Abdul Kadir Yusuf

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Yang Berbahagia Tan Sri
Abdul Kadir bin Yusuf

Menteri Kemajuan Tanah dan Kemajuan Wilayah
Tempoh jawatan
1978 – 1982
Didahului oleh Mohd Asri bin Haji Muda
Diganti oleh Shariff Ahmad

Menteri Undang-Undang
Tempoh jawatan
1974 – 1978
Didahului oleh Abdul Ghani Gilong (USNO)
Diganti oleh Hamzah Abu Samah

Tempoh jawatan
1964 – 1968
Didahului oleh Cecil M Sheridan
Tempoh jawatan
24 Mac 1969 – 7 Ogos 1977
Diganti oleh Hamzah Abu Samah

Tempoh jawatan
1974 – 1982
Didahului oleh Konstentusi Baharu
Diganti oleh Khadri Sabran

Lahir 10 September 1917
Parit Sakai, Muar, Johor
Malaya (kini Malaysia)
Meninggal dunia 18 April 1992 (umur 74)
Kuala Lumpur, Malaysia
Persemadian Makam Pahlawan,
Masjid Negara,
Kuala Lumpur,
Malaysia
Bangsa Melayu
Parti politik Barisan Nasional Logo.svg Barisan Nasional
UMNO (Malaysia).svg UMNO
Pasangan Tun (Dr) Fatimah Hashim
Anak Datin Mariam
Mohamed Shah
Prof Dato' Dr Khalid
Datuk Ali
Abdul Karim
Faridah
Agama Islam

Tan Sri Abdul Kadir Yusuf[1] (1917-1992) adalah seorang ahli politik UMNO, Malaysia yang terkenal.

Beliau dilahirkan di Parit Sakai, Muar, Johor pada tahun 1917. Sepanjang hayatnya beliau pernah memegang jawatan sebagai ahli dalam Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) dan Barisan Nasional, Menteri Undang-Undang (1974-1978) dan Peguam Negara (1963-1977) dan Menteri Kemajuan Tanah dan Kemajuan Wilayah (1978-1982).

Pendidikan[sunting | sunting sumber]

Beliau mendapat pendidikan awal di Kolej Raffles (Singapura) (1936-1940) sebelum meneruskan pengajian ke Lincoln's Inn, London (1952-1955) dalam bidang undang-undang.

Keluarga[sunting | sunting sumber]

Isterinya ialah Tun Tan Sri (Dr) Fatimah Hashim[2], seorang tokoh politik veteran wanita yang pernah menjawat jawatan sebagai Menteri Kebajikan Am.

Anak perempuan sulungnya, Mariam Abdul Kadir merupakan bekas Pengarah Perpustakaan Negara Malaysia. Anaknya Mohamed Shah Abdul Kadir kini menjadi Pengerusi McDonald's Malaysia dan juga Pengasas Tabung Kebajikan Ronald McDonald's Malaysia (RMCC). Manakala anak bongsunya Datuk Ali Abdul Kadir pernah menjadi akauntan di firma akauntan Ernst & Young dan kini sebagai Pengerusi Suruhanjaya Sekuriti (SC). Prof Emeritus Dato' Dr Khalid Abdul Kadir merupakan Pengarah Hospital UKM, Bangi, dan kini Dekan Perubatan di Monash University Malaysia. Faridah Abdul Kadir pula sebagai penasihat Bank Pelaburan Denmark.

Politik[sunting | sunting sumber]

Beliau menang bertanding dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 1974 bagi kawasan Tenggaroh, negeri Johor. Beliau bertanding atas tiket Barisan Nasional. Perdana Menteri Malaysia Tun Abdul Razak Hussein telah melantik beliau menjadi Menteri Undang-Undang.

Beliau menang bertanding dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 1978 bagi kawasan Tenggaroh, negeri Johor. Beliau bertanding atas tiket Barisan Nasional. Perdana Menteri Malaysia Tun Hussein Onn telah melantik beliau menjadi Menteri Kemajuan Tanah dan Kemajuan Wilayah.

Kerjaya Korporat[sunting | sunting sumber]

Beliau telah dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah Park Properties Sdn Bhd, sebuah syarikat pemaju hartanah yang membangunkan Taman Tasik Jaya dan Pusat Perniagaan Senawang di Seremban, Negeri Sembilan sehingga tahun 1992.

Meninggal Dunia[sunting | sunting sumber]

Tan Sri Abdul Kadir telah kembali ke Rahmatullah akibat barah peparu pada tahun 1992 di Kuala Lumpur. Jenazah beliau dimakamkan di Makam Pahlawan di perkarangan Masjid Negara, Kuala Lumpur.

Yayasan[sunting | sunting sumber]

Yayasan Kadir & Fatimah menganugerahkan Anugerah Pingat Emas Tan Sri Abdul Kadir kepada Fakulti Undang-Undang, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia bagi Graduan Terbaik Pengajian Undang-Undang Syariah dan juga kepada Fakulti Undang-Undang, Universiti Kebangsaan Malaysia bagi Graduan Terbaik Pengajian Undang-Undang. Anugerah tersebut juga diberikan kepada Penuntut Terbaik peperiksaan Undang-Undang Perakaunan bagi Chartered Public Accountant.

Yayasan ini juga telah menganugerahkan Pingat Tun Fatimah kepada graduan wanita yang paling aktif dalam aktiviti kemasyarakatan buat pertama kalinya pada tahun 2007. Ianya adalah anugerah tahunan khas buat para graduan wanita dari Universiti Malaya, Universiti Teknologi Mara dan Universiti Teknologi Malaysia. Penerima pertama Pingat Tun Fatimah ialah Sharifah Fatimah Syed Omar dari Terengganu.

Legasi[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Koleksi buku Kadir, Fatimah diserah kepada perpustakaan, dicapai pada 1 Disember 2016
  2. (Inggeris) Laman Geni keluarga Tan Sri Abdul Kadir Yusof, dicapai pada 1 Disember 2016