah yang ke-8. Pada 26 Disember 1994, jawatan itu diserahkan kepada Salleh Said Keruak.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengilhamkan sistem penggiliran itu ketika kemuncak kempen bagi Pilihan raya Sabah 1994. Pemimpin dari tiga kaum utama iaitu bumiputera Islam, Cina dan bumiputera bukan Islam mengetuai kerajaan negeri secara bergilir-gilir bagi tempoh dua tahun.Dalam tempoh 10 tahun tujuh orang bergilir menjadi Ketua Menteri, iaitu Tun Sakaran Dandai, Datuk Salleh Tun Said (menggantikan Sakaran berikutan pelantikan Sakaran sebagai Yang Dipertua Negeri), Datuk Yong Teck Lee, Tan Sri Bernard Dompok, Datuk Osu Sukam, Datuk Chong Kah Kiat dan Musa Aman. [3]

Perlantikan beliau sebagai KM Sabah tanpa melalui sidang DUN Sabah dan kes ini menjadi perbandingan dengan kes rampasan kuasa di Perak (Datuk Dr. Zambry Abd Kadir menjadi Menteri Besar Perak).[4] Sistem penggiliran jawatan Ketua Menteri Sabah di kalangan kaum-kaum utama di Sabah bagi setiap dua tahun telah dimansuhkan mulai 2004. Pemansuhan itu diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi di Putrajaya. [5]

Yang di-Pertua Negeri Sabah[sunting | sunting sumber]

Sementara Sakaran menjadi Yang di-Pertua Negeri Sabah mulai 1 Januari 1995 dan disambung semula untuk satu penggal lagi pada Januari 1999. Beliau menyandang jawatan itu sehingga 31 Disember 2002. Ketua Menteri ketika itu ialah Datuk Chong Kah Kiat. Majlis persaraan telah diadakan di Istana Negeri.Lagu Negaraku dan Sabah Tanah Airku dimainkan oleh pancaragam Polis Diraja Malaysia. Bekas Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Ahmadshah Abdullah menggantikan Sakaransebagai Yang Dipertua Negeri Sabah. [6]

USIA[sunting | sunting sumber]

Sakaran Dandai menerajui Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA) sebagai Yang Dipertuanya. Dewan Mesyuarat Bangunan USIA terletak di Kota Kinabalu. Setiausaha Agung USIA ialah Datuk Abdullah Hussin. Aktiviti USIA banyak dibantu , antara lain oleh Pengerusi Majlis Agama Islam Sabah (MUIS) ialah Datuk Syed Abas Syed Ali. Pembantu Menteri Kewangan I negeri, Datuk [[Tawfiq Abu Bakar Titingan]; Pembantu Menteri Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat, Datuk Jainab Ahmad .

Beliau berpesan agar pemimpin USIA melaksanakan tugas berlandaskan perintah Allah dan Rasulullah.[7]

Pingat dan Anugerah[sunting | sunting sumber]

Beliau menerima anugerah Seri Maharaja Mangku Negara (S.M.N.) yang membawa gelaran Tun pada 1996, semasa menjadi Yang di-Pertua Negeri Sabah. Pada 2000 pula, beliau menerima anugerah tertinggi Sabah Seri Panglima Darjah Kinabalu (S.P.D.K.) yang membawa gelaran Datuk Seri Panglima.


Muzium Tun Sakaran dan Taman Marin Tun Sakaran telah siap dibina pada 2009-2010 di Semporna bagi memperingati jasa beliau. Menteri di Jabatan Ketua Menteri, Datuk Nasir Tun Sakaran menyatakan kos muzium itu ialah RM3 juta, dibina di kawasan Kompleks Inabah Kamal Semporna. Jabatan Muzium Negeri Sabah mempamerkan khazanah warisan daerah-daerah pantai timur khususnya di Semporna termasuk biografi bekas Yang Dipertua Negeri Sabah, Tun Sakaran Dandai.[8]

Rujukan[sunting | sunting sumber]